Perpustakaan telah ditubuhkan pada tahun 1988 dan ditempatkan di Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jalan Maharajalela, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pada tahun 2000, perpustakaan telah berpindah ke lokasi baharu iaitu di Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Wilayah Persekutuan Putrajaya dan telah diberi nama sebagai Perpustakaan Anjung Ilmu.
Pada bulan April tahun 2013, Perpustakaan Anjung Ilmu berpindah ke bangunan baru iaitu di Kompleks Ibu Pejabat Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya serta diberi penjenamaan semula nama iaitu Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi.
Pada tahun 2021, nama perpustakaan sekali lagi diberi penjenamaan semula nama iaitu Unit Pengurusan Pusat Sumber, di bawah seliaan Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...