- Keanggotaan bomba di Amerika Syarikat adalah seramai lebih kurang 30,542 orang anggota dan seramai 26,942 jumlah tersebut adalah dari sukarelawan atau separuh masa sahaja.
- Sekitar 1600an beberapa enjin jentera telah dicipta namun ianya tidak sesuai digunakan kerana cara kupling atau penyambungan yang tidak sempurna. Namun pada tahun 1690, John Lofting telah mencipta alat yang sesuai untuk memasang hos ke sumber air atau jentera. Ianya juga dipertingkatkan penghasilannya dengan ciptaan pereka seperti Richard Newsham dan hinggalah 1900 Merryweather dan anaknya telah mecipta satu enjin yang sesuai bagi kerja-kerja pemadaman kebakaran.
- Penggunaan kuda untuk menarik jentera berenjin telah diperkenalkan pada 1832 di New York untuk menggantikan tenaga manusia sebelum itu. New York Mutual Hook And Ladder Company No. 1 adalah merupakan syarikat pertama yang menggunakan kuda sebagai penggerak untuk menarik enjin stim berjentera.
- Loceng kecemasan telah diperkenalkan dan digunakan seawal tahun 1068 bagi memberi peringatan kepada penduduk dan orang ramai tentang bahaya kebakaran yang berlaku. Ianya diperkenalkan oleh William the Conquer pada waktu itu.
- Penggunaan hos telah digunakan seawal tahun 400 sebelum Masihi sebagai satu alat bantuan pemadaman dan ianya diperbuat daripada gumpalan bulu-bulu kerbau besar/seladang sebagai punca air utama pemadaman sebelum pengenalan kepada bekas takungan yang lain.
- Tahun 1736 merupakan tahun pertama seorang sukarelawan telah diterima masuk dalam jabatan bomba bagi membantu kerja-kerja pemadaman kebakaran yang berlaku di Philadelphia, Amerika Syarikat.
- Pada tahun 1673,dua orang Belanda iaitu Jan Van Der Heiden dan anaknya telah mencipta hos yang sesuai dengan menggunakan kulit yang dijahit bersambung-sambung oleh tukang kasut.
- Akhirnya pada tahun 1803 sebuah kilang membuat hos telah dibuka untuk memenuhi keperluan penggunaan hos bagi kes-kes kebakaran. Philadelphia Hose Company telah dibukabagi tujuan ini. Kemudian diikuti kilang-kilang lain seperti American Fire Hose Manufacturing Company di Chelsea dan Massachusetts ("first seamless cottons fire produced for steam fire engine").
- Disebabkan ikatan penyambung antara kuda dan jentera agak merbahaya, popularitinya agak tenggelam sedikit sehinggalah Charles E Berry dari Jabatan Bomba Massachusetts pada tahun 1840an mencipta satu alat penyambung yang sesuai yang dipanggil hook harness menggantikan tali penyambung yang lama dan barulah penggunaan kuda ini kembali terkenal.
JUDUL BUKU TERKINI
Thursday, October 29, 2015
SEJARAH KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Pasukan kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia merupakan sebuah pertubuhan persatuan pasukan beruniform yang diterapkan di dalam kurikulum sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia. Pasukan ini ditubuhkan semenjak 1989 setelah mendapat persetujuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan dijadikan salah satu program ko-kurikulum bagi sekolah-sekolah menengah di seluruh Malaysia.
Sekolah pertama yang menganggotai pasukan kadet ini adalah Maktab Rendah Sains MARA Sultan Abdul Samad dari Negeri Sembilan pada 1985 dengan jumlah keanggotaan seramai 20 orang. Jumlah sekolah dan keanggotaan yang menyertai pasukan Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia semakin bertambah sehingga tahun 2008 sebanyak 2084 pasukan ditubuhkan dari sekolah seluruh Malaysia dengan kekuatan anggota seramai 79,920 orang.
Tujuan Kadet Bomba dan Penyelamat, Malaysia ditubuhkan ialah
Keahlian
Had Umur
Had umur adalah dari 12 tahun ke atas,
Fizikal
Perakuan kesihatan tubuh badan dan kecacatan anggota perlu disahkan oleh ibu/bapa/penjaga mengikut keperluan dengan mengisi dan menandatangani borang yang telah disediakan.
Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga
Kebenaran bertulis ibu bapa/ penjaga hendaklah diperolehi untuk menjadi ahli. Ibu bapa / penjaga dikehendaki mengisi dan menandatangai borang kebenaran ibubapa / penjaga.
Kelucutan Keahlian
- Memupuk kesedaran tentang bahaya kebakaran dan langkah-langkah pencegahan.
- Menghayati dan mengamalkan ilmu pengetahuan kebombaan sebagai salah satu cara hidup.
- Meningkatkan disiplin dan setia kawan bagi memupuk semangat yakin diri serta bertanggungjawab kepada harta benda and masyarakat.
- Mengeratkan kerjasama dan persafahaman antara ahli dengan Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Malaysia.
- Mewujudkan suasana sekolah bebas dari bahaya kebakaran.
- Menanamkan minat untuk memilih menjadi anggota Bomba dan Penyelamat sebagai kerjaya.
Keahlian
- Keahlian adalah terbuka kepada semua pelajar Sekolah Menengah Kerajaan dan Sekolah Menengah Bantuan Kerajaan.
- Keahlian bagi pelajar selain daripada sekolah seperti diatas adalah dibawah tanggungjawab dan tanggungan sendiri dan perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia.
Had Umur
Had umur adalah dari 12 tahun ke atas,
Fizikal
Perakuan kesihatan tubuh badan dan kecacatan anggota perlu disahkan oleh ibu/bapa/penjaga mengikut keperluan dengan mengisi dan menandatangani borang yang telah disediakan.
Kebenaran Ibu Bapa/ Penjaga
Kebenaran bertulis ibu bapa/ penjaga hendaklah diperolehi untuk menjadi ahli. Ibu bapa / penjaga dikehendaki mengisi dan menandatangai borang kebenaran ibubapa / penjaga.
Kelucutan Keahlian
- Keahlian lucut serta merta apabila ahli kadet berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah yang dinyatakan berkuatkuasa pada tarikh surat berhenti sekolah dikeluarkan.
- Keahlian juga lucut apabila kadet melanggar peraturan sekolah yang menjejaskan kredibility Pasukan Kadet Bomba dan Penyelamat jika didapati bersalah oleh lembaga disiplin sekolah.
- Surat lucut ahli akan dikeluarkan secara rasmi kepada pelajar dan ibu bapa oleh pihak sekolah (jika berkenaan).
- Sekiranya pelajar diterima semula bersekolah, pelajar boleh mengemukakan rayuan kepada guru penasihat pasukan kadet untuk menyertai semula pasukan di sekolah berkenaan dengan nombor pendaftaran baru.
GARIS PANDUAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
PAKAIAN KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
LAGU KADET BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Kadet Bomba bersatu
Sama berganding bahu
Pemuda pemudi harapan
Tiang negara
Jiwa raga yang murni
Tanggungjawab membantu
Di mana jua
Tetap bersedia
Menimba ilmu jaya
Demi masa hadapan
Berwawasan matlamatnya
Pastikan berjaya
Kadet bomba bersatu
Bersemangat membara
Cita-cita tersemat luhur
Gigih berusaha
Ikrar kami sahutlah
Berani beretika
Harumkan nama
Malaysia jaya ( 2X )
SUMBER : http://kadetbomba.blogspot.my ; http://www.bomba.gov.my
Tuesday, October 27, 2015
Konsep Sastera
- Satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan dalam bentuk bahasa.
- Maksud Perkataan sastera :
ii. Bermaksug huruf dan perkataan yang indah
Maksud Sastera
- Sebuah hasil seni dan karya tulisan.
- Dalam bentuk prosa dan puisi.
- Bahasa yang indah.
- Maksudnya : Mempunyai fikiran yang mampu menyesuaikan dan menerbitkan sesuatu pembaharuan serta kemajuan yang dihubung kait dengan ilmu mekanik dan kecergasan. (Merujuk Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Ketiga)
- Contoh ayat : Pelajar pada hari ini perlu mempunyai sikap dan pemikiran Imiginatif, Analitik, Praktik dan Dinamik untuk suasana ekonomi dan sosial dunia yang semakin pesat membangun serta memerlukan banyak tenaga kerja.
PENYEDIAAN KOLAM
- Saiz kolam yang sesuai di Malaysia adalah antara 0.25 ekar - 1.5 ekar dengan kedalaman sekitar 1 – 2 meter.
- Kolam yang terlalu cetek akan menyebabkan rumput dan lumut tumbuh dan menyukarkan penjaringan manakala kolam yang terlalu dalam akan menyukarkan pengurusan.
PENGERINGAN
- Kolam udang galah perlu didedahkan kepada cahaya matahari terik bagi membunuh pemangsa (ikan, belut dan serangga) dan patogen (bakteria, kulat, parasit).
- Dedahan kepada cahaya matahari terik dan udara juga akan mempercepatkan proses perebutan organik bagi menyuburkan lagi tanah.
- Jangka masa pengeringan biasanya antara 1 – 2 minggu. Jangka masa lebih lama diperlukan pada musim hujan atau kolam telah digunakan terlalu lama.
MERACUN
- Kolam yang tidak boleh dikeringkan perlu diracun untuk membunuh ikan liar (pemangsa).
- Racun organik seperti akar tuba, hampas biji teh (tea seed cake) dan daun tembakau. Untuk membunuh ikan lampam gunakan 10 miligram setiap liter (mg/l) manakala bagi ikan haruan kadar sekitar 30 mg/l diperlukan.
MENGAPUR
- Tujuan – menstabilkan pH, membunuh ikan liar, menggalakkan proses salin kulit udang, meninggikan kadar pereputan bahan organik agar tanah lebih subur.
- Jenis-jenis kapur - Kapur abu panas (quicklime-CaO) – keberkesanan cepat tapi untuk jangka masa pendek. ; Kapur batu putih (lime stone-Ca(CO3)) – berkesan secara perlahan tapi jangka masa panjang. ; Kapur abu sejuk (slake/hydrated lime) – tindak balas cepat dan keberkesanan cepat hilang
- Cara mengapur – menabur rata serbuk kapur di permukaan dalam kolam kering dengan sukatan 1kg bagi setiap 10 meter.
MEMBAJA
- Tujuan – untuk menggalakkan pertumbuhan makanan semula jadi seperti cacing, siput, lumut dan tumbuhan air.
- Baja yang biasa digunakan ; Baja organik – najis haiwan seperti ayam, itik, lembu, kambing. ; Baja kimia – triple super phosphate (TSP) digunakan dengan kadar 3.5kg/1000m/minggu
PENGAIRAN
- Air yang masuk ke kolam perlu melalui penapis halus bagi menghindari haiwan pemangsa masuk.
- Udang dilepaskan selepas seminggu air dimasukkan ke kolam.
- Kadar tukaran air terbaik ialah seminggu ke dua minggu - ia mampu menampung kepadatan ternakan sebanyak 10/m tanpa memerlukan alat pengudaraan. Namun jika air terlalu cepat dikeluarkan ia akan turut membawa keluar baja yang diperlukan untuk membentuk makanan semula jadi udang.
- Alat pengudaraan seperti kincir air (paddle wheel), penyembur angin (air blower), pemampat angin (air compressor) dan pam air perlu digunakan jika tukaran air tidak dapat dilakukan. Peralatan ini digunakan untuk menambah oksigen dalam air terutama waktu malam.
PEMAKANAN
- Makanan rumusan udang atau pellet sesuai diberikan kerana mengandungi protein yang tinggi (30 – 40%) dan zat-zat lain yang diperlukan udang serta tidak memberi kesan kepada air. Pemberian makanan adalah 2-3 kali sehari.
- Namun udang masih memerlukan makanan semula jadi dari kolam.
- Peringkat pemberian makanan – Makanan awalan (starter) – bulan pertama – kedua. ; Makanan tumbesaran (grower) – bulan kedua – empat dan berikutnya. ; Makanan penamat (finisher) – sehingga dipasarkan.
PENTERNAK HASILKAN MAKANAN SENDIRI
- Makanan udang boleh dihasilkan sendiri untuk mengurangkan kos
- Bahan-bahan – tepung ikan, kulit udang, kacang soya, kacang tanah, tepung gandum, beras, ubi kayu, minyak kelapa, sawit dan minyak ikan.
- Makanan sampingan – kopra kelapa, jagung, daging ayam atau itik, perut ayam dan hampas kacang soya.
- Mutu air kolam perlu dijaga agar tidak terlalu subur kerana boleh membunuh udang
PUNGUTAN HASIL
- Tumbesaran udang bergantung pada jantina, baka, mutu dan jumlah makanan, mutu air dan kadar pelepasan.
- Penjaringan boleh dimulakan selepas minggu ke empat dan seterusnya sehingga udang habis.
- Kolam dikeringkan dan udang-udang yang kecil dikumpulkan dalam satu kolam asing dan dibesarkan.
PENYAKIT DAN KAWALAN
- Penyakit yang banyak menyerang udang galah adalah bintik hitam (black spot) iaitu penyakit yang disebabkan oleh bakteria sering menyerang peringkat larva tahap 4 dan 5.
- Penyakit ini boleh dicegah dengan cara pengurusan air dengan baik dan elakkan kecederaan fizikal udang, stok melebihi kadar muatan atau kekurangan makanan.
RAWATAN
- Rendam 10 ppm asid oxolinic untuk selama sejam atau 2 ppm nifurpirinol untuk 96 jam.
- Untuk penyakit yang disebabkan oleh bakteria berasal dari air laut iaitu Vibro sp mempunyai simptom stress. Cara merawatnya ialah dengan merendam 11-13 ppm Furozolidone selama tiga hari.
Sumber
Mega, Utusan Malaysia (13-06-2011)
Oleh: Kamariah Long (PhD)
Pusat Penyelidikan Bioteknologi MARDI
Pusat Penyelidikan Bioteknologi MARDI
Baru-baru ini berita mengenai obesiti di
kalangan murid sekolah telah menarik perhatian ramai. Bermacam punca
dibincangkan dan diketengahkan pelbagai pihak. Antaranya ialah jenis
makanan yang dijual di kantin dan di luar kawasan sekolah. Berbagai
pandangan diberikan berkaitan obesiti dan akhirnya isu memakan NASI
LEMAK ditunding sebagai salah satu puncanya.Isu ini menjadi semakin
hangat setelah terdapat ura-ura Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
tidak membenarkan penjualan nasi lemak di kantin sekolah. Rasional
pengharaman ini bukan kerana nasinya tetapi kerana penggunaan SANTAN
KELAPA dalam penyediaan nasi lemak.
Sebagai seorang profesional yang
terlibat dalam penyelidikan kelapa, saya terpanggil untuk memberi
pandangan dan membetulkan MITOS terhadap santan kelapa. Saya merasakan
begitu bersalah jika membiarkan masyarakat terus menerus menghukum dan
mengenepikan khazanah alam yang dianugerahkan Allah SWT. Masih
terngiang-ngiang di telinga saya bagaimana seorang ibu memberikan
pendapatnya semasa wawancara berita TV3. Beliau menyatakan nasi lemak
melemahkan pemikiran anaknya. Juga di zaman persekolahan saya dahulu,
jika ada murid tertidur dalam kelas cikgu terus menunding nasi lemak
sebagai penyebabnya. Sehingga kini mitos santan kelapa masih
berterusan.
Sayangnya perkara ini berlaku juga di
kalangan profesional termasuk pakar permakanan Malaysia. Malah ketika
saya menjalankan ujian saringan kesihatan di sebuah hospital swasta,
saya juga dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan santan. Santan
kelapa dikatakan mengandungi kolestrol yang tinggi. Walau
bagaimanapun, analisis saintifik mendapati kolestrol dalam santan
kelapa adalah tersangat rendah berbanding lemak dari sumber lain,
terutamanya haiwan. Begitu juga kandungan kolestrol dalam minyak
kelapa.
