Menurut perangkaan, rakyat Malaysia
membuang sumber kitar semula bernilai RM476 juta 2 tahun lalu. Selain
kertas yang mencatat pengeluaran sisa terbanyak iaitu 17 peratus atau
RM205 juta, sumber kedua terbesar ialah plastik iaitu 9 peratus atau
RM163 juta.
Oleh yang demikian, secara puratanya
seorang individu menggunakan lapan helai plastik seminggu. Sehelai beg
plastik yang dibuang akan mengambil masa selama 500 tahununtuk
diuraikan! Secara tidak langsung pengguna yang tidak menggunakan beg
plastik adalah pengguna yang bijak menyelamatkan bumi!
*Sumber: Berita BBC
Kitaran Sampah |
Tip-Tip Mengurangkan Penggunaan Beg Plastik:
- Bawa beg sendiri ketika membeli-belah.
- Rancang pembelian, elakkan pembelian barangan yang tidak perlu.
- Kitar semula beg plastik secara kreatif.
- Bawa bekas mengisi makanan sendiri apabila membeli makanan untuk dibawa pulang.
- Sokong dan bantu Program Kitar Semula.
Tahukah Anda?
- Sehelai beg plastik mengambil masa sehingga 500 tahun untuk diuraikan.
- Secara purata seorang individu menggunakan 8 helai beg plastik seminggu.
- Pengeluaran, pembuangan dan penguraian beg plastik juga memberi kesan kepada pemansan global.
- Bandar Modbury di Devon, England menjadi bandar pertama di dunia bebas dari beg plastik di Eropah.
Nota : Ayuh! Sama-sama kita kurangkan penggunaan beg plastik pada setiap HARI SABTU mulai 1 Januari 2011.
*Pesanan ini di bawakan dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...