JUDUL BUKU TERKINI
Wednesday, August 24, 2016
Thursday, August 18, 2016
Wednesday, August 17, 2016
Sempena bulan kemerdekaan ini, mari kita mengimbau kembali sejarah Malaysia dan kemerdekaannya. Bukannya untuk mengajar subjek Sejarah kepada anda tetapi hanya ingin berkongsi 20 fakta menarik tentang Malaysia yang mungkin anda juga sudah tahu tetapi apa salahnya kita sama-sama mengimbau kembali sejarah negara kita sendiri.
Berikut adalah senarai 20 fakta menarik mengenai Malaysia yang saya kira semua rakyat Malaysia patut tahu :
(1) Malaysia sebenarnya bermula dengan nama Tanah Melayu yang merujuk kepada wilayah atau kepulauan di rantau ini. Namanya popular dikalangan pedagang-pedagang asing masa dulu sehinggakan nama Tanah Melayu dikenali dengan pelbagai nama seperti I-Tsing (di kalangan negara China, India dan Barat), Malaiur (Marco Polo), Malaiyur (inskripsi Tanjore-Sanskrit di India), Ma- Li-Yu-R (Yuan Shih/Cina), Mailiur (Siam) dan Malayo (Albuquerque/ Portugis).
(2) Mengikut sejarah, Melayu dirujuk lebih kepada nama tempat bermula abad ke-6 hingga ke-10. Pada abad ke-11, barulah Melayu menjadi rumpun bangsa Melayu.
(3) Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Malaya di Padang Pahlawan, Bandar Hilir, Melaka pada 20hb Februari, 1956.
(4) Pada tahun 31 hb Ogos,1957 adalah hari Merdeka untuk Malaya daripada jajahan British tetapi Malaysia terbentuk melalui gabungan negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, Borneo (Sabah dan Sarawak) dan Singapura. Brunei menolak daripada menyertai gabungan tersebut. Namun, pada tahun 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan Malaysia.
(5) Lembah Bujang yang terletak di sepanjang kaki Gunung Jerai adalah lokasi Empayar Melayu Langkasuka iaitu Kerajaan Kedah Tua lebih kurang 1500 tahun yang lalu. Nama Lembah Bujang adalah merujuk kepada perkataan Sanskrit iaitu nama pangkal “Bujang” atau “Bhujangga” yang bermaksud ular atau naga yang melambangkan kemakmuran sesuatu tempat.
(6) Bendera Malaysia mula digunakan secara rasminya pada 16 hb September, 1963. Ianya direka seorang Arkitek di Jabatan Kerja Raya (JKR) di Johor Bahru iaitu En. Mohamad bin Hamzah. Rekabentuk asalnya ialah 11 jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.
Rekabentuk asal ini telah melalui beberapa pindaaan dan pada akhirnya Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor telah memperkenankan rekabentuk Bendera Malaysia yang mengikut rekabentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Bendera Malaysia telah disahkan oleh King George VI pada 19 Mei 1950 dan pertama kali dikibarkan di depan Istana Selangor pada 26 Mei 1950.
Allahyarham Mohamed Hamzah meninggal dunia ketika berusia 75 tahun, pada 13 Februari 1993 di Jalan Stulang Baru, Kampung Melayu Majidee, Johor.
(7) Pejabat Dearah Kuala Kangsar adalah tempat terakhir di mana pokok getah hidup yang asal telah ditanam. Poko getah ini telah dibawa masuk oleh H. N. Ridley dari London’s Kew Gardens pada tahun 1877.
(8) Dokumen-dokumen China yang ditulis seawal abad ke-6 menyatakan bahawa nama Kelantan pernah disebut sebagai Ho-Lan-Tan disamping nama-nama lain seperti Tan-tan dan Chich-tu.
(9) Wayang pertama yang ditayangkan di Malaya adalah pada tahun 1933 iaitu filem Laila Majnun, berasaskan kepada persembahan Wayang Sanskrit yang diarah oleh B.S. Rajhann dan diterbitkan oleh sebuah syarikat bernama Motilal Chemical Company yang berpengkalan di Singapura.
Filem ini dibintangi oleh M. Suki, Fatimah Jasmin, Syed Ali Mansoor Al Attas. Pada tahun 1962, filem bertajuk yang sama telah dibuat semula oleh Cathay Keris Production, Malaya. Ianya dibintangi oleh Nordin Ahmad dan Latifah Omar dengan arahan oleh B.N. Rao.
(10) Penang Free School merupakan Sekolah Inggeris Tertua di Asia Tenggara. Ianya diasaskan oleh Paderi Sparke Hutchings pada tahun 1816.
(11) Nasi Kandar, sejenis masakan tersohor di kalangan penduduk Malaysia sekarang pada asalnya dibawa masuk ole pendatang India Muslim di mana yang terbaik adalah di Pulau Pinang dengan keistimewaan bahan-bahan masakan tersendiri. Antara kedai-kedai nasi kandar tersohor ialah di Flet Kampung Melayu, di Ayer Hitam, Line Clear di Jalan Penang dan bertentangan dengan Pasar di Jelutung.
(12) Waktu tempatan di Malaysia telah diubah beberapa kali sepanjang sejarah Malaysia. Pada tahun 31 hb Disember, 1930, waktu tempatan telah dipercepatkan sebanyak 0 minit untuk memanjangkan waktu siang; pada 1 hb September, 1941, ianya ditambah lagi 10 minit. Pada tahun 1942, semasa pemerintahan Jepun, waktu di Malaya telah dipercepatkan kedepan sebanyak 2 jam untuk disamakan dengan waktu di Jepun. Tahun 1945, ianya telah diundur balik 2 jam seperti pada tahun 1941.dan pada 1 hb Januari, 1982, waktu di Semenanjung Malaysia telah dipercepatkan 30 minit untuk menyeragamkan waktu ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menjadikan ia sebagai waktu standard Malaysia.
(13) Kota Bharu merupakan tempat bermulanya Tentera Jepun mendarat di Malaysia semasa Perang Dunia ke-2 pada tahun 1941. Pendaratan tentera Jepun melalui darat bermula di Singora, Thailand dan pendaratan Jepun melalui udara melalui Pantai Sabak, Kota Bharu. Dengan hanya menggunakan basikal (istilah – Bicycle Blitzkrieg), tentera Jepun mengambil masa selama 45 hari untuk maju ke Singapura (di mana ia merupakan Pusat ke2 terpenting dalam Empayar British selepas London) dan berjaya menaklukinya.
(14) Landasan keretapi pertama dibina di Malaya adalah di antara Port Weld (sekarang Kuala Sepetang) ke Taiping, pada tahun 1885 dan ianya sepanjang 13.6km.
(15) Lapangan Terbang Sungai Besi di Kuala Lumpur mencatatkan rekod sebagai lapangan terbang pertama di negara ini dan pada 1.8.1956 ia telah diisytiharkan bertaraf antarabangsa, dibuat oleh Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman serentak dengan pembukaan rasmi bangunan pengkalan baru yang berharga $590,000. Lapangan Terbang Kuala Lumpur ini mula dibina pada tahun 1930 dan diperbesarkan pada tahun 1948. Lapangan Terbang Sungai Besi ini berukuran 6,200 kaki panjang. Ia boleh digunakan dalam semua cuaca. Kapal terbang pertama yang mendarat di lapangan terbang ini ialah sebuah pesawat British, B.O.A.C. pada tahun 30an.
(16) Kok Shoo Yin merupakan pemegang Sijil Warganegara Malaysia yang pertama di Malaysia apabila dia menerima Sijil tersebut pada 14 hb November, 1957.
(17) Tahukah anda bahawa tarikh asal untuk penubuhan Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak adalah pada 31 hb Ogos, 1963. Namun apabila tarikh tersebut tiba dan perbincangan tidak selesai, penubuhan Malaysia ditangguh kepada 16 September, 1963. Walau bagaimanapun, Singapura di bawah Lee Kuan Yew telah mengisytihar merdeka pada 31 Ogos 1963 iaitu 2 minggu lebih awal daripada tarikh penubuhan yang ditetapkan.
(18) Bintang Tiga adalah nama panggilan Tentera Malaya Anti-Jepun (MPAJA), sebuah sayap tentera Parti Komunis Malaya (PKM). Lambang Bintang Tiga itu adalah untuk mewakili tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India. Namun PKM yang ditubuhkan di Kuala Pilah pada tahun 1930 didominasi oleh kaum Cina kerana pada asalnya ia pun adalah Parti Komunis Nanyang yang merupakan sayap kiri Parti Nasionalis China (Kuomintang). Tetapi di Tanah Melayu, tanpa penyertaan orang Melayu, tidak ada parti politik yang boleh berjaya.
(19) Pada 23 Februari 1950, 17 anggota polis telah terkorban di Bukit Kepong akibat kekejaman komunis. 200 orang pengganas komunis telah menyerang dan membakar balai polis di Bukit Kepong. Apa yang memalukan, 200 orang pengganas komunis ini diketuai oleh orang Melayu sendiri yang bernama Muhammad Indera dari Kompeni Bebas Ke-4, Komunis.
(20) Yap Ah Loy atau nama sebenarnya Yap Tet Loy di Wilayah Kwangtung, China pada tahun 1837. Beliau berasal daripada sebuah keluarga petani yang miskin dan tidak pernah bersekolah. Pada usia 18 tahun, beliau datang ke Malaya untuk bekerja di sebuah lombong bijih timah di Durian Tunggal, Melaka dan kemudiannya mengahwini Kok Kang Keown, seorang gadis tempatan Melaka.
Setelah beliau dilantik sebagai Kapitan Cina Sungai Ujong, Kapitan Cina Kuala Lumpur pada masa itu, Liu Ngim Kong, mempelawa beliau ke Kuala Lumpur untuk membantu pengurusan perniagaannya. Yap Ah Loy menjadi warga yang terkenal di Kuala Lumpur dan beliau telah membina Kuil Sze Si Yeah. Keberanian dan kepimpinannya telah membawa kepada perlantikannya sebagai Kapitan Cina Kuala Lumpur pada tahun 1868 pada usia 31 tahun.
Beliau telah berjaya mengembangkan Kuala Lumpur sehingga menjadi sebuah bandar yang maju dan terkenal sehingga menarik minat ramai untuk berhijrah ke sana. Seterusnya pada tahun 1881, beliau memperkenalkan pam kuasa wap yang pertama di Malaya. Pada tahun 1884 pula, beliau mengasaskan sekolah Cina yang pertama di Kuala Lumpur. Pada tahun 1885, Yap Ah Loy meninggal dunia pada usia 48 tahun.
(21) Melaka digelar sebagai Bandar Melaka Bersejarah kerana mempunyai banyak peninggalan sejarah daripada penjajahan Portugis dan Belanda seperti:
A Famosa – Kota A Famosa (bermaksud “Yang Termashur” dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Gereja St. Paul – Gereja St. Paul merupakan sebuah gereja yang terletaknya di Bandar Hilir, Melaka. Ia dibina oleh Kapten Portugis yang bernama Duarte Coelho pada tahun 1521 dan dinamakan “Our Lady of The Hill”.
Antara hasil peninggalan sejarah yang lain ialah Bukit Cina, Patung St Francis Xavier, Porta de Santiago, Bangunan Stadhuys (Peninggalan Belanda), Kota St John, Perigi Hang Li Po dan banyak lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
Keratan akhbar - Berita Bencana Alam
Keratan akhbar - Berita Ekonomi
Keratan akhbar - Berita Jenayah
Keratan akhbar - Berita Kebombaan
Keratan akhbar - Berita Kepustakawanan
Keratan akhbar - Berita Kesihatan
Keratan akhbar - Berita Luar Negara
Keratan akhbar - Berita Pendidikan
Keratan akhbar - Berita Sukan
Keratan akhbar - Berita Tempatan
Keratan akhbar - Budaya Membaca
Keratan akhbar - Dunia Haiwan
Keratan akhbar - Lensa Kamera
Keratan akhbar - Pencapaian Negara
Keratan akhbar - Sudut Agama
Keratan akhbar - Sudut Automotif
Keratan akhbar - Sudut Biografi
Keratan akhbar - Sudut Dekorasi
Keratan akhbar - Sudut Hartanah
Keratan akhbar - Sudut Informasi
Keratan akhbar - Sudut Kerjaya
Keratan akhbar - Sudut Kesusasteraan
Keratan akhbar - Sudut Libur
Keratan akhbar - Sudut Lipatan Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Pengurusan Harta & Pewarisan
Keratan akhbar - Sudut Pertanian
Keratan akhbar - Sudut Psikologi
Keratan akhbar - Sudut Sains Perpustakaan
Keratan akhbar - Sudut Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Teknologi
Koleksi Video Youtube Channel (PerpustakaanJBPM Channel)
Penerbitan Digital
Sipnosis Buku
Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Timur, Wakaf Tapai
Akademi Bomba Dan Penyelamat Wilayah Tengah, Kuala Kubu Bharu
Sistem Tempahan Bilik Perpustakaan
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
▼
2026
(1215)
- ► August 2026 (2)
- ► April 2026 (186)
- ► March 2026 (197)
- ► February 2026 (267)
- ► January 2026 (225)
-
►
2025
(2526)
- ► December 2025 (309)
- ► November 2025 (212)
- ► October 2025 (248)
- ► September 2025 (214)
- ► August 2025 (185)
- ► April 2025 (209)
- ► March 2025 (166)
- ► February 2025 (211)
- ► January 2025 (163)
-
►
2024
(2888)
- ► December 2024 (137)
- ► November 2024 (222)
- ► October 2024 (157)
- ► September 2024 (163)
- ► August 2024 (215)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
►
2016
(111)
- ► December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
►
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
►
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
►
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
Lesung pipit terjadi akibat dari variasi otot muka yang dipanggil zygomaticus major. Kecacatan variasi berlaku pada otot ini yang sepatut...
-
PEMAKAIAN TANDA PANGKAT PAKAIAN PEGAWAI BOMBA Keterangan pakaian : Pakaian No. 1 (Pakaian Istiadat) - Dipakai oleh s...

