MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, November 5, 2015

Faktor-faktor kegagalan pengucapan awam

Image result for public speech
  • Gelabah atau takut, peluh luar biasa di dahi dan telapak tangan, bibir kering dan berbuih, kerap buang air kecil, suara tersekat-sekat, serba tak kena dan kelam kabut, emosi tidak stabil, tidak bersedia, tidak dimaklumkan awal, terpaksa dan dipaksa.
  • Sebutan tidak jelas, gagap yang bukannya semulajadi. Akal tidak bekerja ketika mendengar pendapat atau soalan, gagal gunakan kelajuan berfikir atau fikiran tertutup, mati akal atau hilang punca.
  • Gagal menolak gangguan dalaman dan luaran, terlalu merendah diri, gagal bertindak dari maklumbalas bukan lisan audiens dan takut memandang audiens.
  • Tidak menjiwai atau memahami audiens, persembahan yang tidak menarik, bersifat negatif dengan air muka yang tidak menyenangkan.
  • Ayat yang tidak tepat atau tidak tersusun kerana tiadanya persiapan awal dan kurangnya latihan.
  • Monotone - nada suara yang sama sepanjang masa, dan kedengaran takut serta tajuk yang membosankan, gagal menarik minat dan jenaka yang tidak kena pada tempatnya.
  • Tiada maklumbalas dan audiens tidak aktif, penceramah bercakap seorang diri atau mungkin syok sendiri.
  • Penggunaan bahasa yang tidak tepat, bahasa rojak, dialek atau loghat, bahasa tinggi dan tidak sesuai dengan audiens.
  • Memperkatakan perkara yang tidak benar, isu melompat-lompat dan tidak disusun ikut turutan (audiens susah faham).

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, November 3, 2015

Tips dan amalan untuk menenangkan diri semasa pengucapan awam

  • Urutkan perlahan-lahan bahagian lembut telapak tangan kiri yang menghubung ke jantung anda. Pujuk diri, sememangnya perasaan takut dimiliki semua manusia yang normal.
  • Bacalah atau amalkanlah apa-apa ayat atau petua bagi menenangkan perasaan anda.
  • Bagus melawak yang ringan pada peringkat permulaan, bila audiens ketawa kita akan rasa sedikit lega.
  • Pujuklah diri anda dengan mengandaikan audiens tidak tahu apa-apa. Tarik nafas panjang-panjang dan lepaskan perlahan-lahan serta tenangkan diri anda.
  • Amalkan sentiasa tersenyum tapi bukannya tersengih untuk tenangkan diri. Lakukan latihan berulangkali sebelum sesi bagi tambahkan keyakinan.

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, November 2, 2015

Jualan Gudang Karangkraf Akhir Tahun 2015

 

Sempena Jualan Gudang Karangkraf Akhir Tahun 2015 kami berikan kepada anda buku dan novel serendah RM 1.00.

Jom datang beramai-ramai dan borong habis-habisan di Jualan Gudang Karangkraf Akhir Tahun 2015, Pekarangan Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam, Selangor bermula hari ini hingga 8 November 2015..

Jom memborong!!! 

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia