MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, February 28, 2017

Tahukah anda tentang Unit HAZMAT

Image result for unit hazmat bomba malaysia
Letupan Kilang Mercun di Sungai Buloh pada 7 Mei 1991, menjadi titik tolak kesedaran tentang pentingnya penekanan terhadap keselamatan industri dalam usaha negara mencapai status Negara perindustrian. Ekoran daripada kejadian itu, kerajaan telah membentuk Majlis Industri Kebangsaan Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya yang diurus setia oleh MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. Sebanyak 24 jawatankuasa kecil telah dibentuk meliputi pelbagai aspek seperti pengeluaran, penyimpanan, pengangkutan, import dan eksport, pembungkusan, pembuangan dan lain-lain. Daripada jawatankuasa tersebut sebanyak tujuh jawatankuasa telah melibatkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Image result for unit hazmat bomba malaysia
Melalui keputusan Jawatankuasa Kabinet, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia diminta mengambil tanggungjawab mengendalikan kemalangan yang berkaitan dengan bahan kimia berbahaya dan peraturan pengendalian kemalangan dibuat oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan. Peraturan ini dikenali sebagai CIMAH ( Control Of Industrial Major Accident Hazards).

Menyedari tanggungjawab ini, pengurusan tertinggi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah mengorak langkah dengan menghantar seorang pegawai kanan iaitu Tuan Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid bagi mengikuti Kursus Hazardous Materials Course (HMC) di Fire Services College, Moreton in Marsh, United Kingdom pada tahun 1992.

Explorasi yang dibuat oleh beliau telah memberi laluan kepada pihak kolej bagi mengendalikan Kursus Khas Hazardous Materials untuk Malaysia. Ekoran daripada itu seramai 11 orang pegawai kanan bomba dihantar untuk menghadiri kursus khas ini. Kumpulan ini telah diketuai oleh Tuan Hj. Zurkarnain Bin Mohd Kassim.

Sekembalinya mereka dari United Kingdom, pasukan ini telah dipertanggungjawabkan untuk merangka rancangan jangka panjang dan jangka pendek bagi penubuhan pasukan HAZMAT Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Pasukan ini telah menggubal modul latihan, mereka bentuk jentera dan kaedah bertindak sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan bahan kimia berbahaya.

Akhirnya pada 28 Oktober 1992, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah menerima sebanyak 7 buah jentera HAZMAT dan ditempatkan seperti berikut :

  • Kuala Lumpur
  • Shah Alam, Selangor
  • Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Kerteh, Terengganu
  • Pasir Gudang, Johor
  • Jalan Perak, Pulau Pinang
  • Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu (bagi tujuan latihan)


Petikan daripada : Buletin Integriti Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia edisi kedua 2016



No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia