MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, August 28, 2017

Sipnosis Buku : Manual Pengurusan Balai

Sipnosis Buku : Manual Pengurusan Balai


Pengarang : Para Pegawai Bomba Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia 
Penerbit : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia 

Sipnosis :
Manual Pengurusan Balai ini dibangunkan dengan tujuan untuk membantu Ketua-Ketua Balai mengurus dan mentadbir balai dengan lebih teratur dan berkesan. Dokumen ini merupakan garis panduan dalam mengurus dan mentadbir sesebuah balai dan menjadi bahan rujukan kepada Ketua Balai dalam menangani situasi yang memerlukan kefahaman lebih mendalam.

Continue Reading
No comments
Share:

Sipnosis Buku : Keselamatan Bangunan Dan Kawalan Kebakaran

Sipnosis Buku : Keselamatan Bangunan Dan Kawalan Kebakaran



Pengarang : Badarudin Mat Isa, Syahrul Nizam Kamaruzzaman
Terbitan : Penerbit UTHM
ISBN : 978-967-5457-58-6

Sipnosis
Panduan di dalam buku ini adalah menjurus kepada Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984. Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 ini wujud daripada Akta Jalan, Parit dan Bangunan  (Street, Drainage and Building Act 1974 Akta 133). Isi kandungan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 ini banyak dipetik daripada negara-negara lain, khususnya Britain. Sebelum penggubalan undang-undang ini, amalan yang digunapakai di Malaysia adalah berpandukan kepada ordinan-ordinan, enekmen-enekmen atau lain-lain undang-undang yang digubal oleh negeri-negeri dan digunapakai di peringkat kerajaan-kerajaan tempatan. Pada ketika itu, ketinggian kebanyakan bangunan adalah rendah, tetapi apabila berlaku runtuhan bangunan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur pada awal tahun 1970, maka barulah timbul keperluan undang-undang bangunan seragam.

Keselamatan nyawa dan harta benda, khusus yang berkait dengan bahaya kebakaran, adalah bermula daripada penyediaan pelan bangunan, dengan berpandukan kepada undang-undang bangunan yang digubal mengikut lunas-lunas sains kebakaran, tabiat manusia dalam kebakaran, termasuk keperluan-keperluan kejuruteraan supaya sistem-sistem yang dipasang tidak gagal bila diperlukan. Selepas bangunan itu meperolehi Sijil Menduduki Bangunan, kaedah-kaedah yang diluluskan tidak boleh diubah mengikut sesuka hati penghuni kerana perbuatan ini menyebabkan beberapa kelemahan. Sebagai contoh, mengubah jarak perjalanan dan dengan itu tidak lagi sesuai untuk satu-satu kategori penghuni atau kegunaan. Kajian kemerebakan api dan asap juga amatlah penting kerana kajian awal ini akan memudahkan pengawalan api dan asap ini merebak ke bahagian-bahagian lain di dalam bangunan itu, jika terlibat di dalam kebakaran. Dengan itu timbullah kajian mengenai 'kemudahan untuk melepaskan diri di masa kebakaran' (means of escape), dinding dan lantai pemisah (wall and floor compartment) dan sebagainya.

Api pula perlu dipadamkan dengan serta merta supaya ia tidak membesar dan menjadi malapetaka dan dengan itu, diadakan alat pemadam api mudahalih dan sistem-sistem automatik, seperti sistem semburan air automatik (sprinkler), sistem karbon dioksida jenis pulal (CO₂ fixed installation), sistem buih dan sebagainya. Penggera kebakaran ialah untuk memberi isyarat supaya penghuni mengosongkan bangunan dan memadamkan api dengan mudah. Setengah-setengah sistem itu adalah direka untuk melawan kebakaran besar yang mungkin berlaku di situ, misalannya sistem pancur air, sistem buih (foam monitors) dan sebagainya.

Manusia pula terdiri daripada berbagai kategori mengikut kebolehan, umur, jantina, budaya dan keupayaan bertindak untuk melepaskan diri dengan selamat tanpa dibantu oleh sesiapa bila berlaku kebakaran di bangunan yang berkaitan. Ada di antara mereka, seperti pesakit-pesakit di hospital yang tidak berupaya untuk berjalan, bercakap, mendengar atau terkejut, malah ada yang masih tidak sedar selepas pembedahan. Ada juga yang tidak boleh melihat atau mendengar isyarat-isyarat / loceng amaran. Faktor-faktor tersebut perlu diambil kira semasa merangka atau menyediakan pelan-pelan bangunan.

Akhir kata diharapkan agar buku ini dapat memberikan panduan kepada mereka yang berkecimpung di dalam penyediaan pelan-pelan bangunan baru dan pelan-pelan ubahsuai bangunan. Buku ini juga amat relevan untuk digunakan oleh lain-lain para profesional yang menguruskan bangunan, pengurus pengawal keselamatan dan pelajar di dalam jurusan pembinaan.

Continue Reading
No comments
Share:

Perkara penting yang anda perlu tahu mengenai kanta lekap

  • Pastikan anda membeli kanta lekap daripada optometri berlesen. Jangan sesekali membeli kanta lekap yang murah daripada internet kerana dikhuatiri ia boleh meninggalkan kesan negatif kepada mata. 
  • Dapatkan pemeriksaan selepas anda menggunakan kanta lekap dalam tempoh yang panjang kerana ada kemungkinan ia boleh menimbulkan sebarang komplikasi atau mengubah fisiologi mata. 
  • Jangan sesekali memakai kanta lekap yang sudah rosak atau telah tamat tempoh yang ditetapkan kerana ia boleh memudaratkan kesihatan mata. 
  • Kanta lekap bersifat lembut dan mudah kering apabila ia terdedah dengan haba. Memakai kanta lekap di dalam bilik yang berhawa dingin boleh menyebabkan mata mudah kering. Oleh itu, pakailah penitis mata yang dikhaskan untuk kanta lekap agar mata anda kekal lembap. 
  • Pastikan anda mementingkan kebersihan tangan sama ada sebelum, semasa atau selepas memakai kanta lekap. Basuh dan keringkan tangan anda terlebih dulu sebelum anda menyentuh kanta lekap. 
  • Jangan sesekali membasuh kanta lekap anda dengan menggunakan air paip, air suling yang dibuat sendiri atau menggunakan larutan pencuci yang telah tamat tempoh. Tempoh luput larutan pencuci kanta lekap yang telah dibuka pula ialah tiga bulan selepas larutan tersebut dibuka. 
  • Cuci dan rendam kanta lekap dengan multipurpose solution yang disarankan oleh optometri. 
  • Buang larutan rendaman dalam bekas penyimpanan setiap kali selepas anda memakai kanta lekap. Gunakan larutan rendaman yang baharu ketika hendak merendam kanta lekap semula. 
  • Jangan sesekali berkongsi kanta lekap anda dengan orang lain. 
  • Pastikan anda memakai kanta lekap sebelum memakai alat solek dan buka kanta lekap sebelum anda mencuci solekan. 
  • Seperti kanta lekap, bekas penyimpanannya juga harus ditukar sekurang-kurangnya tiga bulan sekali bagi mengelakkan pembiakan kuman di dalam bekas tersebut. 
  • Simpan bekas penyimpanan kanta lekap dalam suhu bilik atau persekitaran yang kering. Elakkan daripada menyimpannya di dalam bilik air atau persekitaran yang lembap. 
  • Jika mata anda bermasalah seperti merah, kabur atau pedih, berhentilah daripada memakai kanta lekap dan berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat.

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia