MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, March 1, 2024

Sipnosis Buku : 10 Tanda Lelaki Tidak Mencintai Wanita


Pengarang : Greg Behrendt & Liz Tuccillo
Penerbit : PTS Publishing House
ISBN : 978-967-481-620-9

Sipnosis :
Wanita memang fitrahnya suka meluah. Mereka gemar berbincang sesama sendiri tentang pelbagai perkara, termasuklah perihal perhubungan, cinta dan lelaki. Mereka mampu duduk berbincang selama berjam-jam sambil menganalisis hati lelaki yang kononnya begitu kompleks untuk difahami.

Hakikatnya, lelaki tidak kompleks. Sangat tidak kompleks! Jikalau mereka suka, mereka suka. Jikalau mereka tidak suka, mereka tidak suka. Itu sahaja.

Soalnya sekarang, mereka tidak akan beritahu sekiranya mereka tidak punya perasaan, atau tidak cukup suka pada seseorang wanita itu. Mereka lebih suka memilih  untuk melakukan perkara-perkara yang akhirnya akan mengelirukan wanita itu sendiri.

Menerusi buku He's Just Not That Into You Edisi Bahasa Melayu ini, Greg Behrendt dan Liz Tuccillo akan membantu pembaca memahami hakikat apabila seseorang lelaki tidak menyimpan perasaan istimewa terhadap seorang wanita. Antara poin yang menarik termasuklah :

  1. Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu - Sekiranya Dia Tidak Mengajak Kamu Keluar
  2. Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu - Sekiranya Dia Tidak Mahu Berkahwin Dengan Kamu
  3. Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu - Sekiranya Dia Tidak Menghubungi Kamu
  4. Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu - Sekiranya Dia Tidak Intim Dengan Kamu
  5. Dia Tidak Cukup Sukakan Kamu - Sekiranya Dia Menghilang

Mencintai tanpa dicintai itu memang menyakitkan. Begitupun, kita masih tetap mampu mencari dan memiliki cinta yang mampu memberi kita kedua-duanya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia