Tanggungjawab kewangan
Ada individu yang keluar dari rumah ibu bapa walaupun mereka tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk menyara diri. Ia perkara agak biasa berlaku khususnya dalam kalangan penyewa kali pertama. Anda perlu menulis pelan perbelanjaan akan datang seperti elektrik dan internet serta memastikan anda tidak hidup setiap bulan bergantung kepada gaji semata-mata sebelum berpindah. Pastikan untuk mengelak membuat kiraan salah ke atas kewangan anda. Ia akan memberi akibat amat buruk kelak.
Keperluan / kemahuan
Memisahkan apa yang anda mahu daripada apa yang anda perlu, boleh menjimatkan banyak wang dan mengelak masalah pada kemudian hari. Sebagai contoh, anda mahukan kawasan yang memiliki gimnasium, tetapi anda perlu tinggal berdekatan dengan tempat kerja supaya boleh menjimatkan kos pengangkutan.
Melawat
Anda tidak sepatutnya bersetuju untuk menandatangani sewaan sebelum melawat dan memeriksa rumah itu dengan menyeluruh. Walaupun menyewa daripada seseorang yang dipercayai, anda perlu memeriksa rumah itu jika tidak kita tidak akan pasti sama ada selesa untuk tinggal di situ ataupun jika ada masalah lain yang berkaitan dengan tempat itu.
Terlepas pandang kontrak sewaan
Walaupun ia hanya di senarai keempat, ini perkara penting perlu anda lakukan sebelum menandatangani kontrak. Ramai orang hanya menurunkan tanda tangan tanpa membaca terlebih dahulu butirannya. Apabila terjadi perkara yang tidak kena dan berdepan dengan pemilik rumah, mereka dapati pemilik rumah terlindung daripada isu berkenaan. Pastikan anda sentiasa membaca kontrak dengan teliti atau ambil peguam untuk membantu anda.
Tidak mencari rumah lain
Adalah lebih baik untuk memiliki beberapa pilihan dalam tangan walaupun anda sudah yakin telah menemui rumah impian. Ia memberikan dua perkara iaitu pertama membolehkan anda bersedia jika ada sesuatu di luar dugaan berlaku dan kedua membolehkan anda tidak dilihat terlalu terdesak dan membuka ruang kepada pemilik rumah mengambil kesempatan terhadap anda.
Sumber daripada : Berita Harian 4 Februari 2017
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...