Kandungan kolestrolnya adalah terendah berbanding minyak sayuran lain dan lemak haiwan.
Jadual 1: Kandungan kolestrol dalam minyak
Sumber minyak | Kandungan kolesterol (mg/kg) |
Minyak kelapa | 5-14 |
Minyak bunga matahari | 8-44 |
Minyak isi rong sawit | 9-40 |
Minyak sawit | 13-19 |
Minyak soya | 20-35 |
Minyak biji kapas | 28-108 |
Minyak jagung | 18-95 |
Minyak biji rape | 28-108 |
Lemak haiwan | |
Beef tallow | 800-1400 |
Mentega | 2200-4100 |
Lemak babi | 3000-4000 |
(Sumber: Inform Vol 13, 2002)
Persoalan kini ialah sama ada telah
dijalankan kajian saintifik mengenai kesan pengambilan santan dalam
makanan harian ke atas pengguna. Secara peribadi, saya belum menjumpai
sebarang kertas kerja santifik berkaitan perkara ini. Jika demikian,
bagaimana santan sebegitu dicemuh sebagai punca kepada masalah
obesiti dan penyakit jantung.
Santan kelapa mempunyai kandungan lemak
tepu yang tinggi dan boleh diproses untuk menghasilkan minyak kelapa.
Minyak kelapa mengandungi lebih kurang 92% asid lemak tepu.
Kemungkinan kandungan asid lemak tepu yang tinggi inilah penyebab kepada wujudnya mitos tentang minyak kelapa. Pada suatu ketika dulu pengambilan minyak yang kaya dengan asid lemak tepu telah menjadi isu besar di Amerika Syarikat (AS) dan ditentang secara besar-besaran.
Kempen anti-minyak tropika dan Program
Piramid Makanan (Food Pyramid Program) telah dilancarkan dalam tahun
1992 secara besar-besaran oleh Jabatan Pertanian Amerika Syarikat
(United States Department of Agriculture, USDA) dan Persatuan Penanam
Kacang Soya (American Soybean Association, ASA). ASA mencegah
pengambilan minyak tropika yang mengandungi asid lemak tepu yang
tinggi. Asid lemak tepu pada masa itu dipercayai penyebab kepada
masalah penyakit jantung dan kegemukan.
Akibat dari kempen tersebut, penduduk
AS telah mengubah cara permakanan di mana pengambilan minyak soya dan
minyak jagung digunakan sepenuhnya dalam diet mereka. Program ini
ternyata membawa banyak masalah kepada kesihatan penduduk AS. Selepas 20
tahun program ini berlangsung, didapati 64% dari penduduk AS menghadapi
masalah kegemukan (National Health 3 / 4 and Nutrition Examination
Survey 1999-2000). Selain itu, penyakit kencing manis, darah tinggi dan
penyakit jantung juga menunjukkan peningkatan yang mendadak di AS.
Ternyata Program Piramid Pemakanan ini
membawa musibah kepada penduduk AS. Kini pendapat yang mengaitkan
penyakit jantung dengan asid lemak tepu dipertikai ramai saintis. Kajian
terkini menunjukkan penyakit jantung bukanlah disebabkan pengambilan
asid lemak tepu tetapi disebabkan pengambilan asid lemak perlu
(essential fatty acids) yang berlebihan (Time’s March 1, 2004 dan
Fortune’s October 23, 2003).
Tubuh manusia tidak dapat mensintesis
asid lemak perlu dan hanya diperoleh dari diet pemakanan. Minyak jagung,
minyak soya dan minyak bunga matahari mengandungi asid lemak perlu,
omega-6 iaitu asid linoleik (C18:2, ?6), yang tinggi. Tubuh manusia
akan menukar asid linolenik kepada asid arakidonik (C20:4, ?6). Asid
arakidonik akan bergabung dengan fospholipid yang terdapat pada lapisan
(membrane) plasma sel-sel badan. Bila diperlukan asid ini akan
dipisahkan daripada lapisan plasma sel badan dan akan membentuk sebatian
aktif eicosanoids (prostaglandins) yang mempunyai pelbagai fungsi.
Kehadiran sebatian aktif ini dalam kadar yang berlebihan akan
menyebabkan keradangan dan penyakit alahan (allergic).
Rakyat AS mengambil omega-6 (minyak
jagung, minyak soya, minyak bunga matahari) 20 kali ganda lebih tinggi
berbanding asid omega-3 (minyak ikan). Keadaan ini menyebabkan
berlakunya ketidakseimbangan yang melampau dalam pengambilan asid
omega-?3 dan omega-?6.
Prostaglandins yang dihasilkan secara
berlebihan menyebabkan keradangan seterusnya penyakit kronik kepada
rakyat AS. Selain dari itu, asid trans juga didapati menyumbang kepada
masalah penyakit jantung dan kegemukan. Asid trans bukanlah asid yang
boleh didapati secara semula jadi. Asid ini terbentuk semasa proses
penghidrogenan (hydrogenation process).
Proses penghidrogenan ialah tindakbalas
kimia yang dilakukan untuk menjadikan minyak kacang soya, jagung dan
bunga matahari pepejal atau lemak pada suhu bilik. Gas hidrogen
ditambah semasa proses ini untuk menukarkan minyak kepada lelemak.
Proses ini bertujuan mempelbagaikan kegunaan minyak tersebut dalam
industri makanan terutama dalam industri pembuatan majerin dan lelemak.
Marjerin dan lelemak yang diperbuat dari minyak soya dan minyak jagung
perlu melalui proses penghidrogenan. Lelemak ini digunakan secara
berleluasa di AS dalam pembuatan biskut, kek, aiskrim, piza, coklat dan
sebagainya.
Food and Drug Administration (FDA) AS
akhirnya menyedari masalah yang timbul akibat dari penggunaan asid
trans ini. Pada Januari 2006, FDA telah mewajibkan pengusaha makanan
melabelkan peratusan asid trans yang terdapat dalam makanan yang
dihasilkan.
Terdapat beberapa kajian di AS mengenai
kesan pengambilan minyak kelapa terhadap tikus. Hasil kajian ini
menunjukan kandungan kolestrol dan LDL (low density lipoprotein) dalam
darah tikus meningkat.Walau bagaimanapun, minyak kelapa yang digunakan
dalam kajian ini telah dihidrogenasikan. Dengan kata lain, minyak kelapa
yang diguna dalam ujian ini dicemari asid trans.
Keputusan ujian ini tidak seharusnya
diterima sebagai tindakbalas sebenar tikus terhadap pengambilan minyak
kelapa. Sudah sampai masanya rakyat Malaysia menyedari betapa pentingnya
khazanah alam yang dikurniakan kepada kita. Teknologi yang canggih
telah banyak membantu kita membongkar rahsia 4 / 4 alam. Asid lemak tepu
boleh dibahagi kepada tiga peringkat iaitu, asid lemak tepu berantai
karbon pendek (C 4:0-C 6:0), sederhana (C 8:0-C 12:0) dan panjang
(C 14:0 >). Setiap asid lemak tepu ini mempunyai peranan
masing-masing dan kita memerlukan kesemuanya. Minyak kelapa merupakan
sumber trigliserida berantai sederhana (Medium Chain Trigliseride,
MCT). Banyak kajian klinikal berkaitan bahan ini dijalankan di negara
maju termasuk Eropah dan Jepun.
Kajian mendapati asid lemak berantai
sederhana dimetabolitkan badan secepat glukosa tetapi ia mampu
membekalkan tenaga yang lebih tinggi. Tenaga yang terhasil dari asid
lemak berantai sederhana ialah 7 kcal/gm berbanding 4 kcal/gm dari
glukosa. Pengambilan santan membekalkan tenaga segera kerana santan
mengandungi 65% asid lemak tepu rantai sederhana. Penemuan ini
mencetuskan industri pengetinan santan kelapa yang terdapat di kepulauan
Hainan untuk dieksport ke China sebagai produk minuman pembekal tenaga
segera.
Dengan bukti saintifik di atas, sudah
sampai masanya rakyat Malaysia diberi maklumat tepat supaya dapat
membuat keputusan yang bijak berkaitan pemilihan makanan harian mereka.
Masalah obesiti di kalangan kanak-kanak sekolah perlu dilhat dari sudut
yang lebih menyeluruh dan tidak sahaja dari sudut pemakanan. Juga bagi
menjaga kesihatan rakyat, sudah sampai masanya mewajibkan pelabelan
peratusan asid trans dalam produk makanan.
Sejak kebelakangan ini pula terdapat
banyak pengusaha kelapa mendapatkan santan untuk dijadikan minyak
kelapa dara. Minyak kelapa dara mengandungi pelbagai khasiat kerana
ia boleh dikategorikan sebagai makanan berfungsi. Meminum santan sama
seperti meminum minyak kelapa dara. Dua sudu besar minyak kelapa dara
(30 ml) menyamai setengah biji kelapa. Khasiat mengenai minyak kelapa
dara banyak tersebar, terutama dalam internet. Penulisan
khusus mengenai perkara ini akan dihasilkan dalam masa terdekat.
Sudah sampai masanya persepsi terhadap
santan diperbetulkan dan diletakkan pada pespektif sebenar. Setiap
khazanah alam anugerah Allah SWT kepada hambaNya mempunyai peranan
tersendiri, yang diminta ialah supaya kita sebagai hambaNya bersederhana
dalam apa juga perkara.
Pernahkah anda membaca label isi kandungan makanan ringan yang anda beli? Adakah anda mengambil berat tentang senarai komponen bahan-bahan yang tercatit di kotak, botol atau tiub ubat-ubatan yang anda gunakan? Jika diperhatikan betul-betul, anda pasti sedar yang selain komponen utama makanan atau ubat-ubatan yang anda beli sering mengandungi pelbagai bahan campuran lain. Contohnya, bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Bahan-bahan campuran ini diberi nama aditif.
Apakah Aditif
Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran sediaan-sediaaan tersebut. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ribuan tahun lalu. Nenek moyang kita telah menggunakan garam untuk mengawet daging dan ikan, rempah ratus untuk melazatkan makanan, dan cuka serta gula untuk menyimpan buah-buahan dalam bentuk jeruk. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi. Penduduk Asia pula didapati telah menggunakan sejenis sup pekat berasaskan agen perasa terkenal, mononatrium glutamat atau MSG, sejak 2,000 tahun lalu.
Apakah Jenis-Jenis Aditif Dan Mengapa Aditif Perlu Dicampurkan Ke Dalam Makanan dan Ubat-ubatan?
Aditif boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tujuan penggunaannya.
- Agen emulsi seperti gam Arab dan lesitin ialah aditif yang membolehkan makanan yang bahan asasnya terdiri daripada lemak dan air diadun. Campuran ini kemudiannya boleh wujud dalam keadaan yang serasi. Contohnya, agen emulsi mampu mengadunkan sediaan vitamin yang berasakan lemak seperti minyak ikan dengan air untuk membentuk emulsi. Sediaan ini tinggi kekonsistenannya dan lebih sedap dimakan.
- Agen-agen penstabil dan pemekat seperti garam alginat dan gliserin pula memberi makanan dan ubat-ubatan tekstur yang rata dan lembut.
- Agen penghalang kerak memastikan makanan yang berbutir seperti garam dan gula sentiasa berberai.
- Aditif juga bertindak mengekalkan dan meningkatkan nilai nutrisi makanan. Contohnya, vitamin dan bahan galian dicampurkan ringan seperti susu. tepung, bijirin dan marjerin bagi mewujudkan sumber makanan yang seimbang.
- Aditif yang tergolong ke dalam kumpulan bahan pengawet digunakan bagi tujuan pengawetan mengekalkan makanan dalam keadaan baik dan selamat. Bahan pengawet seperti garam nitrat dan nitrit seumpamanya, amat penting bagi melindungi makanan berasaskan daging daripada dijangkiti kulat dan bakteria clostridium, botulidium iaitu mikroorganisma penyebab botulisme atau keracunan makanan.
- Agen antioksidan seperti vitamin C dan vitmain E pula mampu mengelak lemak dan minyak di dalam sediaan makanan daripada menjadi masam atau tengik. Agen ini juga digunakan untuk mengekalkan warna isi buah-buahan yang siap dipotong. Tanpa agen antioksidan, warna isi buah epal dengan mudah bertukar menjadi perang.
- Aditif juga digunakan untuk menaikkan bahan makanan yang dimasak seperti kek dan roti. Agen daripada kumpulan ini membebaskan asid apabila dipanaskan. Asid yang terbebas mampu bertindak balas dengan soda penaik untuk memantapkan rupa bentuk kek, roti dan biskut yang dibakar.
- Agen penyedap seperti rempah ratus (halia dan bunga cengkih) dan bahan kimia sintetik (monosodium glutamat; MSG) digunakan dengan meluas untuk melazatkan makanan dan ubat-ubatan.
- Bahan pewarna juga sering dicampurkan ke dalam makanan, terutamanya kuih- muih dan ubat-ubatan untuk menambahkan daya tarikan sediaan tersebut. Contoh bahan pewarna ialah FD&C Yellow No.6 yang digunakan di dalam bijirin, makanan ringan dan roti.
- Agen peluntur dingunakan untuk memutihkan makanan seperti agar-agar dan ubat-ubatan yang mudah bertukar warna terutama ketika di dalam penyimpanan.
Bagaimana Penggunaan Aditif Dikawal?
Oleh kerana aditif digunakan di dalam makanan dan ubat-ubatan dengan meluas, maka kawalan ketat terhadap penggunaannya amat penting sekali. Akta Makanan 1983 (Undang-undang Malaysia Akta 281) jelas menyatakan keperluan memastikan bahawa hanya bahan-bahan yang selamat dan sesuai sahaja boleh digunakan di dalam sediaan makanan dan minuman. Penggunaan aditif dalam ubat-ubatan pula dikawal oleh garis panduan yang terkandung di dalam amalan pengilangan baik atau GMP, peraturan-peraturan penyediaan yang terdapat di dalam farmakopia British (BP) dan farmakopia Amerika Syarikat (USP) dan keperluan pendaftaran yang diperincikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Bagaimanakah Kegunaan Aditif Diluluskan Pihak Berkuasa?
Pertama sekali, aditif mestilah mampu memberi kesan seperti yang diharapkan terhadap makanan dan ubat-ubatan. Kajian-kajian menggunakan haiwan perlu dilakukan bagi memastikan bahawa pengambilan aditif, sama ada bagi jangka masa pendek atau panjang, tidak menjejaskan kesihatan atau mencetuskan penyakit. Walaupun kepastian mutlak bahawa sesuatu bahan aditif adalah selamat tidak mungkin diperolehi, namun maklumat daripada kajian terhadap haiwan boleh menjadi asas yang kuat bagi mendapatkan kelulusan penggunaanya.
Dalam pada itu, permonitoran atau kawalan semasa terhadap bahan-bahan aditif yang diluluskan sentiasa dilakukan dengan meninjau sebarang laporan tentang kesan mudarat atau kesan sampingan berkaitan bahan tersebut. Bukti kukuh tentang kesan bahaya sesuatu bahan akan dijadikan asas pengharaman penggunaannya.
Contohnya, baru-baru ini kerajaan telah mengharamakan penggunaan nitrofuran sebagai salah satu aditif yang digunakan dalam industri penternakan, terutamanya ayam. Banyak laporan dari beberapa buah negara maju yang menunjukkan bahawa penggunaan bahan ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
Aditif sulfit pula yang pada suatu masa dahulu digunakan untuk mengawet buah- buahan kering dan sayur-sayuran, telah didapati boleh membahayakan sesetengah pengguna yang alah terhadap bahan ini. Kes-kes kejutan yang membawa maut dan serangan lelah teruk membuktikan betapa bahaya bahan ini. Justeru itu, sulfit diharamkan penggunaanya untuk tujuan di atas. Demikian juga dengan penggunaan asid benzoik di dalam cili boh. Kandungan asid yang berlebihan di dalam sediaan cili boh telah mengganggu kesihatan ramai pengguna. Dengan itu, kerajaan telah mengarahkan supaya bahan ini digunakan secara berhati-hati.
Adakah Aditif Semula Jadi Lebih Selamat Daripada Aditif Sintetik?
Aditif semula jadi diperolehi daripada sumber-sumber asli, contohnya lesitin daripada kacang soya dan jagung atau serbuk pewarna bit daripada lobak bit. Aditif sintetik pula dihasilkan melalui tindak balas kimia. Ketulenan aditif sintetik mudah dikawal semasa pembuatan atau pengilangannya. Sebenarnya aditif sama ada semula jadi atau sintetik adalah bahan kimia. Vitamin C atau asid askobik semula jadi di dalam sebiji buah oren, umpamanya sama sahaja dengan Vitamin C yang dihasilkan di dalam makmal kimia. Jadi aditif semula jadi tidak semestinya lebih selamat daripada aditif sintetik.
Apakah Aditif Yang Dikaitkan Dengan Kesan-kesan Sampingan Yang Kurang Menyenangkan Dan Adakah Kesan-kesan Ini Mampu Menjejaskan Kesihatan?
Antara aditif yang dikaitkan dengan kesan sampingan yang kurang selesa ialah pewarna FD&C Yellow No.5 atau tartazin. Tartazin (E102)dilaporkan menyebabkan gatal-gatal kulit yang amat sangat (urticaria) serta pembengkakkan sesetengah tisu lembut seperti kelopak mata, bibir, lidah dan tangan.
Namun demikian, didapati hanya segelintir populasi yang alah terhadapnya iaitu kurang daripada 0.01 peratus. Oleh sebab itu, penggunaan tartazin masih dibenarkan. Namun demikian, kewujudan tartazin dalam makanan atau ubat-ubatan mestilah disenarikan pada label sediaan-sediaan tersebut, agar mereka yang alah terhadapnya dapat mengelak daripada memakannya.
Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat kepada pengguna. Tetapi permonitoran berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperolehi bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.
Pengaruh kesan hiperaktif bahan-bahan tersebut terhadap pengguna belum dapat dibuktikan sepenuhnya setakat ini. Malah sebuah panel perkembangan kanak-kanak Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat melaporkan bahawa tiada kaitan pengambilan aditif dengan kes-kes hiperaktif remaja.
Aditif yang sering mendapat perhatian ramai ialah serbuk perasa monotorium glutamat (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG diperolehi daripada kanji, gula, jagung, tebu datau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai.
Kesan- kesan ini digolongkan ke dalam Sindrom Restoran Cina. Ini kerana MSG kerap kali digunakan di dalam masakan dan hidangan kaum Cina. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan dan rasa menggelenyar di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan Sindrom Restoran Cina disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.
Sebagai kesimpulan, pada zaman teknologi makanan dan farmasi yang canggih sekarang, penggunaan aditif dalam makanan dan ubat-ubatan bukan sahaja menjadi satu kebiasaan, malah kemestian bagi memastikan sediaan-sediaan tersebut tahan lama, menarik dan juga berperisa. Sehingga hari ini dianggarkan terdapat lebih kurang 15,000 bahan kimia yang dibenarkan digunakan sebagai bahan aditif yang dicampurkan ke dalam sediaan makanan dan ubat-ubatan bermula daripada tahap pengeluaran, pemprosesan, rawatan, penyediaan, pembungkusan, pengangkutan dan penyimpanan bahan-bahan tersebut..
Walaupun jumlah bahan kimia yang diberi kelulusan untuk digunakan sebagai bahan aditif makanan dan ubat-ubatan adalah agak besar, namun ahli sains, ahli farmasi dan ahli teknologi makanan berpendapat bahawa secara umumnya, bahan-bahan ini tidak mendatangkan kesan sampingan buruk atau mencetuskan penyakit merbahaya seperti barah kepada pengguna.
Hanya segelintir pengguna yang alah terhadap sesetengah bahan aditif terdedah kepada bahaya penggunaannya. Pengguna yang alah dinasihatkan berbincang dengan pakar perubatan tentang aditif-aditif yang perlu mereka hindari. Justeru itu, kes-kes alahan teruk yang dicetuskan oleh aditif dapat dielakkan sekiranya sediaan-sediaan makanan dan ubat-ubatan dilabel dengan jelas dan sempurna.
Sumber : Dr. Abu Bakar Abdul Majeed
www.prn2.usm.my
Monday, October 26, 2015
Prestasi industri perbankan Islam terus bertambah kukuh pada tahun 2005. Pada akhir tahun itu, aset berlandaskan Islam mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak 17.7% kepada RM111.8 bilion dan jumlah itu mencakupi 11.3% daripada jumlah aset keseluruhan sistem perbankan. Bahagian pasaran deposit dan pembiayaan berlandaskan Islam juga meningkat masing-masing kepada 11.7% dan 12.1% daripada jumlah industri.
Liberalisasi industri perbankan Islam menyaksikan pembukaan bank Islam asing yang pertama yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983, pada bulan Ogos 2005. Berikutan liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing pada tahun 2004, pasaran kewangan Islam menunjukkan kedalaman yang lebih nyata pada tahun 2005 dengan instrumen kewangan berlandaskan Syariah dalam didominasi ringgit terus diterbitkan oleh agensi asing dalam pasaran bon dalam negeri. Perkembangan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan dalam pasaran modal dalam negeri tetapi turut menyumbang kepada kedalaman dan peluasan pasaran.
Sistem kewangan Islam di Malaysia menunjukkan kemajuan yang ketara dalam persekitaran yang semakin liberal dan berdaya saing sejajar dengan peningkatan integrasi antarabangsa sistem kewangan Islam Malaysia. Kapasiti dan keupayaan keinstitusian peserta perbankan Islam serta infrastruktur kewangan dan rangka kerja penyeliaan terus diperkukuh untuk mencapai objektif seperti yang terkandung dalam fasa kedua PISK. Liberalisasi industri perbankan Islam menyaksikan pembukaan bank Islam asing yang pertama yang dilesenkan di bawah Akta Bank Islam 1983, pada bulan Ogos 2005.
Selain itu, subsidiari Islam bagi tiga kumpulan perbankan domestik telah memulakan operasi dengan memanfaatkan sepenuhnya kefleksibelan beroperasi yang diberikan oleh lesen perbankan Islam. Berikutan liberalisasi peraturan pentadbiran pertukaran asing pada tahun 2004, pasaran kewangan Islam menunjukkan kedalaman yang lebih nyata pada tahun 2005 dengan instrumen kewangan berlandaskan Syariah dalam didominasi ringgit terus diterbitkan oleh agensi asing dalam pasaran bon dalam negeri. Perkembangan ini bukan sahaja meningkatkan keyakinan dalam pasaran modal dalam negeri tetapi turut menyumbang kepada kedalaman dan peluasan pasaran.
Bank Negara
Bank Negara Malaysia terus memantau pelaksanaan rangka kerja tadbir urus Syariah berikutan pengeluaran GPS1, berkuat kuasa pada 1 April 2005. Dalam membangunkan dan menggalakkan dinamisme dan penyatuan Syariah di peringkat antarabangsa, Bank Negara Malaysia melaksanakan dua inisiatif penting pada tahun 2005. Inisiatif pertama ialah Dialog Cendekiawan Syariah yang berlangsung pada 22 – 23 Jun 2005, di Kuala Lumpur dan inisiatif kedua ialah penubuhan Dana Cendekiawan Syariah dalam Kewangan Islam berjumlah RM200 juta.
Bersempena Mesyuarat Lembaga Gabenor-Gabenor Bank Pembangunan Islam ke-30, yang diadakan di Malaysia, seminar mengenai Pelan Induk Ke - 10Tahun Industri Perkhidmatan Kewangan Islam telah berlangsung pada 22 Jun 2005 untuk menggariskan hala tuju industri perkhidmatan kewangan Islam sedunia. Ia menyediakan platform untuk membincang dan menyediakan asas bagi pembangunan pelan induk yang akan menggariskan rangka tindakan dan arah tuju strategik bagi pembangunan berterusan industri perkhidmatan kewangan Islam sejagat.
Pusat Kewangan Islam Antarabangsa
Berikutan pembangunan sistem kewangan Islam yang komprehensif serta semakin liberal dan bersepadu dengan sistem kewangan antarabangsa, Malaysia berada pada kedudukan terbaik untuk muncul sebagai pusat kewangan Islam antarabangsa. Inisiatif tertumpu untuk mengukuhkan kekuatan Malaysia dalam organisasi, penerbitan dan jual beli instrumen pasaran modal dan perbendaharaan Islam, pengurusan dana dan kekayaan Islam, pasaran perkhidmatan kewangan Islam luar pesisir serta aktiviti takaful dan takaful semula.
Pelbagai insentif diambil untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, latihan, khidmat runding dan penyelidikan dalam perbankan dan kewangan Islam serta menjadi institusi perbankan Islam domestik yang berkembang ke luar. Hala tuju dasar adalah untuk mempertingkat daya tahan, kecekapan dan kapasiti institusi kewangan Islam domestik dan infrastruktur kewangan Islam bagi mempertingkatkan kemantapan dan kestabilan sistem kewangan Islam.
Institusi Kewangan Pembangunan (IKP)
Jumlah pinjaman terkumpul institusi kewangan pembangunan (IKP) berkembang 25.8% kepada RM47.5 bilion pada akhir tahun 2005 (akhir tahun 2004: RM37.7 bilion). Pertumbuhan pinjaman didorong terutamanya oleh pertumbuhan dalam pembiayaan bagi kredit penggunaan dan pinjaman yang diberi untuk projek infrastruktur. Sementara itu, pemberian kemudahan jaminan dan insurans kredit meningkat 12.4% kepada RM4.8 bilion pada akhir tahun 2005 (akhir tahun 2004: RM4.3 bilion), disebabkan sebahagian besarnya oleh kenaikan dalam jaminan yang disediakan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).
Pada tahun 2005, dasar tertumpu pada dua bidang umum, iaitu memperkukuh kapasiti dan keupayaan IKP dan menambah baik rangka kerja kehematan untuk mengukuhkan operasi IKP. Tahun 2005 menyaksikan pencapaian penting dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi IKP. Usaha rasionalisasi yang melibatkan empat buah IKP telah disempurnakan pada tahun 2005 dan membawa kepada penubuhan Bank Perusahaan Kecil & Sederhana Malaysia Berhad (SME Bank) dan penggabungan Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank) dengan Malaysia Export Credit Insurance Berhad.
Sementara itu, Bank Pembangunan dan Infrastruktur Malaysia Berhad telah distrukturkan semula dan diberi nama baru, iaitu Bank Pembangunan Malaysia Berhad untuk mencerminkan tumpuan barunya. Usaha rasionalisasi itu merupakan inisiatif penting untuk menjajarkan semula aktiviti IKP ke arah mempertingkatkan tumpuan strategik dan perniagaan mereka. Di samping itu, pelan tindakan yang khusus telah dirangka untuk SME Bank, Bank Pertanian Malaysia dan EXIM Bank untuk mempertingkatkan kecekapan dalam memberikan khidmat nasihat kepada PKS.
Sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan prestasi Bank Pertanian Malaysia dalam melaksanakan peranan yang di mandat, inisiatif untuk memperkukuh peranannya dalam mempertingkatkan akses kepada pembiayaan bagi sektor pertanian dan industri berasaskan pertanian juga diperkenalkan. Bagi memastikan operasi IKP dilaksanakan secara berhemat, efektif dan efisien, Bank Negara Malaysia menumpukan usahanya untuk mempertingkatkan standard tadbir urus korporat, pengurusan risiko dan kecekapan operasi IKP.
Teras utama langkah-langkah dasar pada tahun 2005 terus tertumpu pada peningkatan daya saing institusi perbankan domestik dan pengekalan daya tahan sektor kewangan. Dalam hal ini, usaha ditumpukan bagi meningkatkan keefisienan struktur dan operasi institusi perbankan serta memperkenalkan rangka kerja penyeliaan berhemat dan pengawasan penyeliaan yang lebih dinamik serta infrastruktur pengawasan yang lebih efektif dan komprehensif. Inisiatif dasar utama lain termasuk memastikan akses kepada pembiayaan yang berterusan bagi semua segmen ekonomi dan memperkukuh infrastruktur perlindungan dan pendidikan pengguna. Inisiatif ini mencerminkan teras utama Fasa Kedua Pelan Induk Sektor Kewangan (PISK) untuk mengangkat prestasi keseluruhan sektor kewangan.
Pada tahun 2005, landskap kewangan terus mengalami perubahan struktur. Kesemua sepuluh kumpulan perbankan domestik sudah menyempurnakan perasionalan perniagaan perbankan perdagangan dan syarikat kewangan masing-masing menjadi satu entiti tunggal. Satu lagi inisiatif strategik penting untuk memperkukuh kapasiti dan keupayaan kumpulan perbankan domestik menyumbang kepada transformasi ekonomi dan menghadapi cabaran liberalisasi ialah pembangunan bank pelaburan sepenuhnya melalui penggabungan antara bank saudagar, syarikat broker saham dan syarikat diskaun. Had pemilikan asing dalam bank pelaburan juga dinaikkan kepada 49%.
Penerapan secara beransur-ansur persaingan yang lebih sengit dalam pasaran menjadi pemangkin ke arahpeningkatan prestasi institusi perbankan domestik. Sehubungan dengan itu, kefleksibelan operasi diberikan kepada institusi perbankan asing yang diperbadankan di Malaysia (LIFB) untuk menubuhkan sehingga empat cawangan tambahan pada tahun 2006. Ini merupakan langkah pertama dalam pendekatan berperingkat bagi liberalisasi pembukaan cawangan untuk membenarkan penyertaan LIFB yang lebih aktif dalam sektor kewangan. Di samping itu, sebagai sebahagian daripada usaha untuk memberikan lebih kefleksibelan dan pilihan kepada institusi perbankan untuk mengurus pendedahan mereka serta mengagihkan sumber dengan lebih efisien dan efektif, institusi perbankan diberikan kefleksibelan untuk menjual langsung NPL mereka kepada pihak ketiga yang layak atau membeli NPL daripada institusi perbankan lain.
Perhatian yang sewajarnya terus diberikan ke arah memastikan elemen asas sistem kewangan yang selamat dan kukuh kekal tidak terjejas. Elemen asas ini termasuk mempunyai rangka kerja pengawasan dan pemantauan yang komprehensif dan efektif, wujudnya peraturan kehematan dan pengawasan penyeliaan yang mantap dan dinamis serta mempunyai infrastruktur kewangan yang efisien dan jaringan keselamatan kewangan yang boleh diharap. Dari segi pengawasan, usaha terus ditumpukan ke arah mempertingkatkan kekukuhan pengawasan dan penilaian daya tahan keinstitusian dan sistematik.
Sejajar dengan langkah ke arah rangka kerja penyeliaan ‘berasaskan prinsip’, tanggungjawab yang lebih besar diletakkan di bahu pemegang saham dan lembaga pengarah institusi perbankan untuk memastikan operasi yang kukuh dan selamat bagi institusi mereka. Untuk memimpin sektor perbankan ke arah matlamat ini, garis panduan tadbir urus korporat telah disemak dengan memberi penekanan yang lebih penting terhadap pengawasan lembaga pengarah, peranan pengarah bebas dan pengasingan yang jelas antara pengurusan dengan pemegang saham institusi perbankan.
Pelaksanaan Basel II di Malaysia
Pelaksanaan Basel II di Malaysia, menunjukkan bahawa sebahagian besar institusi perbankan tidak melihat sebarang masalah yang besar untuk menerima pakai kaedah standard pada tahun 2008, selain penambahbaikan sistem. Hasil kajian penilaian jurang yang dikendalikan oleh institusi perbankan bersama dengan hasil perbincangan dua hala akan digunakan sebagai input dalam perumusan panduan penyeliaan terperinci dalam menerima pakai kaedah yang berbeza di bawah Basel II. Selain inisiatif Basel II, usaha diteruskan bagi memperkukuh amalan pengurusan risiko industri. Sehubungan dengan itu, pelaksanaan Rangka Kerja Kecukupan Modal Risiko Pasaran, yang berkuat kuasa pada bulan April 2005, merupakan anjakan penting ke arah menyediakan secara eksplisit modal penyeliaan bagi kerugian yang bakal timbul akibat aktiviti yang mendedahkan institusi perbankan kepada risiko pasaran.
Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM)
- Penubuhan PIDM pada bulan September 2005, merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk membina asas bagi perlindungan pengguna yang efektif. PIDM beroperasi menyediakan perlindungan eksplisit berjumlah sehingga RM60,000 bagi setiap pendeposit di setiap institusi anggota.
- Pembubaran Pengurusan Danaharta Nasional Berhad (Danaharta) pada bulan Disember 2005 menandakan kejayaan menyempurnakan bab terakhir dalam usaha penstrukturan semula sektor kewangan yang dilaksanakan selepas krisis kewangan Asia.
- Secara keseluruhan, kos yang ditanggung oleh Kerajaan dalam penstrukturan semula sektor kewangan melalui Danaharta dan Danamodal Nasional Berhad mencakupi 2.5% daripada KDNK negara.
Sistem Pembayaran Efisien
Pada tahun 2005, Bank Negara Malaysia memperhebat usaha untuk membangunkan dan menambah baik infrastruktur sistem pembayaran selaras dengan matlamatnya untuk memastikan sistem pembayaran yang efisien, boleh dipercayai dan selamat. Usaha-usaha tersebut termasuk menubuhkan mekanisme ‘pembayaran semasa pembayaran’ untuk mengurangkan risiko penjelasan pertukaran asing antara bank dan memperkenalkan sistem pemangkasan cek untuk mengurangkan pengendalian cek secara fizikal dan kos berkaitan lain. Dalam usaha menambah baik keselamatan kad kredit dan ATM, institusi perbankan telah berjaya menyempurnakan pemasangan terminal berasaskan cip pada tahun 2005, menjadikan Malaysia Negara pertama di rantau ini yang menyempurnakan pelaksanaan perpindahan cip di seluruh negara.
Pelaksanaan perpindahan cip dilengkapkan dengan pelaksanaan talian dipersulitnya atau line encryption untuk menghalang penipuan dalam talian, seterusnya meningkatkan keyakinan pengguna, peniaga dan pelancong melakukan pembayaran menggunakan kad di negara ini. Dalam usaha menambah baik tahap akses bagi perkhidmatan pengiriman wang, institusi bukan perbankan yang layak dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan pengiriman wang, sementara institusi perbankan dibenarkan melantik ejen pemungut untuk memudahkan urus niaga pengiriman wang. Untuk menggalakkan perpindahan kepada pembayaran secara elektronik, Bank Negara
Malaysia telah mengadakan forum dan pameran sistem pembayaran yang luas liputannya di negara ini pada bulan November 2005. Ia menyediakan platform untuk membincangkan isu dan cabaran dalam perpindahan kepada pembayaran secara elektronik dan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pelbagai saluran pembayaran, produk dan inovasi.
Budaya lepak ialah amalan berkumpul tanpa arah tujuan, matlamat, objektif, hala tuju, misi dan visi, biasanya oleh golongan remaja. Mereka memerhati orang ramai yang lalu-lalang di situ, kadang-kadang sambil bermain lagu atau menghisap rokok. Adakalanya mereka mengusik gadis-gadis yang lalu dengan bersiul atau gelak ketawa yang berlebihan dengan keadaan yang tidak menentu. Budaya lepak ini juga sering dikaitkan dengan kegiatan jenayah.
Melepak bolehlah ditakrifkan sebagai suatu aktiviti berehat di kawasan-kawasan tertentu tanpa sesuatu tujuan yang berfaedah. Sejak akhir-akhir ini masalah melepak sering disiarkan melalui media massa di negara kita, dan keadaan ini telah membimbangkan semua pihak terutamanya pihak sekolah dan ibu bapa. Sejak belakangan ini gejala ini didapati semakin serius sehingga terdapat ramai pelajar yang sanggup ponteng sekolah kerana ingin melepak.
Punca wujudnya budaya lepak
* Sikap ibu bapa
Ada ibu bapa yang terlalu mengharap anak-anak dididik sepenuhnya oleh guru-guru di sekolah dan tidak mengambil perhatian yang berat dalam pendidikan anak-anak. Sikap ibu bapa yang mementingkan diri sendiri, sering bertengkar, dan berselisih faham menimbulkan ketakutan dan kebosanan di kalangan anak-anak.
*Pengaruh rakan sebaya
Remaja mudah terpengaruh dengan ajakan rakan-rakan untuk mencuba sesuatu perkara yang baru.
*Pengaruh media massa dan eletronik
Rancangan-rancangan televisyen yang dihasilkan dari negara Barat sudah mendominasi hampir separuh daripada slot-slot rancangan televisyen yang disiarkan.
Tempat Melepak
Kita dapat memperhatikan ramai remaja suka berlepak di kawasan-kawasan seperti pusat membeli-belah, pusat permainan atau lebih popular dengan nama Kafe Siber merupakan tempat berkumpulnya kebanyakan remaja. Isu lepak ini sangat hangat dan popular pada tahun 1994 hingga 1995 dan pelbagai pendapat, cadangan dan perbincangan telah dipaparkan dalam media cetak sehingga perlakuan remaja menjadi sebagai budaya lepak.
KesimpulanAktiviti melepak bukanlah perkara baru, ianya sudah lama wujud di Malaysia. Ibu bapa sewajarnya turut memberi perhatian kepada corak asuhan dan peranan ibu bapayang dilakukan di rumah kerana ianya memberi kesan yang tersendiri kepada keterlibatan aktiviti lepak di kalangan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu melengkapkan diri anak-anak mereka dengan ilmu agama yang cukup.
Dipetik daripada:
Friday, October 23, 2015
Kempen
Budi Bahasa yang dilancarkan pada 11 Jan 2005 merupakan agenda lima
tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang berbudi
bahasa.
Perbuatan Tidak Berbudi Bahasa
· Situasi di mana pemandu tidak bertimbang rasa di jalan raya,
· Orang ramai membuang sampah sesuka hati,
· Memotong barisan tabiat memandu yang kurang sopan dan merbahaya
· Tidak memohon maaf apabila melakukan kesilapan,
· Bercakap kasar dengan pelanggan / kekasaran terhadap para pelanggan
· Merokok di kawasan larangan merokok ialah
· kurangnya perasaan sivik terhadap harta benda awam
Senyuman Ikhlas
Malah
budi bahasa yang paling asas iaitu melemparkan senyuman dan mengucapkan
terima kasih masih sukar dilihat dalam masyarakat kini.
Beberapa pakar berkata
kempen itu, yang kini dinamakan program Budi Bahasa dan Nilai-nilai
Murni, baik tujuannya dan memang perlu diteruskan biarpun
keberkesanannya belum meluas.
Rakyat Kelas Pertama
Dapat kita rasakan bahawa ungkapan “first class infrastructure, third class mentality”
itu tepat menggambarkan kerisauan ramai rakyat Malaysia tentang keadaan
negara pada masa ini. Ekonomi negara terus berkembang pesat; penggunaan
teknologi semakin berleluasa; jalan raya diperbanyakkan dan
diperluaskan; dan banyak kawasan dibangunkan untuk perumahan dan
perindustrian moden.
Namun,
cara pemikiran kita dan peradaban kita tidak mengalami kemajuan yang
sama, malah seolah-olah semakin mundur. Kita menghadapi satu senario di
mana sifat-sifat luhur serta kesantunan budi bahasa yang dulu menjadi
kebanggaan masyarakat Malaysia semakin terhakis. identiti dan jati diri
masyarakat Malaysia semakin luntur.
Budi Pekerti Asas Utama
Kepincangan
ini telah melahirkan beberapa sindrom negatif yang kini dipandang
seakan-akan satu kebiasaan di kalangan masyarakat Malaysia. Namun,
pada hakikatnya, kita telah meletakkan budi pekerti sebagai satu asas
dan tunjang dalam pelbagai dasar dan falsafah pembangunan negara, dari
Rukun Negara sehinggalah kepada Wawasan 2020. Jelaslah bahawa aspirasi
kita dalam bidang pembangunan minda dan rohaniah tidak sejajar dengan
realiti kehidupan kita masa kini.
Dalam
kesibukan kita sehari-hari, kita mungkin semakin lupa untuk memupuk
ciri-ciri keperibadian luhur, baik untuk diri kita sendiri ataupun untuk
anak-anak kita. Sebelum budaya masyarakat kita merosot lagi, kita harus
sedar dan mempelajari serta mempraktikkan semula nilai-nilai dan budi
bahasa warisan kita. Usaha ini harus dimulakan pada peringkat diri
sendiri, peringkat keluarga dan pada peringkat masyarakat.
Nilai-nilai Murni
Kempen
budi bahasa dan nilai-nilai murni ini merupakan agenda penting
kerajaanuntuk menyemarakkan dan menyemai semula budi bahasa dan
nilai-nilai murni kedalam jiwa setiap rakyat Malaysia. Kempen ini
diharap dapat memperkukuhkan kembali kekuatan peribadi dan jati diri
setiap individu. Negara akan menjadi agung jika warganya terdiri dari
insan-insan yang mengamalkan budaya murni. Tidak ada gunanya jika
masyarakat Malaysia kaya dari segi kebendaan tapi muflis dari segi
keperibadian.
Aktiviti Yang Dijalankan
1.Mengenang Jasa Ibu Dan Bapa (Kekeluargaan)
Mengadakan
aktiviti seperti makan sekeluarga, menghormati ibu dan bapa, meraikan
Hari Ibu dan Hari Bapa, pertandingan sajak, pertandingan bergambar dan
minggu keluarga.
2. Pelajar Berbudi Bahasa (Pembelajaran)
Mengadakan pertandingan pidato, bahasa, pantun, drama, sketsa, choral speaking,boria, dikir barat, kuiz, nasyid, Kembara Budi Bahasa, melukis, animasi, Anugerah Asrama Terbilang dan Kem Jatidiri.
3. Berbudi Bahasa (Kemasyarakatan)
Mengadakan aktiviti seperti Minggu Budi Bahasa, Kenali Jiran Anda dan Kempen Pemanduan Bersopan.
4. Senyum dan Terima Kasih (Perkhidmatan)
Mengadakan
kempen 'Kenali Saya' bagi anggota penguatkuasaan dan perkhidmatan
kaunter supaya mengamalkan budaya senyum, memperkenalkan diri dan
mengucapkan terima kasih.
5.Cintai Alam Sekitar, Flora dan Founa
Mengadakan
aktiviti seperti gotong-royong 'Sungaiku Bersih Alamku Permai',
´'Tandas Bersih',' Kampung Indah Masyarakat Ceria','Anugerah Bandar
Berbudi Bahasa', 'Anugerah Gerai/Pasaraya Terbaik' dan 'Anugerah Untuk
Perusahaan Kecil'
Kempen
ini perlu diadakan kerana kedapatan di kalangan masyarakat masa kini
nilai-nilai dan amalan hidup yang kasar, yang tidak berbahasa, yang
tidak mengendahkan tatasusila dan beradab. Cara memberi khidmat, cara
melayani pelanggan atau orang ramai oleh kakitangan kaunter hadapan di
jabatan-jabatan kerajaan seterusnya menimbulkan tidak puas hati di
kalangan orang ramai.
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita
Kini kita
bergerak untuk mengutip kembali warisan yang sangat berharga itu.
Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah satu gelombang yang diharap akan
mengembalikan rakyat kepada asas hidup berbudaya negara ini.
Kempen
Budi Bahasa Budaya Kita adalah sepenting dan sebesar Wawasan 2020,
destinasi impian yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara
industri. Cuba lihat kembali cabaran-cabaran Wawasan 2020 menjadi negara
maju dalam acuan budaya kita. Untuk
tidak kelihatan terlalu besar dan menakutkan, lihat saja budi bahasa
dalam konteks kehidupan seharian semua kelas sosial dalam masyarakat.
Amalan-amalan budi bahasa yang mudah dilakukan misalnya menyambut
tetamu, melayan tetamu dan tatacara tidak rasmi ketika bertemu.
Budi
dan bahasa tidak akan terbalas dan bukan untuk dibalas. Budi dan bahasa
yang baik akan terus kekal menjadi kenang-kenangan.
Pantun Budi
Dari Daik pulang ke Daik
Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang
Tanam lenggun tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Tenang-tenang air laut
Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung
Kapal belayar dari Arakan
Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi
Burung Serindit terbang melayang
Mari hinggap di ranting mati
Bukan ringgit dipandang orang
Budi bahasa rangkaian hati
Disunting dari : Akhbar Utusan Malaysia ;
Dewan Bahasa dan Pustaka
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
e-Books
Keratan akhbar - Berita Bencana Alam
Keratan akhbar - Berita Ekonomi
Keratan akhbar - Berita Jenayah
Keratan akhbar - Berita Kebombaan
Keratan akhbar - Berita Kesihatan
Keratan akhbar - Berita Luar Negara
Keratan akhbar - Berita Pendidikan
Keratan akhbar - Berita Sukan
Keratan akhbar - Berita Tempatan
Keratan akhbar - Dunia Haiwan
Keratan akhbar - Lensa Kamera
Keratan akhbar - Sudut Agama
Keratan akhbar - Sudut Biografi
Keratan akhbar - Sudut Dekorasi
Keratan akhbar - Sudut Hartanah
Keratan akhbar - Sudut Informasi
Keratan akhbar - Sudut Kerjaya
Keratan akhbar - Sudut Kesusasteraan
Keratan akhbar - Sudut Libur
Keratan akhbar - Sudut Lipatan Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Pertanian
Keratan akhbar - Sudut Psikologi
Keratan akhbar - Sudut Sains Perpustakaan
Keratan akhbar - Sudut Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Teknologi
Koleksi Video Youtube Channel (PerpustakaanJBPM Channel)
Sipnosis Buku
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2024
(2372)
- ► September 2024 (163)
- ► August 2024 (215)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
►
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
▼
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
-
▼
October 2015
(28)
- Fakta menarik mengenai pasukan bomba dan penyelamat
- Mengenai Kadet Bomba Dan Penyelamat Malaysia
- Permulaan Monsun Timur Laut dari Jabatan Meteorolo...
- Konsep sastera
- TIPS PENJAGAAN UDANG GALAH
- MITOS MENGENAI SANTAN KELAPA - MARDI
- Aditif Makanan dan Ubat-Ubatan
- Sistem Kewangan Islam
- Pengurusan Sistem Perbankan
- Budaya Melepak
- Budi Bahasa Budaya Kita
- NILAI-NILAI MURNI DAN BUDI BAHASA DALAM INSTITUSI ...
- Bangsa Membaca Bangsa Berjaya
- Amalkan budaya nasihat
- SIFAT NILAI-NILAI MURNI DAN AMALAN YANG DITUNTUT
- Cara Buat Backlink Dengan Gambar
- Amalan Lestari Di Rumah
- Tip Menjaga Pokok Hiasan
- Langkah Keselamatan Elak Kemalangan Di Rumah
- 30 Cara Menjimatkan Air Di Dalam Dan Di Sekitar Rumah
- Tahniah kepada Pemenang Pertandingan Celik Minda
- 19 Amalan Lestari semasa Membeli Belah
- Salam Maal Hijrah 1437H
- Tahniah kepada Pemenang Pertandingan Celik Minda
- Jadual Waktu Peperiksaan PT3
- Jadual Penuh Peperiksaan UPKK bagi tahun 2015
- Info : Kenapa huruf pada keyboard tidak ikut abjad?
- Senarai buku pinjaman berkelompok kali ke-11
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
►
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
►
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
PENGENALAN Tahukah anda sistem pengkelasan dan pengkatalogan dalam ilmu sains perpustakaan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada p...
-
Secara umumnya, terdapat lima kelas api di rumah. Alat pemadam api dilabelkan berdasarkan "Simbol" atau "Penggunaan Huruf...