MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, February 28, 2017

Tahukah anda tentang Unit HAZMAT

Image result for unit hazmat bomba malaysia
Letupan Kilang Mercun di Sungai Buloh pada 7 Mei 1991, menjadi titik tolak kesedaran tentang pentingnya penekanan terhadap keselamatan industri dalam usaha negara mencapai status Negara perindustrian. Ekoran daripada kejadian itu, kerajaan telah membentuk Majlis Industri Kebangsaan Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya yang diurus setia oleh MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. Sebanyak 24 jawatankuasa kecil telah dibentuk meliputi pelbagai aspek seperti pengeluaran, penyimpanan, pengangkutan, import dan eksport, pembungkusan, pembuangan dan lain-lain. Daripada jawatankuasa tersebut sebanyak tujuh jawatankuasa telah melibatkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Image result for unit hazmat bomba malaysia
Melalui keputusan Jawatankuasa Kabinet, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia diminta mengambil tanggungjawab mengendalikan kemalangan yang berkaitan dengan bahan kimia berbahaya dan peraturan pengendalian kemalangan dibuat oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan. Peraturan ini dikenali sebagai CIMAH ( Control Of Industrial Major Accident Hazards).

Menyedari tanggungjawab ini, pengurusan tertinggi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah mengorak langkah dengan menghantar seorang pegawai kanan iaitu Tuan Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid bagi mengikuti Kursus Hazardous Materials Course (HMC) di Fire Services College, Moreton in Marsh, United Kingdom pada tahun 1992.

Explorasi yang dibuat oleh beliau telah memberi laluan kepada pihak kolej bagi mengendalikan Kursus Khas Hazardous Materials untuk Malaysia. Ekoran daripada itu seramai 11 orang pegawai kanan bomba dihantar untuk menghadiri kursus khas ini. Kumpulan ini telah diketuai oleh Tuan Hj. Zurkarnain Bin Mohd Kassim.

Sekembalinya mereka dari United Kingdom, pasukan ini telah dipertanggungjawabkan untuk merangka rancangan jangka panjang dan jangka pendek bagi penubuhan pasukan HAZMAT Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Pasukan ini telah menggubal modul latihan, mereka bentuk jentera dan kaedah bertindak sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan bahan kimia berbahaya.

Akhirnya pada 28 Oktober 1992, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah menerima sebanyak 7 buah jentera HAZMAT dan ditempatkan seperti berikut :

  • Kuala Lumpur
  • Shah Alam, Selangor
  • Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Kerteh, Terengganu
  • Pasir Gudang, Johor
  • Jalan Perak, Pulau Pinang
  • Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu (bagi tujuan latihan)


Petikan daripada : Buletin Integriti Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia edisi kedua 2016



Continue Reading
No comments
Share:

Monday, February 20, 2017

Makanan untuk mencantikkan kulit

Image result for ikan salmon
Ikan salmon
Ikan merupakan sumber protein dan omega yang baik untuk kesihatan kulit wajah terutamanya seperti ikan tuna dan salmon. Ikan salmon mengandungi protein tinggi untuk menghasilkan kolagen pada kulit. Sekiranya anda makan ikan salmon secara teratur,  ia sangat membantu memperbaiki tekstur kulit, selain bagus untuk mata, kuku dan rambut.


Image result for green tea
Teh hijau
Teh hijau mengandungi antioksidan yang dapat memberi perlindungan pada kulit daripada sinar ultra violet yang menjadi penyebab timbulnya tanda-tanda penuaan. Pengambilan teh hijau secara rutin juga boleh membantu meremajakan sel-sel kulit, meringankan maslah jerawat dan mencerahkan kulit.


Image result for spinach
Bayam
Bayam merupakan sayuran yang baik untuk kesihatan kulit. Ia mengandungi vitamin A, beta karotena, zat besi dan kaya dengan antioksidan. Sekiranya diambil setiap hari, ia membantu menghaluskan kulit wajah dan menghilangkan masalah jerawat pada kulit.


Image result for lemon juice
Jus lemon
Buah yang kaa dengan khasiat ini memang dikenali sebagai buah yang sangat baik untuk perawatan kulit. Minum jus lemon segera sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat membantu meremajakan kulit, mengecilkan pori-pori wajah dan menyembuhkan banyak masalah kulit.


Image result for avocado
Avokado
Buah ini mengandungi lemak sihat yang dapat memberi manfaat untuk menjaga kelembapan kulit wajah terutama bagi anda yang memiliki jenis kulit kering. Sekiranya diambil secara rutin dan teratur sama ada anda makan secara terus ataupun dibuat jus, avokado dapat membantu membersihkan dan menyegarkan kulit wajah.

Image result for badam
Badam
Badam mengandungi vitamin E yang berperanan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Ambil segenggam badam untuk setiap hari membantu melembapkan kulit dan membuat kulit cerah serta bercahaya.

Continue Reading
No comments
Share:

Tips Mencantikkan Halaman Rumah


Halaman rumah merupakan lokasi pertama yang akan dilihat oleh tetamu apabila berkunjung ke rumah anda. Jika ruang ini dimanfaatkan dengan baik, ia boleh dijadikan tempat untuk bersantai dan melepaskan lelah setelah seharian anda berada di luar rumah. Untuk memberi keceriaan pada halaman luar rumah agar ia tidak terbiar begitu sahaja, apa kata anda cuba tips ini.

1. Perabot
Perabot laman boleh dijadikan sebagai titik tumpu saat anda menghayati keindahan halaman anda sendiri. Gunakan ruangan ini sebagai tempat untuk anda dan keluarga bersantai.

2. Pancuran air
Deruan pada pancuran air pastinya mampu mengundang suasana yang tenang, mendamaikan dan relaks.Elemen air ini turut menjadi salah satu daya tarikan kepada setiap tetamu yang berkunjung ke rumah anda.

3. Kolam ikan
Jika halaman rumah anda agak luas dan anda mempunyai bajet yang mencukupi, seharusnya anda hiasi halaman anda itu dengan kolam ikan. Peliharalah pelbagai jenis ikan untuk menyuntik suasana yang tenang dan ceria saat melihat ikan itu berenang.


4. Buaian
Buaian juga boleh dijadikan alternatif sebagai tempat untuk anda beristirehat sekiranya anda tidak mahu menggunakan perabot. Peletakan buaian ini mampu merubah halaman anda menjadi sesuatu yang lebih menarik. 

5. Rumput dan batu
Halaman luar rumah yang dihias dengan rumput dan penataan batu kerikil boleh mencipta elemen menarik. Tanaman rumput ini akan mencipta momen segar menjelangnya waktu pagi sebaik sahaja anda membuka pintu rumah untuk menghidup udara segar.

6. Pasu
Penggunaan pasu dengan rekaan yang unik turut menampilkan halaman dengan dekorasi yang berbeza. Hiasi pasu tersebut dengan pelbagai jenis pokok dan bunga untuk memberi elemen warna pada halaman anda.

7. Tanaman gantung
Hiasan tanaman yang bergantung tentu sahaja memberi kelainan pada dekorasi halaman rumah anda. Ia boleh memberi suasana laman yang lebih segar dan unik. Pelbagaikan kreativiti anda dengan tanaman gantung menggunakan tayar, botol, pasu dan sebagainya.

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, February 17, 2017

EMPAT JENIS RUMAH YANG BOLEH ANDA PERTIMBANGKAN UNTUK DIMILIKI


Setiap negara mungkin mempunyai terma yang sama tapi ciri-ciri rumah yang sedikit berbeza. Ciri-ciri sesebuah rumah itu ada yang dibezakan daripada segi jenis rumah, fasiliti, sudut legal, pemilikan tanah, harga dan lain-lain.

Dalam kategori atas tanah (landed), rumah akan dibina dengan satu tingkat, dua tingkat dan tiga tingkat. Tiga tingkat paling maksimum yang admin pernah lihat di Malaysia. Tanah bagi rumah jenis ini dimiliki secara persendirian oleh pemilik rumah tersebut (individual title/geran individu).

1. Rumah teres / Terraced house
Rumah jenis ini boleh dikatakan agak padat kerana tiada ruang kosong antara rumah jenis ini. Di kiri atau kanan rumah pasti ada sebuah rumah yang lain. Rumah teres kadang-kadang dibina dua-dua, tiga-tiga atau lebih. Sedikit tanah kosong akan didapati di belakang atau di depan rumah teres yang biasanya akan digunakan untuk bercucuk-tanam. Nama lain untuk rumah teres ini ialah linked house.

2. Rumah berkembar / Semi-detached
Definisi rumah semi-detached atau nama lainya semi-d, rumah berkembar, separa terpisah adalah seperti kembah siam keran rumah jenis ini duduk bersebelahan, tertampal di tengah dan di tepi yang bertentangan akan ada ruang kosong. Di ruang kosong ini biasanya pemilik rumah akan tambahkan tempat letak kereta, bercucuk-tanam, buat landscaping. Lebih menarik, ada pemilik rumah membeli semi-d secara berpasangan dan menjadikannya satu biji rumah yang lebih besar yakni banglo!

3. Banglo / Bungalow
Lonely soldier boy ialah frasa yang kita boleh fikirkan bila bercerita tentang banglo. Rumah banglo akan mempunyai kawasan yang agak luas untuk dirinya sendiri dan jarak antara satu rumah banglo dengan rumah banglo yang lain pun agak jauh. Rumah banglo juga dikenali sebagai detached house (rumah terpisah). Pemilik rumah banglo harus dan semestinya bercucuk-tanam di sekeliling rumah!

STRATA

Dalam kategori strata (level), rumah dibina bertingkat-tingkat di sebuah kawasan tanah. Dan setiap tingkat akan beberapa unit-unit rumah. Tanah bagi rumah jenis ini dimiliki secara kongsian dengan semua pemilik unit rumah tersebut (strata title/geran strata). Strata adalah kata nama plural untuk stratum dan bermaksud layer atau level dari sudut bahasa. Di Malaysia, agak sukar untuk membezakan rumah jenis strata kerana kebanyakannya meminjam ciri-ciri satu sama lain.

4. Flat / Pangsapuri
Flat biasanya dibina dalam satu kawasan dan mempunyai beberapa blok di dalamnya. Setiap blok akan mempunyai 3 ke-14 tingkat atau lebih. Rumah jenis ini adalah rumah yang paling murah dan kebanyakan rumah jenis ini kosnya rendah atau sederhana rendah. Pada kebiasaannya, flat tidak dilengkapi dengan sebarang servis seperti pengawal keselamatan atau lif . Pemilik rumah flat hanya memiliki kawasan rumahnya saja dan koridor panjang di luar rumah adalah milik bersama. Daripada segi tempat meletak kereta, konsep siapa cepat dia dapat dan jarang sekali menyediakan tempat meletak kenderaan jenis berbumbung.

Dua ciri lain tentang flat ialah tingkap rumah ini adalah jenis ‘naco’ dan berlantaikan simen. Pada pendapat peribadi saya, rumah flat adalah pelaburan yang menguntungkan dalam jangka masa pendek dan panjang. Jika anda hendak membuat pelaburan hartanah pertama, jangan sisihkan flat daripada pilihan anda!

Sumber : Terima kasih http://www.7senarai.com/

Continue Reading
No comments
Share:

10 IDEA MENARIK HIAS DINDING GUNA CERMIN

Bagi ruang yang sempit menggantung cermin adalah salah satu cara untuk mendapatkan lebih ruang secara ilusi. Bagaimana? Dengan keupayaan refleksinya, cermin meningkatkan kadar cahaya dalam bilik tersebut. Lagi terang, lagi luas pemandangan dan begitu juga sebaliknya. Cermin juga akan menggandakan saiz dan kedalaman (depth) secara visual melalui imej yang berulang. Bagi membuat bilik anda lebih besar, gantung cermin pada dinding yang bertentangan dengan anda ketika memasuki bilik tersebut. Anda juga boleh lekapkan cermin di pintu almari atau kabinet jika dinding bilik anda sangat terhad. Bagi laluan seperti lorong dan tangga, anda boleh tempatkan cermin di kedua-dua bahagian dindingnya. Jom lihat idea-idea menarik untuk menggantung dinding.



