Ikan salmon
Ikan merupakan sumber protein dan omega yang baik untuk kesihatan kulit wajah terutamanya seperti ikan tuna dan salmon. Ikan salmon mengandungi protein tinggi untuk menghasilkan kolagen pada kulit. Sekiranya anda makan ikan salmon secara teratur, ia sangat membantu memperbaiki tekstur kulit, selain bagus untuk mata, kuku dan rambut.
Teh hijau
Teh hijau mengandungi antioksidan yang dapat memberi perlindungan pada kulit daripada sinar ultra violet yang menjadi penyebab timbulnya tanda-tanda penuaan. Pengambilan teh hijau secara rutin juga boleh membantu meremajakan sel-sel kulit, meringankan maslah jerawat dan mencerahkan kulit.
Bayam
Bayam merupakan sayuran yang baik untuk kesihatan kulit. Ia mengandungi vitamin A, beta karotena, zat besi dan kaya dengan antioksidan. Sekiranya diambil setiap hari, ia membantu menghaluskan kulit wajah dan menghilangkan masalah jerawat pada kulit.
Jus lemon
Buah yang kaa dengan khasiat ini memang dikenali sebagai buah yang sangat baik untuk perawatan kulit. Minum jus lemon segera sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat membantu meremajakan kulit, mengecilkan pori-pori wajah dan menyembuhkan banyak masalah kulit.
Avokado
Buah ini mengandungi lemak sihat yang dapat memberi manfaat untuk menjaga kelembapan kulit wajah terutama bagi anda yang memiliki jenis kulit kering. Sekiranya diambil secara rutin dan teratur sama ada anda makan secara terus ataupun dibuat jus, avokado dapat membantu membersihkan dan menyegarkan kulit wajah.
Badam
Badam mengandungi vitamin E yang berperanan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Ambil segenggam badam untuk setiap hari membantu melembapkan kulit dan membuat kulit cerah serta bercahaya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...