Friday, November 27, 2015

Persediaan Hadapi Banjir

Banjir?
Banjir atau juga disebut bah merupakan bencana alam yang berlaku apabila air menenggelami kawasan yang luas. Banjir bukan saja mampu merosakkan harta benda tetapi juga turut melibatkan kehilangan nyawa. Banjir juga mampu melumpuhkan ekonomi sesebuah negara. Sehubungan dengan itu, setiap rakyat Malaysia terutamanya yang tinggal di kawasan berisiko tinggi menghadapi banjir, harus peka dan bersiap sedia menghadapi ancaman tersebut agar tindakan awal dapat diambil bagi meminimumkan kerosakan dan mengurangkan kehilangan nyawa akibat banjir.
 
Apa Yang Menyebabkan Banjir Berlaku?
1. Hujan yang berterusan
2. Proses pembandaran
3. Hakisan sungai
4. Pemusnahan hutan
5. Sistem perparitan tidak terancang
 
Apa Kesan Yang Ditinggalkan Banjir?
1. Kerosakkan fizikal- Struktur bangunan rosak akibat limpahan air dalam tempoh yang panjang dan tanah runtuh juga mungkin berlaku.
2. Pencemaran bekalan air - Air bersih sukar dicari dan timbul masalah penyakit bawaan air.
3. Kemusnahan kawasan tanaman/pertanian -bekalan makanan berkurangan
 
Apa Yang Patut Kami Buat?
Sebelum Banjir
1. Dapatkan maklumat mengenai banjir melalui pengumuman radio, televisyen dan pihak-pihak yang berkiatan seperi bilik gerakan banjir negeri atau daerah.
2. Pastikan saluran perparitan di kawasan sekitar rumah tidak tersekat.
3. Pastikan lokasi pusat pemindahan.
4. Letakkan dokumen penting dalam bekas kalis air dan simpan di tempat yang selamat.
5. Simpan bekalan makanan dan air bersih yang mencukupi.
6. Pastikan bekalan ubat mencukupi bagi yang menghadapi penyakit kronik.
7. Sediakan barang keperluan asas yang paling penting seperti susu anak, ubat-ubatan, lampu suluh, beg pakaian dan peralatan lain sebelum diarah berpindah.
8. Memastikan seluruh ahli keluarga faham mengenai implikasi banjir dan bersedia menghadapinya.
9. Meletakkan kenderaan di kawasan yang tindak pernah dinaiki air dan pastikan kenderaan tersebut berkunci.
10. Simpan nombor telefon yang penting seperti ahli keluarga, jiran, balai polis dan hospital terdekat dan bomba untuk kegunaan semasa kecemasan.
11. Letakkan haiwan peliharaan di tempat selamat kerana haiwan tidak dibenarkan untuk dibawa ke pusat pemindahan atas sebab kebersihan dan kesihatan.
12. Dapatkan insurans banjir jika berkemampuan.
 
Semasa Banjir
1. Pindah ke pusat penempatan mangsa banjir apabila diarahkan berbuat demikian dan seeloknya pindah pada siang hari dan sebelum keadaan banjir menjadi lebih teruk.
2. Jangan biarkan ahli keluarga anda terutamanya kanak-kanak bermain air di luar rumah.
3. Pindahkan peralatan rumah ke tempat yang paling tinggi di dalam rumah.
4. Pastikan dokumen penting tidak ditenggelami air dan bawa bersama sekiranya diarahkan untuk berpindah.
5. Pastikan bekalan elektrik, gas dan air ditutup semasa meninggalkan rumah.
6. Sentiasa mengikuti perkembangan keadaan banjir melalui radio dan televisyen.
7. Ikut laluan perpindahan yang diarahkan kerana laluan singkat mungkin boleh mengundang bahaya.
8. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang terjatuh
9. Elakkan keluar rumah dengan meredah banjir jika keadaan tidak mendesak.
10. Jangan minum dan menggunakan air yang tercemar untuk memasak.
 
Selepas Banjir
1. Jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan berbuat demikian.
2. Periksa keadaan rumah untuk memastikan keadaannya selamat untuk didiami.
3. Masuk ke rumah dengan berhati-hati dan pastikan anda memakai kasut.
4. Pastikan rumah anda bebas daripada binatang berbisa dan gunalah kayu untuk mengalihkan barangan yang bertaburan di lantai.
5. Periksa paip gas yang mungkin bocor.
6. Periksa bekalan elektrik yang tenggelam.
7. Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
8. Laporkan kerosakan harta benda awam kepada pihak berkuasa.
9. Buang bahan makanan yang terendam termasuk makanan dalam tin.
10. Pastikan minum air yang telah dimasak dan elakkan dari meminum air yang telah tercemar.
11. Basuh tangan dengan sabun sebelum menyentuh makanan, semasa menyediakan makanan atau memegang barang-barang yang telah dicemari air banjir.
 
Siapa Yang Patut Di Hubungi
Agensi Telefon Faks
999
Polis
Bomba
Hospital
Pertahanan Awam
999
jkm 03-2616 5600 03-2694 9395
majlis-keselamatan-negara
03-8888 2010
03-8888 2014
(24 jam)
03-8888 3022
met-malaysia 03-79678000 03-79550964
jps
03-4289 5506
03-4256 3735
kjr 03-2696 7727 03-2694 7550
 
 
Diterbitkan Oleh
Jabatan Penerangan Malaysia
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan
Laman Web : www.penerangan.gov.my
Portal :http://pmr.penerangan.gov.my
R 018 (BM) Disember 2011 (050)
Qualiti System : MS ISO 9001 : 2008
Direka bentuk dan dicetak oleh Digital Perspektif Sdn. Bhd

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...