gallowsart.wordpress.com



www.houzz.com



www.houzz.com



emilyaclark.com



www.allyou.com



tubwoo.com




www.washingtonpost.com



messagenote.com

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, February 8, 2017

Srikandi Bomba Wanita




Sumber daripada : Minggguan Wanita 27 Januari - 02 Februari 2017

Continue Reading
No comments
Share:

5 kesalahan perlu dielak penyewa kali pertama


Tanggungjawab kewangan
Ada individu yang keluar dari rumah ibu bapa walaupun mereka tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk menyara diri. Ia perkara agak biasa berlaku khususnya dalam kalangan penyewa kali pertama. Anda perlu menulis pelan perbelanjaan akan datang seperti elektrik dan internet serta memastikan anda tidak hidup setiap bulan bergantung kepada gaji semata-mata sebelum berpindah. Pastikan untuk mengelak membuat kiraan salah ke atas kewangan anda. Ia akan memberi akibat amat buruk kelak. 

Keperluan / kemahuan
Memisahkan apa yang anda mahu daripada apa yang anda perlu, boleh menjimatkan banyak wang dan mengelak masalah pada kemudian hari. Sebagai contoh, anda mahukan kawasan yang memiliki gimnasium, tetapi anda perlu tinggal berdekatan dengan tempat kerja supaya boleh menjimatkan kos pengangkutan.

Melawat
Anda tidak sepatutnya bersetuju untuk menandatangani sewaan sebelum melawat dan memeriksa rumah itu dengan menyeluruh. Walaupun menyewa daripada seseorang yang dipercayai, anda perlu memeriksa rumah itu jika tidak kita tidak akan pasti sama ada selesa untuk tinggal di situ ataupun jika ada masalah lain yang berkaitan dengan tempat itu.

Terlepas pandang kontrak sewaan
Walaupun ia hanya di senarai keempat, ini perkara penting perlu anda lakukan sebelum menandatangani kontrak. Ramai orang hanya menurunkan tanda tangan tanpa membaca terlebih dahulu butirannya. Apabila terjadi perkara yang tidak kena dan berdepan dengan pemilik rumah, mereka dapati pemilik rumah terlindung daripada isu berkenaan. Pastikan anda sentiasa membaca kontrak dengan teliti atau ambil peguam untuk membantu anda.

Tidak mencari rumah lain
Adalah lebih baik untuk memiliki beberapa pilihan dalam tangan walaupun anda sudah yakin telah menemui rumah impian. Ia memberikan dua perkara iaitu pertama membolehkan anda bersedia jika ada sesuatu di luar dugaan berlaku dan kedua membolehkan anda tidak dilihat terlalu terdesak dan membuka ruang kepada pemilik rumah mengambil kesempatan terhadap anda.

Sumber daripada : Berita Harian 4 Februari 2017

Continue Reading
No comments
Share:

6 tabiat penyebab sakit kepala

Related image 

Sakit kepala memang tidak selesa bila ianya datang menyerang kita yang tidak mengira waktu. Tapi 6 tabiat ini adalah mungkin penyebab utama sakit kepala.



Image result for coffeeKopi
Sekirnya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, mungkin menandakan penarikan kafein.




Image result for computerKomputer
Berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang anda.









Image result for dazzledSilau
Keletihan mata boleh membuat anda sakit kepala. Elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan antireflektif pada cermin mata dan antisilau pada monitor anda.




Image result for eat and drinkMakan dan minum
Jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Pastikan anda minum air secukupnya.






Image result for relaxRelaks
Sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30-an dan 40-an anda. Mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan.





Image result for medicineUbat
Sesetengah sakit kepala adalah kesan sampingan pengambilan ubat tertentu. Jangan berhenti makan ubat yang dinasihatkan oleh doktor tetapi anda sentiasa boleh bertanya anda ada pilihan lain.

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia