Tuesday, November 22, 2016

Cara menentukan bajet bulanan

Senarai sumber
Anda perlu menyenaraikan setiap sumber dan punca pendapatan pada setiap bulan. Catatkan gaji bersih selepas ditolak potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, cukai  dan juga Perkeso. Daripada gaji bersih itulah anda menyediakan bajet mengikut kemampuan dan keperluan pada setiap bulan.

Anda perlu memasukkan sekali punca kewangan sampingan ke dalam bajet. Contohnya elaun tetap, pendapatan daripada kerja sampingan dan sebagainya. Mulai sekarang, sediakan bajet bulanan anda.

Senaraikan perbelanjaan
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah bahagikan perbelanjaan kepada tiga kategori iaitu tetap, berubah-ubah dan berdasarkan budi bicara. Apabila membahagikan kepada setiap kategori ini, anda akan dapat membuat bajet mengikut kepada pendapatan pada bulan itu. Bagi kategori tetap, mungkin tidak banyak yang boleh anda ubah. Namun bagi kategori berubah-ubah, mungkin ada yang boleh anda 'usik' untuk disesuaikan dengan bajet anda pada bulan tersebut. 

Selain itu, 10 peratus daripada pendapatan hendaklah disimpan sebelum anda berbelanja dan bukan daripada lebihan yang telah anda belanjakan.

Tentukan aliran tunai bersih
Hal ini penting untuk anda menentukan bajet agar bajet yang anda sediakan tidak menjerat diri sendiri. Antara yang boleh anda tentukan ialah :-

- Jika ada lebihan, syabas. Pastikan bajet anda mengikut perbelanjaan sebenar.
- Jika terdapat defisit, semak semula bajet dengan mengurangkan perbelanjaan budi bicara sehingga kedudukan aliran tunai menjadi positif.
- Sebaiknya anda mempunyai lebihan wang untuk membina dana kecemasan.

1 comment:

  1. Selalu senarai barang yang nak beli tapi bila sampai shopping mall je ada barang yang tak ada dalam senarai pun terbeli juga..

    Kena lebih disiplin lagi nie..

    Posting terbaru AM
    6 makanan penyebab sakit sendi


    Ikhlas dari
    AlongMisuari.com

    ReplyDelete

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...