Monday, November 16, 2015

Ada Alat Permainan Kanak-Kanak Gugat Keselamatan


AWAS! ADA ALAT PERMAINAN GUGAT KESELAMATAN
Pemilihan alat permainan tidak harus dipandang ringan. Walaupun alat permainan sepatutnya menyeronok dan menghiburkan, tidak semua dimainkan sebagaimana tujuan alat mainan itu dicipta.
Kanak-kanak belajar mengendalikan sesuatu objek dan meneka fungsinya sedari kecil. Ini antara sebab mengapa keselamatan dan kesesuaian alat permainan itu penting. Pilihan alat permainan harus sesuai umur kanak-kanak juga tingkat perkembangan dan bakat mereka. Keadaan fizikal, sosial dan pendidikannya juga harus diambil kira dalam hal ini.



Kemalangan ketika bermain alat mainan sering disebabkan tiga punca utama:
  • Penyalahgunaan, seperti apabila blok kayu dilontarkan kepada seseorang.
  • Tidak sesuai, seperti apabila set bahan kimia diberikan kepada anak berusia enam tahun atau guli diberikan kepada anak berusia tiga tahun.
  • Barangan tidak selamat iaitu mainan kayu yang berselumbar atau anak patung yang pinnya terkeluar.
  • Dengan mengetahui bagaimana kemalangan berlaku, ibu bapa boleh membantu mengelak kemalangan dengan memilih alat permainan yang dapat menjauhkan kanak-kanak daripada ditimpa kemalangan.
  • Beg plastik yang selalu ditinggalkan berselerak di merata rumah dan sering dianggap tidak mendatangkan masalah, boleh melemaskan kanak-kanak jika mereka menyarungnya pada kepala dan muka.
  • Ibu bapa harus menilai barang mainan yang dibeli untuk anak-anak. Alat permainan adalah kemestian dan kanak-kanak banyak belajar melaluinya tetapi ia tidak perlu menggugat keselamatan dan kesihatan mereka.
Panduan membeli barang mainan
  • Alat mainan kecil yang senang ditelan atau disedut melalui hidung tidak sesuai bayi atau kanak-kanak prasekolah.
  • Pastikan setiap bahagian alat mainan dipasang sempurna. Contohnya, tayar kereta mainan atau kapal terbang dan juga mata anak patung dan butang anak patung yang senang dicabut. Kanak-kanak gemar memasukkan benda-benda ini ke dalam mulut. Sebarang bahagian tertonjol harus tumpul dan tidak boleh mencederakan.
  • Alat mainan sepatutnya tidak boleh pecah meninggalkan kesan tajam atau selumbar. Begitu juga barangan plastik yang boleh dilentur.
  • Pastikan tiada pin atau dawai kokot terlekat pada alat mainan terutama anak patung.
  • Permainan stuffed toys harus menggunakan bahan bahan yang tidak mendatangkan alahan atau alergi. Pastikan alat permainan tidak menggunaka cat bertoksid.
  • Alat permainan sepatutnya boleh dicuci untuk memastikan ia tidak terlalu kotor dan mengumpul kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.
  • Berhati-hati dengan alat perhiasan kanak-kanak yang senang pecah dan mudah ditelan.
  • Pastikan tali yang diikat pada alat mainan tidak melebihi 30 sentimeter panjang. Tali yang melebihi ukuran ini boleh menyebabkan kanak-kanak terbelit leher mereka dengan mudah.
http://www.smartgeneration.com.my/index.php/halaman_pengguna/init/1/5

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...