Thursday, November 5, 2015

Faktor-faktor kegagalan pengucapan awam

Image result for public speech
  • Gelabah atau takut, peluh luar biasa di dahi dan telapak tangan, bibir kering dan berbuih, kerap buang air kecil, suara tersekat-sekat, serba tak kena dan kelam kabut, emosi tidak stabil, tidak bersedia, tidak dimaklumkan awal, terpaksa dan dipaksa.
  • Sebutan tidak jelas, gagap yang bukannya semulajadi. Akal tidak bekerja ketika mendengar pendapat atau soalan, gagal gunakan kelajuan berfikir atau fikiran tertutup, mati akal atau hilang punca.
  • Gagal menolak gangguan dalaman dan luaran, terlalu merendah diri, gagal bertindak dari maklumbalas bukan lisan audiens dan takut memandang audiens.
  • Tidak menjiwai atau memahami audiens, persembahan yang tidak menarik, bersifat negatif dengan air muka yang tidak menyenangkan.
  • Ayat yang tidak tepat atau tidak tersusun kerana tiadanya persiapan awal dan kurangnya latihan.
  • Monotone - nada suara yang sama sepanjang masa, dan kedengaran takut serta tajuk yang membosankan, gagal menarik minat dan jenaka yang tidak kena pada tempatnya.
  • Tiada maklumbalas dan audiens tidak aktif, penceramah bercakap seorang diri atau mungkin syok sendiri.
  • Penggunaan bahasa yang tidak tepat, bahasa rojak, dialek atau loghat, bahasa tinggi dan tidak sesuai dengan audiens.
  • Memperkatakan perkara yang tidak benar, isu melompat-lompat dan tidak disusun ikut turutan (audiens susah faham).

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...