MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, February 28, 2017

Tahukah anda tentang Unit HAZMAT

Image result for unit hazmat bomba malaysia
Letupan Kilang Mercun di Sungai Buloh pada 7 Mei 1991, menjadi titik tolak kesedaran tentang pentingnya penekanan terhadap keselamatan industri dalam usaha negara mencapai status Negara perindustrian. Ekoran daripada kejadian itu, kerajaan telah membentuk Majlis Industri Kebangsaan Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya yang diurus setia oleh MAMPU, Jabatan Perdana Menteri. Sebanyak 24 jawatankuasa kecil telah dibentuk meliputi pelbagai aspek seperti pengeluaran, penyimpanan, pengangkutan, import dan eksport, pembungkusan, pembuangan dan lain-lain. Daripada jawatankuasa tersebut sebanyak tujuh jawatankuasa telah melibatkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Image result for unit hazmat bomba malaysia
Melalui keputusan Jawatankuasa Kabinet, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia diminta mengambil tanggungjawab mengendalikan kemalangan yang berkaitan dengan bahan kimia berbahaya dan peraturan pengendalian kemalangan dibuat oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan. Peraturan ini dikenali sebagai CIMAH ( Control Of Industrial Major Accident Hazards).

Menyedari tanggungjawab ini, pengurusan tertinggi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah mengorak langkah dengan menghantar seorang pegawai kanan iaitu Tuan Mohammad Hamdan Bin Hj. Wahid bagi mengikuti Kursus Hazardous Materials Course (HMC) di Fire Services College, Moreton in Marsh, United Kingdom pada tahun 1992.

Explorasi yang dibuat oleh beliau telah memberi laluan kepada pihak kolej bagi mengendalikan Kursus Khas Hazardous Materials untuk Malaysia. Ekoran daripada itu seramai 11 orang pegawai kanan bomba dihantar untuk menghadiri kursus khas ini. Kumpulan ini telah diketuai oleh Tuan Hj. Zurkarnain Bin Mohd Kassim.

Sekembalinya mereka dari United Kingdom, pasukan ini telah dipertanggungjawabkan untuk merangka rancangan jangka panjang dan jangka pendek bagi penubuhan pasukan HAZMAT Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Pasukan ini telah menggubal modul latihan, mereka bentuk jentera dan kaedah bertindak sekiranya berlaku kemalangan yang melibatkan bahan kimia berbahaya.

Akhirnya pada 28 Oktober 1992, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia telah menerima sebanyak 7 buah jentera HAZMAT dan ditempatkan seperti berikut :

  • Kuala Lumpur
  • Shah Alam, Selangor
  • Port Dickson, Negeri Sembilan
  • Kerteh, Terengganu
  • Pasir Gudang, Johor
  • Jalan Perak, Pulau Pinang
  • Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia Kuala Kubu Bharu (bagi tujuan latihan)


Petikan daripada : Buletin Integriti Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia edisi kedua 2016



Continue Reading
No comments
Share:

Monday, February 20, 2017

Makanan untuk mencantikkan kulit

Image result for ikan salmon
Ikan salmon
Ikan merupakan sumber protein dan omega yang baik untuk kesihatan kulit wajah terutamanya seperti ikan tuna dan salmon. Ikan salmon mengandungi protein tinggi untuk menghasilkan kolagen pada kulit. Sekiranya anda makan ikan salmon secara teratur,  ia sangat membantu memperbaiki tekstur kulit, selain bagus untuk mata, kuku dan rambut.


Image result for green tea
Teh hijau
Teh hijau mengandungi antioksidan yang dapat memberi perlindungan pada kulit daripada sinar ultra violet yang menjadi penyebab timbulnya tanda-tanda penuaan. Pengambilan teh hijau secara rutin juga boleh membantu meremajakan sel-sel kulit, meringankan maslah jerawat dan mencerahkan kulit.


Image result for spinach
Bayam
Bayam merupakan sayuran yang baik untuk kesihatan kulit. Ia mengandungi vitamin A, beta karotena, zat besi dan kaya dengan antioksidan. Sekiranya diambil setiap hari, ia membantu menghaluskan kulit wajah dan menghilangkan masalah jerawat pada kulit.


Image result for lemon juice
Jus lemon
Buah yang kaa dengan khasiat ini memang dikenali sebagai buah yang sangat baik untuk perawatan kulit. Minum jus lemon segera sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat membantu meremajakan kulit, mengecilkan pori-pori wajah dan menyembuhkan banyak masalah kulit.


Image result for avocado
Avokado
Buah ini mengandungi lemak sihat yang dapat memberi manfaat untuk menjaga kelembapan kulit wajah terutama bagi anda yang memiliki jenis kulit kering. Sekiranya diambil secara rutin dan teratur sama ada anda makan secara terus ataupun dibuat jus, avokado dapat membantu membersihkan dan menyegarkan kulit wajah.

Image result for badam
Badam
Badam mengandungi vitamin E yang berperanan untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Ambil segenggam badam untuk setiap hari membantu melembapkan kulit dan membuat kulit cerah serta bercahaya.

Continue Reading
No comments
Share:

Tips Mencantikkan Halaman Rumah


Halaman rumah merupakan lokasi pertama yang akan dilihat oleh tetamu apabila berkunjung ke rumah anda. Jika ruang ini dimanfaatkan dengan baik, ia boleh dijadikan tempat untuk bersantai dan melepaskan lelah setelah seharian anda berada di luar rumah. Untuk memberi keceriaan pada halaman luar rumah agar ia tidak terbiar begitu sahaja, apa kata anda cuba tips ini.

1. Perabot
Perabot laman boleh dijadikan sebagai titik tumpu saat anda menghayati keindahan halaman anda sendiri. Gunakan ruangan ini sebagai tempat untuk anda dan keluarga bersantai.

2. Pancuran air
Deruan pada pancuran air pastinya mampu mengundang suasana yang tenang, mendamaikan dan relaks.Elemen air ini turut menjadi salah satu daya tarikan kepada setiap tetamu yang berkunjung ke rumah anda.

3. Kolam ikan
Jika halaman rumah anda agak luas dan anda mempunyai bajet yang mencukupi, seharusnya anda hiasi halaman anda itu dengan kolam ikan. Peliharalah pelbagai jenis ikan untuk menyuntik suasana yang tenang dan ceria saat melihat ikan itu berenang.


4. Buaian
Buaian juga boleh dijadikan alternatif sebagai tempat untuk anda beristirehat sekiranya anda tidak mahu menggunakan perabot. Peletakan buaian ini mampu merubah halaman anda menjadi sesuatu yang lebih menarik. 

5. Rumput dan batu
Halaman luar rumah yang dihias dengan rumput dan penataan batu kerikil boleh mencipta elemen menarik. Tanaman rumput ini akan mencipta momen segar menjelangnya waktu pagi sebaik sahaja anda membuka pintu rumah untuk menghidup udara segar.

6. Pasu
Penggunaan pasu dengan rekaan yang unik turut menampilkan halaman dengan dekorasi yang berbeza. Hiasi pasu tersebut dengan pelbagai jenis pokok dan bunga untuk memberi elemen warna pada halaman anda.

7. Tanaman gantung
Hiasan tanaman yang bergantung tentu sahaja memberi kelainan pada dekorasi halaman rumah anda. Ia boleh memberi suasana laman yang lebih segar dan unik. Pelbagaikan kreativiti anda dengan tanaman gantung menggunakan tayar, botol, pasu dan sebagainya.

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia