MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, January 26, 2012

Tips Mendisplinkan Diri


  • Senaraikan semua usaha ke arah pencapaian matlamat anda mengikut keutamaan. Kemudian, pilih lima hingga sepuluh yang teratas dan laksanakan. Anda dikira sudah berdisplin sekiranya dapat melaksanakan lebih daripada lima langkah yang paling utama itu.
  • Lekatkan poster, cogankata atau kata-kata yang menjelaskan matlamat anda itu di tempat-tempat yang mudah dilihat. Jangan malu, isytiharkan kepada dunia tentang apa yang anda akan capai. Yang penting, "pengisytiharan" itu akan mendorong anda setiap kali anda melihatnya.
  • Tetapkan apa yang anda ingin lakukan setiap hari. Amalkan perancangan mingguan dan harian yang teratur. Usah biarkan hari-hari berlalu "sepi" tanpa sesuatu pencapaian-pencapai kecil ke arah pencapaian matlamat besar anda. Ingat, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit.
  • Setiap perkara penting yang hendak anda laksanakan hendaklah ditulis tarikh akhirnya (dead line). Ini akan memberikan semacam satu kepuasan dan kemenangan apabila tarikh akhir itu berjaya ditepati. Anda akan rasakan matlamat yang dikejar semakin mendekat hari ke hari.
  • Bagi satu tugasan yang terlalu sukar atau membosankan (tetapi sangat penting), elokkan mulakan secara berdikit-dikit. Jangan menunggu kesempurnaan untuk memulakannya kerana ini akan menjerumuskan anda kepada satu keadaan "tidak berbuat apa-apa". Ingatlah, rasa tidak selesa semasa melakukan aktiviti-aktiviti tersebut adalah lebih baik daripada rasa risau, takut dan kesal sekiranya anda tidak melakukannya langsung!
  • Gunakan masa yang paling optimum dalam kehidupan seharian anda untuk melakukan tugas-tugas yang paling penting. Dan ingat, jangan terus bergelumang ke bahagian-bahagian yang tersukar, sebaliknya mulakan pada bahagian-bahagian yang lebih mudah dahulu. Ini akan memberikan anda semacam satu "momentum" untuk menakluki bahagian-bahagian tersukar dalam tugasan yang paling mencabar.
  • Amalkan dialog diri yang positif. Pandang tinggi diri anda selalu dengan berkata, "Aku boleh. Aku boleh berjaya kerana aku adalah orang yang berdisplin." Jangan terpengaruh dengan kata-kata negatif sama ada yang datang dari dalam diri anda sendiri atau daripada orang luar yang tidak membina!
  • Janjikan satu masa untuk meraikan kejayaan anda sekiranya anda berjaya melaksanakan tugas-tugas sukar dalam hidup. Misalnya, menikmati makanan istimewa di tempat-tempat yang anda sukai selepas melaksanakan tugas-tugas besar. Katakan pada diri, "Sekiranya aku berjaya menyelesaikan tugas ini, aku akan belanja diriku makan "the best nasi Beryani in town!"

Continue Reading
No comments
Share:

Rahsia Warna Dan Corak Tali Leher

 Tali leher memang mempunyai gaya dan fesyennya tersendiri, seperti halnya pakaian yang lain. Anda memang bebas memilih warna dan corak tali leher sesuai dengan trend yang sedang berlaku. Namun, agar tidak salah tampil, anda perlu memahami erti corak dan warna tali leher seperti disenaraikan.







Biru
Warna paling popular sepanjang masa, sebagai simbol ketulusan hati, tenang dan yang terbaik. Dan dapat pula menggambarkan sifat yang jujur, pekerja yang rajin dan rendah hati. Secara psikologinya, warna ini memberi kesan ketenangan.

Merah
Merah adalah warna yang dapat menggambarkan cinta dan kemarahan, bahaya dan keberanian, dan tanda sensualiti seseorang.

Oren
Bukan warna yang popular dan oren yang kemerahan menggambarkan tanda bahaya.

Hitam
Secara tradisional, hitam adalah warna yang tidak menarik dan simbol kedukaan. Tali leher berwarna hitam lebih dikenali sebagai tali leher kupu-kupu. Hitam jika dipadukan dengan garis yang cerah akan menjadi tali leher yang elegan.

Kelabu
Menggambarkan kesungguhan seseorang untuk mendapatkan sesuatu.
Kuning
Muda, penuh harapan dan bahagia.
Hijau
Memberikan kesan pada si pemakai sebagai seseorang yang berwawasan luas, tapi sulit untuk dimengerti, tapi jujur.
Coklat
Warna yang kelihatan agak kotor, menggambarkan sifat yang terbuka dan mempunyai daya bisnes yang kuat.
Bergaris
Konservatif, teratur, boleh diharapkan, ceria dan teman yang menghibur.
Polkadot
Lebih banyak dipakai oleh pelawak, menimbulkan kesan humor dan lucu, apalagi dengan bulatan yang besar, bulatan kecil memberikan kesan yang lebih baik

Bercorak gelombang
Menggambarkan kebebasan dan santai. Bentuk paisley menggambarkan kreativiti dan relaks.

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, January 25, 2012

Bumi Berdepan Ribut Solar Terkuat





WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) – Beberapa pegawai cuaca angkasa lepas menyatakan ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih enam tahun akan mengenai Bumi dengan pancaran radiasi akan berlaku.

Sebelum ini, radiasi ribut solar cuma mengganggu satelit dan mendatangkan masalah kepada angkasawan di angkasa lepas.


Namun, ia juga boleh menyebabkan gangguan komunikasi pada pesawat yang berada di udara.

Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas di negeri Colorado dalam satu kenyataan mengesahkan ribut solar itu berlaku pada pukul 11 malam (waktu AS) Ahad lalu.


Ahli fizik AS, Doug Biesecker berkata, perkara paling membimbangkan mengenai ribut solar adalah radiasi yang dilepas.Pancaran itu ,katanya, tiba di Bumi sejam kemudian.

Hentaman radiasi itu dijangka berlarutan sehingga hari ini. Menurut Biesecker, tahap radiasi kali ini dianggap kuat tetapi radiasi lebih dahsyat pernah dikeluarkan beberapa ribut solar sebelum ini.

Radiasi kali ini adalah yang paling kuat sejak ribut solar pada Mei 2005. Plasma yang keluar dari matahari ekoran ribut solar berkenaan pula tiba di Bumi semalam. Ia dijangka menyebabkan gangguan pada grid elektrik di Bumi. – Agensi

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, January 23, 2012

Selamat Tahun Baru Cina



Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya. Semoga Tahun Naga ini akan membawa sinar harapan, kebahagiaan dan kemakmuran kepada anda semua. GONG XI FA CAI...

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, January 18, 2012

Majlis Perbarisan Tahunan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia



Sukacita kami maklumkan  bahawa Majlis Perbarisan Tahunan Tahun 2012 Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia akan diadakan pada :-

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Tarikh : 19 Januari 2012
Masa : 8.30 pagi
Tempat : Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Putrajaya, 
Lebuh Wawasan, Presint 7, 62250 Putrajaya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Continue Reading
No comments
Share:

Latarbelakang Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia


Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini yang diletakkan dibawah Lembaga Kebersihan telah menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895. Perkhidmatan terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan dibawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. 

Pada tahun 1946, iaitu selepas perang Dunia Kedua, pasukan 'Malayan Union Fire Services' telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur.


Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri dibawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Untuk menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan dibawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan. 

Perkhidmatan Bomba Malaysia disatukan sebagai sebuah jabatan diperingkat persekutuan dan penyatuan Bomba dan Penyelamat di Negeri-negeri Persekutuan pada 1hb Januari 1976. Penyatuan ini meletakkan Perkhidmatan Bomba Malaysia dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Ini diikuti oleh perkhidmatan Bomba Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Melaka pada 1hb Januari 1977.


Pada 15hb Mei 1981, perkhidmatan Bomba Sabah dan Sarawak telah disatukan.

Pada 8hb Januari 1997, Jemaah Menteri telah bersetuju perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia dimana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands.

Pada tahun 1998, Jabatan telah memiliki 2 buah helikopter dan bermulalah Unit Udara Bomba. Pada tahun 2005 pula, JBPM telah mendapat pengiktirafan MS ISO 9001:2000 dalam bidang operasi kebombaan dan menyelamat.

Sila klik di sini untuk membaca Sejarah Perkhidmatan Kebombaan Sebelum Merdeka

Continue Reading
No comments
Share:

Kurangkan Penggunaan Beg Plastik

mesra-alam

Menurut perangkaan, rakyat Malaysia membuang sumber kitar semula bernilai RM476 juta 2 tahun lalu. Selain kertas yang mencatat pengeluaran sisa terbanyak iaitu 17 peratus atau RM205 juta, sumber kedua terbesar ialah plastik iaitu 9 peratus atau RM163 juta.

Oleh yang demikian, secara puratanya seorang individu menggunakan lapan helai plastik seminggu. Sehelai beg plastik yang dibuang akan mengambil masa selama 500 tahununtuk diuraikan! Secara tidak langsung pengguna yang tidak menggunakan beg plastik adalah pengguna yang bijak menyelamatkan bumi!
*Sumber: Berita BBC

Kitaran Sampah
Kitaran Sampah

Tip-Tip Mengurangkan Penggunaan Beg Plastik:
  1. Bawa beg sendiri ketika membeli-belah.
  2. Rancang pembelian, elakkan pembelian barangan yang tidak perlu.
  3. Kitar semula beg plastik secara kreatif.
  4. Bawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang.
  5. Sokong dan bantu Program Kitar Semula.


Kitar-Semula
Tahukah Anda?
  1. Sehelai beg plastik mengambil masa sehingga 500 tahun untuk diuraikan.
  2. Secara purata seorang individu menggunakan 8 helai beg plastik seminggu.
  3. Pengeluaran, pembuangan dan penguraian beg plastik juga memberi kesan kepada pemansan global.
  4. Bandar Modbury di Devon, England menjadi bandar pertama di dunia bebas dari beg plastik di Eropah.

Nota : Ayuh! Sama-sama kita kurangkan penggunaan beg plastik pada setiap HARI SABTU mulai 1 Januari 2011.

*Pesanan ini di bawakan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, January 12, 2012

Wajah Baru Pusat Hipermedia Kanak-Kanak Di Perpustakaan Negara Malaysia - KINI DIBUKA



Pembukaan rasmi Pusat Hipermedia kanak-kanak ini pada 4 Oktober 2011 yang terletak di Aras G, Perpustakaan Negara Malaysia adalah tanda Perpustakaan Negara Malaysia prihatin kepada para penggunanya dan menghargainya.Golongan ini dapat menikmati kemudahan prasarana ICT dengan teknologi yang terkini. Pusat Hipermedia Kanak-kanak@pnm yang telah berwajah baru akan lebih diyakini dapat menyuntik semangat dan motivasi kepada generasi muda Negara agar berilmu, berfikiran kreatif dan inovatif. Sokongan ExxonMobil sejak tahun 1994 merupakan komitmen sosial yang berterusan dalam membantu ke arah pembangunan modal insan yang cemerlang. Sudah pasti ianya dapat menyumbang kepada pencapaian Bidang Keberhasilan Utama Negara menerusi perluasan akses pendidikan berkualiti yakni berteraskan ICT dan sumber elektronik.

Kerja-kerja penaiktarafan Pusat Hipermedia kanak-kanak yang lama kepada wajah baru mengambil masa selama sebulan bermula pada 28 Jun 2011 sehingga 28 Julai 2011. Manakala beberapa siri ujian turut diadakan oleh pihak Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama pihak ExxonMobil keatas sistem dan segala kelengkapan peralatan lain bagi memastikan semua persediaan yang akan diberikan kepada pengguna perpustakaan. Sekalung dan terima kasih kepada pihak ExxonMobil diatas penajaan dan pengubahuaian ini selaras dengan tranformasi mutu dan kualiti perkhidmatan perpustakaaan.

Pusat Hipermedia Kanak-kanak@PNM kini dilengkapi dengan peralatan ICT dan AV yang baru dan terkini. Pelbagai aktiviti pendidikan yang menunjukkan apresiasi maklumat, seni dan muzik bagi merangsang kreativiti dan perkembangan minda kanak-kanak diadakan di Bilik Komputer, Bilik Cerita dan Bilik Muzik. Aktiviti kemahiran Literasi Maklumat asas, pembelajaran interaktif, Program Score A, Jom Bercerita, Jom Karang dari Internet, Kuiz Rukun Negara dan Mari Menyanyi Bersama merupakan program menarik untuk kanak-kanak.


 

Bilik Komputer

Dilengkapi peralatan ICT dan AV yang terbaru dan canggih

Bilik tayangan

Ruangan hadapan Pusat Hipermedia Kanak-Kanak


Continue Reading
No comments
Share:

Monday, January 9, 2012

Jadual Pembayaran Gaji Untuk Tahun 2012

BulanTarikhCatatan
Januari16 Januari 2012 (Isnin) Tahun Baru Cina 23&24 Jan 2012
Februari23 Februari 2012 (Khamis)
Mac22 Mac 2012  (Khamis)
April25 April 2012 (Rabu)
Mei23 Mei 2012 (Rabu) Pesta Menuai 30&31 Mei 2012
Jun25 Jun 2012 (Isnin) Hari Gawai 1&2 Jun 2012
Julai25 Julai 2012 (Rabu)
Ogos13 Ogos 2012 (Isnin) Hari Raya Puasa 19&20 Ogos 2012
September25 September 2012 (Selasa)
Oktober22 Oktober 2012 (Isnin) Hari Raya Haji 26 Oktober 2012
November6 November 2012 (Selasa)Deepavali 13 November 2012
Disember18 Disember 2012 (Selasa)Hari Krismas 25 Disember 2012

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, January 6, 2012

Fakta Menarik Tentang Komputer

  1.  Walaupun Bill Gates adalah pengasas Microsoft tetapi reka bentuk rumahnya dibuat menggunakan komputer Macintosh.
  2. Tetikus (mouse) pertama dicipta oleh Doug Engelbart pada tahun 1964 dan diperbuat daripada kayu.
  3. Kira-kira 1 juta nama domain didaftar setiap bulan.
  4. Golongan remaja berumur 21 tahun menghabiskan 5,000 jam bermain video games, 250,000 untuk email  dan chat serta 10,000 jam untuk telefon bimbit.
  5. Nisbah satu laman web normal atau bersih bersamaan dengan 5 laman web lucah.
  6. Symbolics.com adalah nama domain pertama didaftarkan di internet.
  7. Kerjaya pengaturcara adalah kerjaya paling cepat berkembang di dunia.
  8. Crash Course adalah nama lain bagi Microsoft Windows Tutorial.
  9. Processor dalam telefon bimbit adalah lebih kuasa memproses daripada Kapal Angkasa Apollo 11 yang dihantar untuk misi ke bulan.
  10. Seorang manusia memerlukan 5,707 tahun untuk mencari 3 bilion halaman carian Google. Perisian Google hanya memerlukan 0.5 saat untuk melakukannya.

Continue Reading
No comments
Share:

Fakta Menarik Tentang Tidur


  • Tanpa makanan, manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari, tetapi tanpa tidur, manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari.
  • Mamalia yang paling lama tidur adalah Koala (22jam), Kelawar (19jam) dan tenggiling (18 jam) manakala mamalia yang tidur paling sekejap pula adalah zirafah (2 jam), rusa (3 jam) dan gajah Asia (3 jam lebih sikit).
  • Apabila Dolphin tidur, hanya separuh otaknya akan nyahaktif, lagi separuh digunakan untuk membantu proses pernafasan.
  • Mengikut kajian pakar, 1 daripada 4 pasangan tidur di katil berasingan.
  • Bermimpi adalah normal tidak kira ianya mimpi ‘indah’ atau ngeri. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikaitkan dengan masalah peribadi atau personaliti.
  • Perkara yang berlaku ketika tidur ialah otak akan berehat, sel-sel rosak diperbaiki dan mengeluarkan hormon-hormon tertentu.
  • Selalunya 70% dari mimpi seorang lelaki adalah tentang lelaki yang lain dan 30% tentang perempuan manakala bagi seorang perempuan, 50-50 tentang lelaki-perempuan lain.
  • Selalunya kita hanya akan bermimpi tentang seseorang yang kita pernah lihat tidak kira sama ada masih ingat atau tidak.

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, January 5, 2012

Soal Jawab: Perumpun sesuai pikat semilang, udang galah


SOAL: Assalamualaikum Pok Mud's, saya mahu penjelasan umpan yang sesuai memancing sembilang di dasar berselut dan umpan paling berkesan memancing udang galah di sungai berarus?
Ingin tahu, Pontian, Johor.
 
Jawapan: Sembilang adalah antara spesies ikan yang dietnya beraneka jenis. Tidak kira umpan hidup, mati dan umpan bercengkerang turut tergolong dalam diet sembilang. Malah umpan busuk seperti sotong mati, udang mati yang merah kulitnya juga boleh dibuat umpan jika ada pemancing sanggup menahan baunya.

Memancing semilang di dasar berselut amat sesuai menggunakan perumpun segar iaitu yang masih merah badannya.

Perumpun amat digemari semilang kerana ia adalah hidupan yang turut mendiami dasar berselut. Maka dipercayai sembilang yang meronda di dasar turut memburu perumpun sebagai makanan. Cuma sedikit kerumitan timbul jika menggunakan perumpun iaitu ada anak ikan turut sama menggerutu umpan itu sebelum dijumpai sembilang.

Selain itu, penggunaan umpan lintah sungai juga amat berkesan kerana memang diketahui umum bahawa sembilang saja yang menelannya.

Sekiranya kawasan berkenaan tiada gangguan anak ikan, perumpun urat atau sarang adalah yang terbaik. Umpan sesuai menjerat udang galah ketika berarus ialah daripada jenis yang yang berbau sama ada bagi memudah dijumpai udang galah.

Disyorkan perumpun, disusuli cacing dan anak udang beras (sama segar atau sebaliknya) dengan syarat pastikan pemberat mencecah dasar dan gunakan perambut pendek kira-kira sejengkal sudah memadai.

Sumber daripada : Berita Harian

Continue Reading
No comments
Share:

Fakta Menarik Yang Mungkin Anda Tidak Tahu


METEOR
Meteor yang jatuh di Hoba West, Afrika, pada tahun 1920 merupakan yang terbesar dan paling berat pernah gugur ke bumi. Ia berukuran 2.7 meter panjang dan 2.4 meter lebar dengan jumlah berat 60 tan.

 
MOTOR ELEKTRIK
Motor elektrik terkecil di dunia berukuran 0.04sm iaitu lebih kecil daripada kepala jarum peniti, dibina oleh William MCLellan dari Amerika Syarikat. Ia mengandungi 13 bahagian dan pergerakan motor itu hanya boleh dilihat menerusi mikroskop.
  

UKURAN RED KANGAROO
Ukuran red kangaroo ketika dilahirkan ialah dua sentimeter, tetapi ia membesar sehingga 2.6 meter panjang. Haiwan itu boleh melompat sejauh lebih 12 meter dalam satu lompatan dan berupaya bergerak dengan kelajuan 48 km sejam.

 
LOGAM OSMIUM
Logam osmium adalah bahan yang paling tumpat di dunia iaitu enam kali lebih tumpat daripada emas. Jongkong osmium setebal saiz wang kertas seringgit adalah seberat 2.4 kilogram.

 
KERETA API PENUMPANG
Kereta api penumpang terpanjang di dunia berukuran 1,733 meter panjang dicatatkan di Belgium pada tahun 1991. Ia mengandungi 70 buah gerabak, sebuah lokomotif elektrik
dan seberat 2,786 tan.

 
KELAJUAN MAKSIMUM
Kelajuan maksimum 39,897km sejam yang dicapai oleh Apollo 10 merupakan yang terpantas pernah dicatat manusia. Kelajuan itu 15.4 kali ganda Tupolev Tu-14, pesawat penumpang paling laju di dunia.


TELEKOM MALAYSIA
Telekom Malaysia merupakan pengendali utama telekomunikasi di negara ini, mempunyai sebanyak 29,700 kakitangan di seluruh negara. Ia membekalkan kemudahan telefon kepada 2.7 juta penduduk Malaysia; nisbah 15 buah telefon bagi setiap 100 penduduk.
 
LADANG KUPU-KUPU
Ladang kupu-kupu Pulau Pinang yang ditubuhkan pada tahun 1986, mengandungi 4,000 ekor kupu-kupu Malaysia terdiri daripada lebih 120 spesies.
 
KESESAKAN LALU LINTAS
Kesesakan lalu lintas paling buruk direkodkan pada 12 April 1990 apabila 1.5 juta kenderaan berbaris panjang menyeberang sempadan Jerman Timur dan Jerman Barat.
 
HUTAN HUJAN TROPIKA
Hutan hujan tropika Malaysia berusia 130 juta tahun dan dipercayai sebagai hutan yang paling tua di dunia. Terdapat sehingga 180 jenis pokok dalam satu hektar hutan tersebut.
 
GUA GOMANTUNG
Gua Gomantung di Sabah merupakan tempat kediaman lebih sejuta burung layang-layang. Sarang burung itu dieksport ke Hong Kong dan Singapura dengan harga RM8,750 sekilogram untuk dijadikan sup.
 
PELABUHAN
Pelabuhan Barat di Pulau Indah berharga RM1.2 bilion mampu mengendalikan 12.1 juta tan kargo setahun. Jumlah sebanyak itu memerlukan masa 10 hingga 12 tahun jika dikendalikan oleh pelabuhan Pasir Gudang dan Pulau Pinang.
 
SUNGAI RAJANG
Sungai Rajang di Sarawak merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia, berukuran 563 kilometer. Ukuran tersebut boleh menghubungkan Muar dengan Butterworth.
 
MENARA KUALA LUMPUR
Menara Kuala Lumpur merupakan yang tertinggi di Asia dan ketiga di dunia berharga RM250 juta. Ia berukuran 421 meter tinggi, seberat 100,000 tan, menggunakan
45,000 meter padu konkrit, 5,300 tan keluli tetuli tetulang dan 1,300 tan keluli struktur.
 
KUIL BATU CAVES
Kuil Batu Caves mengandungi sebanyak 364 mata tangga iaitu dari paras bawah hingga ke dalam gua. Jumlah itu akan menjadi sepanjang kira-kira 170 meter jika mata tangga itu diluruskan menjadi satu garisan.
 
LAPANGAN TERBANG
Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang yang dijangka beroperasi pada tahun 1998 berupaya mengendali 45 juta penumpang dan juga mampu mengendali sejuta tan kargo setahun.
 
MENARA PETRONAS
Menara kembar Petronas KLCC (Kuala Lumpur City Centre) yang setinggi 88 tingkat akan menjadi bangunan tertinggi di dunia, berukuran 450 meter tinggi. Ketinggian ini tiga kali ganda Kompleks Dayabumi.
 
JAMBATAN
Jambatan Pulau Pinang (13.8km) merupakan yang terpanjang di Asia dan menduduki tempat ketujuh di dunia, dibuka pada bulan Ogos 1985.
 
KOMPLEKS RENANG
Kompleks renang Dewan Bandaraya Ipoh, Perak merupakan yang terbesar dan paling moden di Asia Tenggara. Kompleks itu juga adalah kolam renang bergelombang pertama di Malaysia.
 
MINYAK
Malaysia adalah pengeksport minyak utama di Asia Tenggara dan merupakan negara ke-21 yang mempunyai simpanan minyak terbanyak di dunia, mengeluarkan 610,000 tong minyak sehari.
 
PROTON
Dalam tempoh sepuluh tahun, Proton menguasai 74 peratus pasaran domestik iaitu kira-kira 500,000 unit di jalan raya Malaysia dan 85,000 unit lagi dieksport ke 18 buah negara temasuk United Kingdom, New Zealand dan Australia.
 
MINYAK SAWIT
Malaysia merupakan pengeluar minyak sawit nombor satu dunia, mengeluarkan sebanyak 51 peratus daripada jumlah pengeluaran dunia iaitu sebanyak 7.2 juta tan pada tahun 1994.

 
POKOK GETAH
Pokok getah tertua Malaysia yang ditanam 119 tahun dahulu masih dapat dilihat di Kuala Kangsar, daerah pertama menanam pokok getah di negara ini.
 
BANK
Malaysia memiliki 37 buah bank komersil dengan rangkaian 1,246 cawangan di seluruh negara dan Maybank sebagai bank komersil terbesar; mempunyai 399 cawangan.
 

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, January 2, 2012

Kesusasteraan Melayu Di Hujung Tanduk?

Kedudukan Kesusasteraan Melayu sebagai suatu subjek yang terumbang-ambing dalam sistem pendidikan sekolah negara tidak boleh dinafikan dan justeru itu tidak menghairankan apabila pelajar aliran sastera ditawarkan hanya kepada pelajar yang lemah pencapaian mereka.

" Kedudukan pelajar yang sememangnya tidak berminat dalam pelajaran memburukkan pencapaian mereka, lalu langkah Kementerian Pelajaran memperkenalkan Komponan Sastera Dalam Bahasa Melayu (KOMSAS) tidak memberi hasil seperti diharapkan.
Saya juga berharap sukatan mata pelajaran yang baru diperkenalkan seperti mewujudkan kerja kursus dengan mewajibkan pelajar menghasilkan sajak, cerpen, drama atau novel, sekali gus membantu mengasah bakat mereka dalam bidang kepengarangan. - Mohd Azlee Lee Abdullah @ Lee Cheong Beng, Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya, Pekan "
 
Senario ini seolah-olah tiada penghujungnya, apatah lagi pelajar masa kini disogokkan dengan kepentingan Sains sebagai suatu subjek yang mempunyai nilai ekonomi tinggi, sehingga bukan saja Kesusasteraan Melayu terpinggir, malahan Bahasa Melayu turut tidak dipedulikan kerana penekanan berlebihan kepada Bahasa Inggeris.

Guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Peramu Jaya, Pekan, Azlee @ Lee Cheong Beng yang pernah dinobatkan sebagai Guru Cemerlang Bahasa Melayu, melihat subjek Kesusasteraan Melayu di sekolah bukan saja berada pada tahap membimbangkan, malahan sudah hampir pupus.

“Lebih menyedihkan bila ada sesetengah pengetua dari aliran sastera juga tidak berminat menawarkan subjek ini kepada pelajar mereka. Tanggapan masyarakat begitu mempengaruhi pentadbir sekolah dalam menawarkan Kesusasteraan Melayu kepada pelajar.

“Kesusasteraan Melayu dilabel sebagai tiada nilai komersial dan tiada jaminan masa depan kepada pelajar. Sekolah yang menawarkan ini Kesusasteraan Melayu pula mengkhususkan kepada pelajar dari kelas yang lemah dan tidak berminat untuk belajar semua subjek termasuk sastera,” katanya kepada Sastera ketika diminta mengulas mengenai , baru-baru ini.
Azlee atau nama sebenarnya Lee Cheong Beng yang berpengalaman mengajar subjek Kesusasteraan Melayu selama 10 tahun berharap perubahan dalam sistem pendidikan perlu dilakukan segera demi mengelakkan subjek yang dapat membantu melahirkan insan bersahsiah daripada lupus.

Beliau yakin bahawa pemilihan guru yang berkebolehan untuk pengajaran mata pelajaran penting bagi memancing minat pelajar untuk bersungguh-sungguh memahami apa yang diajarkan kepada mereka.

“Pencapaian pelajar antaranya bergantung kepada guru yang mendidik mereka. Justeru, pemilihan guru mestilah dalam kalangan mereka yang arif mengenai sastera, berminat dan berupaya memahaminya apa yang diajarkan.

“Saya juga berharap sukatan mata pelajaran yang baru diperkenalkan seperti mewujudkan kerja kursus dengan mewajibkan pelajar menghasilkan sajak, cerpen, drama atau novel, sekali gus membantu mengasah bakat mereka dalam bidang kepengarangan ,” ujarnya.

Azlee turut mendedahkan kepada Sastera, di Pekan, Pahang, subjek Kesusasteraan Melayu langsung tidak ditawarkan sebagai subjek elektif walau di sebuah sekolah sekalipun dan hanya menimba sedikit ilmu mengenai dunia kesusasteraan menerusi KOMSAS.

Berhubung langkah Kementerian Pelajaran membekalkan beberapa naskhah buku tambahan mengenai teknik penulisan karya kreatif yang diletakkan di perpustakaan, selain teks KOMSAS bagi membantu pelajar menghasilkan kreatif, Azlee tidak melihat pendekatan terbabit banyak membantu.

“Karya tambahan sebenarnya tidak banyak membantu pelajar untuk meminati sastera dan menguasai sastera, sebaliknya teknik mengajar yang pelbagai dan cara guru memikat minat pelajar perlu diperbetulkan terlebih dulu.

“Selain itu, penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran amat membantu. Banyakkan kegiatan sastera seperti pertandingan deklamasi puisi, bersyair dan pementasan drama bagi memupuk minat pelajar terhadap sastera,” jelasnya.

Guru SMK Adela, Kota Tinggi, Ismail Mohamad Zain yang berpengalaman mengajar Bahasa Melayu lebih 24 tahun, menyokong penuh sekiranya KPM berhasrat mengeluarkan buku tambahan kerana ia juga sekali gus turut memberi manfaat kepada guru.

“Saya turut menghantar buku cadangan karya sendiri, KOMSAS Peta Visual untuk Tingkatan 1, 2, 4 dan 5 berbentuk peta minda. Buku ini memuatkan kajian karya sastera bermutu berserta contoh untuk rujukan pelajar dan diselitkan ilustrasi serta komik berwarna-warni untuk menarik minat mereka,” katanya.

Pelajar aliran sastera yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Nurul Wafa Aula Alias, 17, berkata teks KOMSAS banyak membantu penulis muda mengenai kaedah mengarang yang betul dan teratur.

“Kebanyakan pelajar negatif terhadap Kesusasteraan Melayu dan terpengaruh dengan tanggapan ia sukar difahami dan terlalu serius.

“Mengajak pelajar menghayati dan mendalami teks KOMSAS terlebih dulu adalah lebih baik berbanding menyediakan buku tambahan yang mungkin menambah rasa bosan pelajar untuk mendalami sastera,” ujarnya.


Sumber Daripada : 
Latifah Arifin
(Berita Harian)

Continue Reading
No comments
Share:

Perutusan Tahun Baru 2012 Dari Perdana Menteri Malaysia


Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat menyaksikan tertutupnya tirai tahun 2011 dan menyinsingnya fajar baru 2012. Sesungguhnya 2011 merupakan tahun yang amat monumental kepada negara kerana ia telah menyaksikan lengkapnya “roll out” inisiatif dasar kerajaan di bawah payung Dasar Transformasi Nasional (2011-2020) dan dengan itu juga pengenalan siri keempat Rangka Rancangan Jangka Panjang Negara (RRJP) semenjak ia mula diperkenalkan pada tahun 1971. DTN merupakan komponen terakhir dalam usaha merealisasikan Wawasan Kebangsaan untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.


DTN mempunyai permulaannya dengan pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) diikuti Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta pelancaran Model Baru Ekonomi (NEM), Program Transformasi Politik (PTP)  dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP). Kesemua inisiatif dasar ini bukanlah sekadar pengumuman kosong mahupun tidak berpijak pada bumi yang nyata kerana jika dilaksanakan dengan betul dan mengikut jadual akan menyaksikan kemunculan sebuah Malaysia Baru. Sebuah negara yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi dengan kemakmuran yang dikongsi setiap strata dan segmen rakyat tetapi juga sebuah watan dengan tradisi demokrasi serta perbezaan pendapat yang membina dan membugar.


Kerajaan tetap komited dengan program islah dan pembaharuan dalam semua bidang dan aspek kehidupan bernegara kerana inilah kehendak dan aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka. Inilah usaha demi Generasi masa depan Malaysia yang berhak membesar dalam suasana harapan bukannya kemuraman. Kita tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang mahu menggagalkan matlamat mulia ini.


Di bawah PTP bagi mengimbangkan Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Negara misalnya kita telah memansuhkan tiga proklamasi darurat yang  berkuatkuasa semenjak lebih empat dekad yang lalu kerana kerajaan percaya kita tidak mampu membina sebuah Malaysia yang baru jika kita masih teperangkap dengan bebanan sejarah lampau. Dengan semangat yang sama kerajaan juga telah mengumumkan pemansuhan beberapa Akta yang  berkaitan Keselamatan dan Ketenteraman Awam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri dan  Seksyen 27 Akta Polis yang telah digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menjamin kebebasan individu untuk berhimpun secara aman seperti yang diperuntukkan undang-undang tertinggi negara Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini akan diteruskan dalam sessi Parlimen seterusnya pada tahun 2012 bagi memansuhkan ISA dan membentang rang undang-undang baru yang akan menggantikannya serta meminda AUKU serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.


Melalui bajet rakyat 2012 pula  yang baru diluluskan Parlimen kerajaan hari ini juga telah meneruskan tradisi negara berkebajikan yang telah menjadi amalan kerajaan yang memerintah semenjak merdeka lagi. Kita tidak pernah melupakan nasib warga luar bandar mahupun warga bandar, golongan berpendapatan rendah mahupun kelas pertengahan serta mereka yang berpendapatan tinggi, kita akan sentiasa membela untung nasib seluruh rakyat Malaysia dan akan terus prihatin terhadap denyut nadi dan aspirasi mereka.


Marilah kita bersama-sama kerajaan dan rakyat merealisasikan masa depan yang lebih baik untuk bumi tercinta ini. Ia bukannya sebuah mimpi malahan ia dalam rangkulan kita jika kita sanggup merancang dengan teliti dan bekerja keras bagi mencapainya. Tidak ada yang mustahil jika kita mampu  mengimpikannya, sesungguhnya hari-hari yang terbaik kita masih berada di hadapan kita bukannya sudah tinggal dalam lipatan sejarah. Selamat tahun Baru 2012, Dirgahayu Malaysia.

Sumber Dari :
www.1malaysia.com.my

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia