MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, March 1, 2023

Pertandingan Peminjam Paling Aktif Program Sempena Jom Baca Bersama 10 Minit Tahun 2023


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi, Cepat dan Mesra.

YAS Dato' / YS Dato' / YBrs. Dr. / Tuan / Puan,

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pengurusan Pusat Sumber, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan mengadakan program Jom Baca Bersama 10 Minit Tahun 2023 yang akan dijalankan pada 18 Mei 2023 (Khamis) seperti ketetapan yang telah dibuat oleh Perpustakaan Negara Malaysia.

3. Pelbagai aktiviti dan program telah dirangka dan salah satunya ialah Pertandingan Peminjam Paling Aktif yang akan dijalankan bermula daripada 1 Mac 2023 sehingga 18 Mei 2023. Pertandingan ini adalah terbuka kepada semua kakitangan Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Bersama ini dilampirkan salinan digital Poster Program untuk perhatian YAS Dato' / YS Dato' / YBrs. Dr. / Tuan / Puan.

Perhatian dari pihak YAS Dato' / YS Dato' / YBrs. Dr. / Tuan / Puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian,


“MALAYSIA MADANI”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”



Unit Pengurusan Pusat Sumber
Cawangan Pentadbiran Dan Aset
Bahagian Pengurusan,
Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia,
Putrajaya
Tel : 03-88927600 samb. 7999
Fax : 03-88880025

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia