MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Thursday, November 24, 2016

Elak tekanan ketika melancong


Percutian adalah sesuatu yang menyeronokkan, peluang untuk menghilangkan tekanan dan melupakan tugas di pejabat ataupun rumah. Namun ada kalanya percutian yang sepatutnya menjanjikan keseronokan boleh membuatkan kita menjadi tertekan. Antara tips yang boleh membantu anda untuk menghindari tekanan semasa mahu bercuti adalah seperti berikut : 

1) Wang adalah sesuatu yang terpenting dalam perancangan dan perjalanan sesuatu percutian yang dirancang. Periksa kembali jumlah wang anda. Tekanan sering dihadapi kerana wang yang tersedia selama percutian tidak mencukupi. Untuk atasinya, anda harus menyimpan wang atau menabung wang secukupnya untuk dibelanjakan semasa bercuti nanti. 

2) Berdasarkan bajet anda, pilih destinasi percutian yang tidak lari daripadda bajet. Selepas itu, rancang perjalanan anda. Jangan ragu untuk menggunakan khidmat agensi pelancongan jika anda tahu cara memilih agensi yang terbaik dan menawarkan harga yang cukup berpatutan. Jika anda bercuti bersama-sama dengan kawan-kawan atau berkumpulan, anda mungkin akan senang berasa tertekan, lebih-lebih lagi ketiga mengatur jadual perjalanan. Oleh yang demikian, jika memang susah untuk merancang aktiviti sepanjang bercuti, gunakan sahaja agensi pelancongan dan minta mereka menyediakan pakej bersesuaian dan terbaik untuk anda serta kawan-kawan atau keluarga.

3) Jika anda menggunakan khidmat agensi pelancongan, periksa jadual perjalanan secara terperinci termasuklah waktu, wang yang akan dihabiskan, di mana anda akan mengina dan tempat akan dikunjungi. Pastikan anda sudah mengetahui semua jadual perjalanan selengkapnya. Jika anda merancang percutian sendiri tanpa bantuan agensi pelancongan pula, buatlah jadual perjalanan sendiri. Ini akan memudahkan anda saat bercuti nanti.

4) Jika anda bercuti di luar negara, pastikan semua dokumen diperlukan dipersiapkan sepenuhnya terutama yang akan digunakan sebelum dan semasa penerbangan serta berada di destinasi. Ia penting bagi mengelak sebarang masalah yang pasti membuatkan anda tertekan.

5) Berkemas. Pastikan anda membawa pakaian selesa dipakai dan sesuai dengan cuaca tempat dituju. Berkemas sebaiknya bagi mengelak anda membawa barangan berlebihan atau kurang. Ada kalanya, kita sudah merancang semuanya tetapi ada saja hal yang tidak diduga berlaku. Oleh itu, apapun terjadi, elakkan dari merasa tertekan dan pastikan anda dapat menikmati percutian anda tanpa cemas.

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, November 22, 2016

Cara menentukan bajet bulanan


Senarai sumber
Anda perlu menyenaraikan setiap sumber dan punca pendapatan pada setiap bulan. Catatkan gaji bersih selepas ditolak potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, cukai dan juga Perkeso. Daripada gaji bersih itulah anda menyediakan bajet mengikut kemampuan dan keperluan pada setiap bulan.

Anda perlu memasukkan sekali punca kewangan sampingan ke dalam bajet. Contohnya elaun tetap, pendapatan daripada kerja sampingan dan sebagainya. Mulai sekarang, sediakan bajet bulanan anda.

Senaraikan perbelanjaan
Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah bahagikan perbelanjaan kepada tiga kategori iaitu tetap, berubah-ubah dan berdasarkan budi bicara. Apabila membahagikan kepada setiap kategori ini, anda akan dapat membuat bajet mengikut kepada pendapatan pada bulan itu. Bagi kategori tetap, mungkin tidak banyak yang boleh anda ubah. Namun bagi kategori berubah-ubah, mungkin ada yang boleh anda 'usik' untuk disesuaikan dengan bajet anda pada bulan tersebut.

Selain itu, 10 peratus daripada pendapatan hendaklah disimpan sebelum anda berbelanja dan bukan daripada lebihan yang telah anda belanjakan.

Tentukan aliran tunai bersih
Hal ini penting untuk anda menentukan bajet agar bajet yang anda sediakan tidak menjerat diri sendiri. Antara yang boleh anda tentukan ialah :-
  • Jika ada lebihan, syabas. Pastikan bajet anda mengikut perbelanjaan sebenar.
  • Jika terdapat defisit, semak semula bajet dengan mengurangkan perbelanjaan budi bicara sehingga kedudukan aliran tunai menjadi positif. 
  • Sebaiknya anda mempunyai lebihan wang untuk membina dana kecemasan.

Continue Reading
1 comment
Share:

Monday, November 21, 2016

Kenali 6 makanan punca sakit sendi

Image result for no fried foodMakanan bergoreng - Makanan bergoreng memang sedap tetapi ia tidak boleh dijadikan amalan kerana memberi kesan janka panjang terhadap kesihatan. Dikatakan individu yang gemar mengambil makanan bergoreng boleh mendatangkan impak negatif terhadap radang sendi melalui, radang yang berlaku semakin teruk dan berpunca oleh pertambahan berat badan. Ini secara tidak langsung mendatangkan tekanan yang lebih banyak di bahagian sendi.


Image result for saltGaram - Pertambahan kandungan garam di dalam tubuh hanya akan memburukkan masalah radang sendi. Oleh itu, segeralah hindari makanan yang menggunakan jumlah garam yang tinggi seperti makanan segera, snek ringan dan sebagainya.




Image result for meatDaging - Ramai yang sedia maklum bahawa daging mempunyai sumber zat besi yang tinggi. Walau bagaimanapun penghidap artritis dimestikan untuk mengelak atau menghentikan terus pengambilan daging dalam menu masakan sehari-hari. Ini disebabkan kandungan lemak yang terdapat di dalam daging tersebut boleh menjadi bahan beracun sekali gus memburukkan masalah radang yang dirasai. 



Image result for alcohol and tobaccoAlkohol dan rokok - Merokok dan mengambil alkohol dalam tempoh yang kerap merupakan satu tabiat yang buruk. Penghidap artritis atau masyarakat yang mementingkan kualiti hidup yang sihat mesti menjauhi dua perkara ini.



Image result for glutenGluten - Gluten adalah sejenis protein yang terdapat di dalam gandum dan bijirin yang lain. Bagi individu yang menderita sakit sendi maka seeloknya perlu menghidari jenis makanan seperti ini lantaran gluten yang terkandung di dalamnya.




Image result for Milk productProduk berasaskan susu - Kandungan protein di dalam susu berupaya merosakkan sistem antibodi yang mana ia diketahui berupaya melindungi tubuh daripada masalah peradangan. Individu yang bertarung dengan penyakit sendi seharusnya mengelak dari mengambil susu atau produk yang menggunakan ia sebagai bahan utama.

Sumber daripada : Majalah Mingguan Wanita Januari 2015

Continue Reading
2 comments
Share:

Tuesday, November 15, 2016

7 Adat Sambut Bayi Ibu Ayah Perlu Tahu


Image result for new baby
Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Sebagai tanda syukur, masyarakat Islam digalakkan untuk melaksanakan beberapa amalan tertentu sewaktu menyambut kelahiran bayi seperti yang terkandung dalam syariat islam.


1. Azan atau istiqamah
Sebaik anak anda selamat dilahirkan, perkara pertama yang perlu dilakukan ialah bayi itu peril diazankan dan diiqamatkan. Kalimah pertama yang didengar oleh anak anda dipercayai dapat menjadi banteng daripada gangguan syaitan. Selain itu, sunat dibacakan pada telinga kanan bayi dengan doa yang bermaksud, “bahawasanya, aku pohon perlindungan Engkau, diri anak ini dan zuriat keturunannya kelak daripada tipu daya syaitan”


2. Khabar gembira
Anda disunatkan menghebahkan kelahirannya kepada ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga. Ini dilakukan sebagai tanda kesyukuran dengan anugerah Allah. Bagi yang menerima berita gembira ini pula disunatkan mengucapkan tahniah sambil mendoakan kebaikan untuk ibu bapa dan bayi tersebut.


3. Nama
Nama yang dipilih untuk anak selok-eloknya disediakan terlebih dahulu. Bila sudah ada nama yang berkenan di hati, rujuk nama tersebut kepada orang yang tahu dan faham bahasa Arab. Ketahuilah sama ada sebutan dan ejaannya betul sebelum dicatatkan ke dalam sijil kelahiran anak. Sebaik-baiknya biarlah nama yang telah dipilih itu dirasmikan atau disiytiharkan pada hari ketujuh sambil dilakukan akikah.


4. Tahnik
Letakkan sedikit isi buah kurma pada bahagian lelangit setelah bayi dilahirkan sehingga isinya menyentuh keseluruhan mulut bayi dan masuk ke dalam rongga tekaknya. Amalan ini dapat menguatkan saraf-saraf yang terdapat dalam mulut bayi.


5. Cukur rambut
Amalan cukur rambut sebaik-baiknya dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan, kemudian disunatkan pula bersedekah perak yang beratnya sama dengan timbangan rambut yang dicukur itu kepada fakir miskin jika berkemampuan.


6. Akikah
Sebagai tanda gembira, buatlah kenduri makan. Dengan majlis akikah yang dianjurkan, diharap dapat mengeratkan hubungan sesame keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga. Dalam pada itu, dua ekor kambing (anak lelaki) ataupun seekor kambing (anak perempuan) perlu diakikahkan untuk amalan ini dan dagingnya akan dibahagi-bahagikan kepada para tetamu.


7. Khatan
Masa kini, menjadi kegemaran ibu bapa mengkhatankan anak sebaik sahaja dilahirkan. Ini terutamanya bagi anak lelaki. Berkhatan dilakukan untuk menjamin kebersihan agar dapat menghindarkan penyakit yang disebabkan oleh najis yang terkumpul di bahagian zakar.

Continue Reading
1 comment
Share:

Monday, November 14, 2016

Jimatkan Duit Dapur Selepas Harga Minyak Naik


Masih panas hati dengan isu kenaikan harga minyak? Nak tak nak, anda tetap kena teruskan hidup tetapi dengan cara jimat tersendiri. Ya, membesarkan keluarga secara bajet perkara yang sukar. Mungkin ada yang tahap nak beranak ramai pun takut! Sebenarnya ini memerlukan daya kreatif dan strategi bagi memastikan kewangan teratur. Berikut adalah cara yang boleh dilakukan oleh suri rumah bagi menjimatkan wang. 

1. Satu lauk dan bawa bekal 
Masak satu lauk dan satu sayur. Tak perlu bazirkan lauk dengan sediakan menu banyak. Pastikan sediakan bekal untuk anak-anak dan suami juga. 

2. Jangan terpedaya jualan murah 
Memang lebih jimat kalau beli barang ketika jualan murah tapi anda kena fikir balik adakah barang yang dikatakan murah itu akan digunakan dalam masa terdekat atau sebaliknya. Kemudian kena semak tarikh luputnya. Risau juga, beli beria dan akhirnya masuk tong sampah. 

3. Senarai barang yang penting 
Tulis dan senaraikan barang yang mana perlu sebelum keluar membeli. Pastikan betul-betul keperluan dan bukan kehendak. Jangan sampai kedai, anda main tarik barang lain pula! 

4. Bajet stok untuk sebulan 
Kalau beli barang kedai runcit, harganya lain. Ada peluang, sila pergi beli barang dapur ketika jualan murah. Semak barang dapur yang habis dan beli untuk tempoh sebulan. Contoh beli 3 PERCUMA 1. Itu kan dah jimat! 

5. Elak beli barang ikut jenama 
Ini memang ramai yang gagal sebab kebanyakan ramai yang suka beli barang ikut brand. Konon nak kualiti tapi sebenarnya anda kena bijak memilih barang. Kadang ada barang kualitinya OK cuma mahal sebab jenama. Cuba ubah gaya hidup anda... 

6. Limitkan beli barang basah 
Nak beli barang basah kena pastikan anda betul-betul memasak. Sebab kalau beli dan sekadar simpan dalam peti, akhirnya rosak dan masuk kategori membazir. Jadi, pastikan anda betul-betul ada mood nak memasak, baru beli. 

7. Periksa semula troli barang yang dibeli 
Sebelum anda membayar barang yang dibeli, periksa semua barang yang ada. Letak semula barang itu jika tidak perlu. 

8. Tabung kecemasan bulanan 
Setiap bulan anda kena paksa diri bayar 'tol' sebagai simpanan untuk digunakan waktu-waktu kecemasan. Keluarkan sejumlah wang untuk dimasukkan dalam tabung, dan lebih elok tempat yang tak boleh dibuka langsung. 

9. Pergi beli barang tanpa bawa anak 
Jangan bawa anak tiap kali keluar beli barang dapur. Ini boleh elak dari beli barang yang tak penting. Ajar anak jimat dari awal, dan elakkan bawa anak ke kedai mainan. Lebih bagus positifkan anak dengan didik anak-anak menabung untuk dia ada simpanan sendiri. 

10. Asingkan duit dapur dari awal 
Cara ini cukup membantu kalau anda bawa duit secukupnya dari awal. Contoh anda tarik RM200 untuk beli barang dapur, kalau tak bawa duit lebih, confirm anda hanya ikut senarai yang ditulis. 

Jangan mengeluh sebab anda mampu bertindak lebih bijak untuk teruskan kehidupan. Apa yang penting anda 'bulatkan hati' dalam perbelanjaan harian demi masa depan yang lebih baik bersama keluarga. Selamat mencuba!

Sumber daripada pengarang : Nadia Mingguan Wanita

Continue Reading
No comments
Share:

10 tip Untuk Ibu Ayah Keluar Bekerja Ketika Anak-Anak Cuti Sekolah


Ledakan teknologi canggih dan penularan penggunaan internet memperlihatkan majoriti kes yang dahulunya menjadi sulit namun kini dengan mudah tersebar luas tanpa kawalan.

Kadang kes-kes yang belum sempat mendapat maklum balas daripada pihak berkuasa namun sudah dihakimi oleh ‘keypad warriors’. Sehinggakan mengganggu tugas pihak berkuasa untuk mendapatkan bukti.

Mungkin ada pro dan kontra peranan media sosial dalam menyebarkan kes-kes kehilangan mahupun kes culik kanak-kanak. Maklumat akan cepat dan masyarakat boleh tahu perkembangan yang berlaku dan jika ada yang ternampak atau melihat maka mereka akan cepat melaporkan kepada pihak berkuasa.

Ini memudahkan tugas pihak berkuasa dan kanak-kanak tersebut akan dapat diselamatkan. Tetapi dari sudut negatif, pihak penculik atau yang terbabit dengan sindiket ini sudah tahu tentang strategi dan biasanya mereka akan mengubah kepada strategi yang lain.

Namun dari pihak ibu bapa sendiri, eloklah jika mampu terapkan bab keselamatan dari awal dalam diri anak-anak. Tambah pula musim cuti sekolah bakal tiba dalam beberapa minggu lagi...


1. Kunci pintu
Sentiasa alert dengan keselamatan anak-anak. Kunci pintu, pagar dan anak-anak sentiasa dalam pengawasan.

2. Ada peneman
Yang ini memang selalu berlaku, tahu-tahu anak ghaib depan mata sebab terlalu khusyuk pilih barang! Janganlah biarkan anak-anak sendirian di luar rumah, baik ketika berada di pusat membeli belah mahupun ketika bercuti.

3. Peka dengan aktiviti anak
Sentiasa peka dan prihatin dengan langkah anak-anak dan jangan biarkan anak-anak melakukan aktiviti sendirian tanpa pengawasan.

4. Ajar bab keselamatan
Kalau anak dah faham arahan dan cerita, umur 2 tahun pun dah boleh ajar anak tentang bahaya dengan persekitaran.

5. Sediakan jadual
Menyediakan jadual yang tersusun bagi dimanfaatkan oleh anak-anak terutama ketika cuti sekolah. Jangan harapkan anak main gajet 24 jam, eloklah ibu ayah belikan buku atau permainan yang boleh asah skill.

6. Biar ada rutin
Sediakan rutin harian lengkap kepada anak-anak di rumah dari pagi hingga ibu bapa pulang dari tempat kerja. Kalau macam ini, anak mesti sibuk dengan jadualnya. Tidaklah anak keluar rumah sesuka hati, bahaya!

7. Selalu telefon
Sentiasa berhubung dengan membuat panggilan ke rumah dan bertanyakan aktiviti anak-anak di rumah.

8. Ada orang dewasa
Kalau dulu, anak-anak main basikal kampung sebelah pun tak ada masalah tetapi sekarang tak boleh biarkan. Yang main depan rumah pun boleh jadi macam-macam. Jadi pastikan ada orang dewasa berumur lebih 18 tahun yang menemani anak-anak di rumah apabila ibu bapa ke tempat kerja.

9. Bergilir dengan pasangan jaga anak
Bergilir-gilir antara suami isteri dalam mengawasi keselamatan anak-anak. Tambah kalau sama-sama keluar mencari rezeki, anda tetap kena ambil tahu hal anak-anak.

10. Hantar anak ke kem
Menghantar anak-anak ke kem-kem yang boleh membantu menambahkan ilmu selain memberi motivasi kepada anak-anak. Cara ini sedikit sebanyak suntik sikap positif dan boleh isi masa terluang anak-anak.

Sebelum terlambat, awasilah dan ajarlah anak-anak tentang keselamatan, baik sewaktu berada di luar atau di dalam rumah. Moga info ini bermanfaat buat ibu ayah. 

Sumber rujukan : Majalah Mingguan Wanita

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, November 8, 2016

Pusat Darah Negara (PDN)

Image result for pusat darah negara

Pusat Darah Negara adalah salah satu institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang berkhidmat sebagai pusat koordinasi dan rujukan perkhidmatan transfusi perubatan seluruh negara dan juga menjalankan kutipan darah bagi Wilayah Tengah seperti Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang Barat.

Pusat Darah Negara bertanggungjawab untuk menyedia dan membekalkan darah yang mencukupi, selamat dan berkualiti kepada masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan status kewangan penerima.

Image result for bomba derma darah

Manfaat menderma darah

  • Penghasilan sel darah baru oleh sumsum tulang
  • Dapat mengetahui jenis darah
  • Pemeriksaan perubatan mini
  • Vaksin Hepatitis B percuma
  • Kemudahan percuma rawatan hospital
  • Menyelamatkan tiga nyawa dengan setiap pendermaan 
Proses menderma darah
  • Pendaftaran
  • Pemeriksaan darah
  • Berat badan
  • Tekanan darah
  • Pendermaan darah
Usai menderma, seseorang disyorkan untuk berehat seketika sambil mengambil makanan ringan sebelum meninggalkan tempat menderma darah.

Semasa menderma darah, ia hanya memerlukan 350-450ml  darah iaitu 10-12% daripada jumlah darah di dalam badan kita. Isipadu darah yang didermakan bergantung kepada berat badan, tekanan darah dan faktor-faktor lain bagi memastikan kesejahteraan para penderma darah terjamin dan tiada kesan sampingan atau kejadian yang tidak diingini berlaku semasa atau selepas pendermaan.

Info:
  1. Seseorang penderma darah boleh menderma darah setiap 3 bulan sekali.
  2. Kajian di Finland dalam American Journal Of Epidemiologi mendapati penderma lelaki yang menderma sekurang-kurangnya sekali setahun mempunyai risiko 88% lebih rendah mendapat serangan jantung berbanding dengan bukan penderma.


Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia