Ledakan teknologi canggih dan penularan penggunaan internet memperlihatkan majoriti kes yang dahulunya menjadi sulit namun kini dengan mudah tersebar luas tanpa kawalan.
Kadang kes-kes yang belum sempat mendapat maklum balas daripada pihak berkuasa namun sudah dihakimi oleh ‘keypad warriors’. Sehinggakan mengganggu tugas pihak berkuasa untuk mendapatkan bukti.
Mungkin ada pro dan kontra peranan media sosial dalam menyebarkan kes-kes kehilangan mahupun kes culik kanak-kanak. Maklumat akan cepat dan masyarakat boleh tahu perkembangan yang berlaku dan jika ada yang ternampak atau melihat maka mereka akan cepat melaporkan kepada pihak berkuasa.
Ini memudahkan tugas pihak berkuasa dan kanak-kanak tersebut akan dapat diselamatkan. Tetapi dari sudut negatif, pihak penculik atau yang terbabit dengan sindiket ini sudah tahu tentang strategi dan biasanya mereka akan mengubah kepada strategi yang lain.
Namun dari pihak ibu bapa sendiri, eloklah jika mampu terapkan bab keselamatan dari awal dalam diri anak-anak. Tambah pula musim cuti sekolah bakal tiba dalam beberapa minggu lagi...
1. Kunci pintu
Sentiasa alert dengan keselamatan anak-anak. Kunci pintu, pagar dan anak-anak sentiasa dalam pengawasan.
2. Ada peneman
Yang ini memang selalu berlaku, tahu-tahu anak ghaib depan mata sebab terlalu khusyuk pilih barang! Janganlah biarkan anak-anak sendirian di luar rumah, baik ketika berada di pusat membeli belah mahupun ketika bercuti.
3. Peka dengan aktiviti anak
Sentiasa peka dan prihatin dengan langkah anak-anak dan jangan biarkan anak-anak melakukan aktiviti sendirian tanpa pengawasan.
4. Ajar bab keselamatan
Kalau anak dah faham arahan dan cerita, umur 2 tahun pun dah boleh ajar anak tentang bahaya dengan persekitaran.
5. Sediakan jadual
Menyediakan jadual yang tersusun bagi dimanfaatkan oleh anak-anak terutama ketika cuti sekolah. Jangan harapkan anak main gajet 24 jam, eloklah ibu ayah belikan buku atau permainan yang boleh asah skill.
6. Biar ada rutin
Sediakan rutin harian lengkap kepada anak-anak di rumah dari pagi hingga ibu bapa pulang dari tempat kerja. Kalau macam ini, anak mesti sibuk dengan jadualnya. Tidaklah anak keluar rumah sesuka hati, bahaya!
7. Selalu telefon
Sentiasa berhubung dengan membuat panggilan ke rumah dan bertanyakan aktiviti anak-anak di rumah.
8. Ada orang dewasa
Kalau dulu, anak-anak main basikal kampung sebelah pun tak ada masalah tetapi sekarang tak boleh biarkan. Yang main depan rumah pun boleh jadi macam-macam. Jadi pastikan ada orang dewasa berumur lebih 18 tahun yang menemani anak-anak di rumah apabila ibu bapa ke tempat kerja.
9. Bergilir dengan pasangan jaga anak
Bergilir-gilir antara suami isteri dalam mengawasi keselamatan anak-anak. Tambah kalau sama-sama keluar mencari rezeki, anda tetap kena ambil tahu hal anak-anak.
10. Hantar anak ke kem
Menghantar anak-anak ke kem-kem yang boleh membantu menambahkan ilmu selain memberi motivasi kepada anak-anak. Cara ini sedikit sebanyak suntik sikap positif dan boleh isi masa terluang anak-anak.
Sebelum terlambat, awasilah dan ajarlah anak-anak tentang keselamatan, baik sewaktu berada di luar atau di dalam rumah. Moga info ini bermanfaat buat ibu ayah.
Sumber rujukan : Majalah Mingguan Wanita
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...