MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, November 24, 2016

Elak tekanan ketika melancong


Percutian adalah sesuatu yang menyeronokkan, peluang untuk menghilangkan tekanan dan melupakan tugas di pejabat ataupun rumah. Namun ada kalanya percutian yang sepatutnya menjanjikan keseronokan boleh membuatkan kita menjadi tertekan. Antara tips yang boleh membantu anda untuk menghindari tekanan semasa mahu bercuti adalah seperti berikut : 

1) Wang adalah sesuatu yang terpenting dalam perancangan dan perjalanan sesuatu percutian yang dirancang. Periksa kembali jumlah wang anda. Tekanan sering dihadapi kerana wang yang tersedia selama percutian tidak mencukupi. Untuk atasinya, anda harus menyimpan wang atau menabung wang secukupnya untuk dibelanjakan semasa bercuti nanti. 

2) Berdasarkan bajet anda, pilih destinasi percutian yang tidak lari daripadda bajet. Selepas itu, rancang perjalanan anda. Jangan ragu untuk menggunakan khidmat agensi pelancongan jika anda tahu cara memilih agensi yang terbaik dan menawarkan harga yang cukup berpatutan. Jika anda bercuti bersama-sama dengan kawan-kawan atau berkumpulan, anda mungkin akan senang berasa tertekan, lebih-lebih lagi ketiga mengatur jadual perjalanan. Oleh yang demikian, jika memang susah untuk merancang aktiviti sepanjang bercuti, gunakan sahaja agensi pelancongan dan minta mereka menyediakan pakej bersesuaian dan terbaik untuk anda serta kawan-kawan atau keluarga.

3) Jika anda menggunakan khidmat agensi pelancongan, periksa jadual perjalanan secara terperinci termasuklah waktu, wang yang akan dihabiskan, di mana anda akan mengina dan tempat akan dikunjungi. Pastikan anda sudah mengetahui semua jadual perjalanan selengkapnya. Jika anda merancang percutian sendiri tanpa bantuan agensi pelancongan pula, buatlah jadual perjalanan sendiri. Ini akan memudahkan anda saat bercuti nanti.

4) Jika anda bercuti di luar negara, pastikan semua dokumen diperlukan dipersiapkan sepenuhnya terutama yang akan digunakan sebelum dan semasa penerbangan serta berada di destinasi. Ia penting bagi mengelak sebarang masalah yang pasti membuatkan anda tertekan.

5) Berkemas. Pastikan anda membawa pakaian selesa dipakai dan sesuai dengan cuaca tempat dituju. Berkemas sebaiknya bagi mengelak anda membawa barangan berlebihan atau kurang. Ada kalanya, kita sudah merancang semuanya tetapi ada saja hal yang tidak diduga berlaku. Oleh itu, apapun terjadi, elakkan dari merasa tertekan dan pastikan anda dapat menikmati percutian anda tanpa cemas.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia