MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Sunday, August 14, 2011

Peribahasa Bulan Ogos


 
1) Hati orang yang bodoh itu di mulutnya, dan lidah orang yang cerdik itu di belakang hatinya 
Maksud : orang bodoh berbicara tanpa perhitungan, orang pandai berfikir sebelum berkata-kata.

2) Ada kemenyan sebesar lutut jika tidak dibakar tidak berbau
Maksud : Seseorang yang berilmu tetapi tidak digunakan atau diajarkan kepada orang lain tidak akan membawa faedah.
 
3) Adapun buah peria itu, kalau ditanam di atas batas sakar, dan dibaja dengan madu, lagi disiram dengan manisan, atau diletakkan di atas tebu sekalipun, apabila masak pahit juga
Maksud : Orang jahat yang tidak dapat diperbaik kelakuannya.

4) Adat bersendi syarak, syarak bersendi adat
Maksud : Pergaulan dalam masyarakat hendaklah bersesuaian dengan adat dan syarak


5) Yang berhutang terjerat di kaki, yang menjamin terjerat di leher. 
Maksud  : Orang yang menjamin orang yang berhutang sering kali terpaksa membayar hutang itu kerana yang dijamin tidak dapat membayarnya ataupun melarikan diri

6)Besar, besar gunung dipandang; kecil, kecil hutang disandang. 
Maksud : Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya.


7) Alpa negeri alah, sia-sia hutang tumbuh. 
Maksud  : Alpa dan lalai mengakibatkan bencana.

8) Belayar Bernakhoda, berjalan dengan orang tua

Maksud : Patuh pada pemimpin.

9) Kalau bersahabat cari sama hebat
Maksud : Pilihlah kawan-kawan yang sesuai dengan jiwa raga kita

10) Ada padi masak adalah pipit. 
Maksud : Walau di mana kita tinggal, akan ada rezeki kita.


Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, August 10, 2011

Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam, RM500 Untuk Pesara

08 OGOS 2011

KUALA LUMPUR : Kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bulan ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata kerajaan juga bersetuju memberi bayaran khas sebanyak RM500 kepada pesara kerajaan. "Bonus dan bayaran khas ini akan dibuat pada pertengahan bulan ini," kata Najib yang juga Menteri Kewangan dalam satu kenyataan hari ini. Katanya, bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan serta dedikasi penjawat awam dalam memudah dan menjayakan pelaksanaan program pembangunan negara.

Perdana Menteri berkata, kerajaan berharap pemberian bonus dan bayaran khas ini dapat meringankan beban penjawat awam dan pesara kerajaan dan membantu mereka membuat persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. "Ini menunjukkan bahawa kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajian penjawat awam dan pesara kerajaan. Pemberian ini juga satu penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam," katanya.

Najib berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu akan membabitkan 1.27 juta penjawat awam Persekutuan dan 590,000 pesara kerajaan dengan anggaran perbelanjaan sebanyak RM2 bilion. - BERNAMA

Continue Reading
2 comments
Share:

Monday, August 1, 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Kami dari Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Cawangan Pentadbiran ingin mengucapkan "Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak" kepada semua umat Islam di JBPM khususnya dan seluruh dunia amnya... Semoga kita mendapat keberkatan dari Allah SWT dengan membuat amal ibadat dengan ikhlas dan tulus.
 




" Rasulullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya : Setiap amalan anak Adam baginya melainkan puasa maka ia untuk-Ku dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara .Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditangan-Nya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. "

Hadis Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Nasai’e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Hibban dan Baihaqi

Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia