MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, March 29, 2013

Tips Untuk Menghadapi Temuduga


Melalui tulisan ringkas ini, saya akan cuba mencoretkan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh seseorang calon temuduga. Sudah pasti bukan semua aspek sempat untuk saya coretkan, terutamanya saya bukanlah seorang pakar bab pengurusan dan temuduga. Namun masih boleh berkongsi pengalaman.

Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang.

SOALAN BIASA

Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-

“PLEASE INTRODUCE YOURSELF” ATAU “SILA PERKENALKAN DIRI ANDA”

Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.
Jawapan calon bagaimana?

“SAYA BERASAL DARI KAMPUNG SEKIAN, SEKIAN..ADIK BERADIK 11 ORANG, SAYA ANAK YANG SULONG, IBU BAPA SAYA BEKERJA ITU DAN INI”

“SAYA SEKOLAH TADIKA DI…, “

“SAYA SUDAH BERKAHWIN DAH PUNYAI ….ANAK”

Bagi saya, jika calon menjawab seperti jawapan di atas, ia adalah suatu kekurangan pada minda calon dan ‘disadvantages’ buat calon tersebut. Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.

Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-
  • Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.
  • Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)
  • Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.
Saya kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan salasilah keluarga, nama emak, nama datuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.

Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.

TAHAP SATU
Selapas soalan pertama, panel biasanyaakan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-

Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yang diambil calon di Universiti dan akan mengutarakan soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang diminta.

Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank.

Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh Muamalat yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid Fiqh dan lain-lain yang berkaitan.

Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.

Tatkala itu, calon mestilah bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza. Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan kelulusannya), dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.

Maka calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain.

Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.

Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.

Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan pastinya banyak membantu, Kenalan saya pernah memberitahu bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan yang baik dalam soalan ini. Malah hingga ada yang mengatakan :

“TAK PELAH, JIKA TAK DAPAT JAWATAN NI PUN SAYA TAK LA KISAH SANGAT PUN SEBENARNYA”

Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.

Mengapa kerap menukar kerja?
Soalan ini amat relevan dan penting bagi panel iaitu dalam situasi anda pernah bekerja di pelbagai syarikat dan organisasi sebelum ini, atau kata lainnya, ‘melompat-lompat’.

Mereka pasti akan bertanya sebab-musabab banyak melompat, malah sebahagian Managing Director dalam sektor ‘Oil & Gas’ pernah berkata kepada saya :

“SEMUA CALON YANG DILIHAT BANYAK MELOMPAT DARI SYARIKAT KE SYARIKAT DALAM TEMPOH KURANG SETAHUN ATAU DUA TAHUN, AWAL-AWAL KAMI DAH REJECT”

Lihat, malah dalam kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai tahap kesetiaan anda dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda melakukan demikian kepada syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit perlu anda sediakan.

Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu yang kerap melompat sebagai :-
  • Tidak setia kepada satu-satu organsasi.
  • Gila pangkat.
  • Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.
  • Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-lompat.
  • Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.
  • Kurang kemahiran interpersonel.
TAHAP KEDUA
Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus :-
  • Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
  • Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap
  • Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
  • Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
  • Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.
Ini adalah antara fokus utama seorang panel. Namun, jika jawatan yang dipohon adalah sebagai eksekutif sahaja. Biasanya panel akan bersifat lebih toleransi kerana jawatan eksekutif adalah satu jawatan yang masih dikira kecil di dalam sebuah organisasi dan syarikat. Justeru, tahap ilmu dan kemahiran tidaklah menuntut satu tahap yang tinggi.

Bagaimanapun, sesiapa yang mampu menunjukkan tahap kemahiran dan ilmu dengan cemerlang sudah tentu lebih baik.

Bagaimanapun point 2,3,4 dan 5 masih amat penting buat calon, walaupun hanya bagi jawatan eksekutif. Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan graduan kita dalam hal ini. Antaranya :-
  • Tidak yakin dengan jawapan. Ada dua jenis soalan dalam temuduga, yang pertama soalan fakta dan yang kedua soalan bukan fakta.
  • Bagi soalan yang memerlukan fakta tepat, jika calon tidak mampu menjawab, mereka masih perlu menunjukkan keupayaan untuk merujuk kepada sumber-sumber tertentu.
  • Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas bukan fakta; keyakinan amat penting. Keyakinan itu perlu dizahirkan melalui cara dan intonasi bercakap, memek muka dan sedikit pergerakan tangan.
  • Ini tidak, bila ada yang tidak boleh jawab soalan fakta, mulalah terganggu pemikirannya sehingga semua jawapan selepas itu tidak yakin. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya,
“ANDA SEBENARNYA TIDAK LAYAK DAN BELUM BERSEDIA UNTUK JAWATAN INI”
  • Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang. Ini adalah aspek penting dalam sebuah temuduga, calon mesti menunjukkan minat untuk menyumbang dan mempelajari jika diterima sebagai eksekutif, tunjukkan minat dan keghairahan untuk belajar, dan bukannya sekadar “InshaAllah” dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak bermotivasi.
Kebanyakkan panel temuduga ingin melihat bakat calon untuk diperkembangkan kelak. Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang punyai pengalaman 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah kesediaan dan pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang berbakat.

Merendah diri. 
Benar, merendah diri adalah satu sifat yang terpuji dalam Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri. Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan ‘over’ tetapi cukup sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk jawatanyang dipohon.

Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan. 
Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga. Ia mudah menganggu debaran hati dan jantung anda. Bayangkan anda sedang berbincang dengan guru sahaja.

Bagi sektor swasta, kemampuan calon menunjukkan ketenangannya dan relaksnya dalam temuduga mampu memberi kredit kepada calon. Ia membuktikan calon adalah orang yang boleh menanggung beban dan stress kerja swasta yang biasanya sibuk dan tertekan.

TAHAP AKHIR
Sebagai ringkasan dalam tulisan ini, panel akan melihat kepada gaji semasa anda, dan gaji yang dipohon. Ini sebenarnya adalah satu proses ujian kematangan yang hebat. Calon mesti berhati-hati agar tidak dihentam dan ditertawakan.

Justeru, ‘expected salary’ mestilah melihat kepada ‘salary scale’ di dalam pasaran dan gaji calon sekarang. Untuk itu, calon mesti membuat kajian tahap gaji seorang eksekutif di bidang perbankan sebagai contoh. Atau sector pendidikan dan lain-lain. Jangan membuka kelemahan diri dengan memohon gaji seorang pengurus atau gaji seorang pekerja kilang sahaja.

Jangan letak terlalu tinggi dan jangan tersilap minta terlalu rendah berbanding kelulusan anda.

Jika anda seorang yang cemerlang dan punyai sarjana yang specifik dalam jawatan dan bidang tugas yang dipohon, lihat pula sektor apa, jika dalam sektor perbankan Islam sebagai contoh, jangan letak kurang dari RM 3000 sebulan.

Jika calon meletakkan bawah dari RM 3000 dengan kreteria yang disebut di atas, ia menunjukkan calon kurang mengkaji dan kurang matang dalam sektor pekerjaan.

Jika calon punyai pengalaman 2 tahun, jangan pula letak gaji dipohon sebanyak RM 6000. Sudah tentu akan ditertawakan oleh panel, jika tidak di hadapan calon, dibelakang sudah tentu agaknya.

Sebenarnya banyak aspek yang perlu dilihat dalam meletakkan gaji yang dijangka. Termasuk aspek :-
  • Saiz Syarikat : Syarikat besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa. Semuanya punyai ‘scale’ yang berbeza.
  • Jenis sektor : Kejuruteraan, Perbankan dan Kewangan, Pendidikan, Konsultan dan lain-lain. Ini juga banyak berbeza.
  • Jenis Kemahiran : jenis kemahiran khas atau biasa. Kemahiran yang mudah dijumpai di pasaran adalah lebih murah dan yang sukar. Sebagai contoh ; calon yang punyai kemahiran Fiqh Mualamat dan Perbankan Islam amat sukar ditemui dalam pasaran, hasilnya calon yang punyai pengalaman boleh meletakkan permohonan sedikit tinggi.
  • Jenis Jawatan : Ia amat banyak mempengaruhi gaji jangkaan. Termasuklah nama jawatan, iaitu eksekutif, Eksekutif Kanan, Pengurus, Pengurus Kanan dan lain-lain. Juga dari aspek, jawatan tetap, kontrak atau separuh masa. Semua mempunyai scale masing-masing.
Justeru, calon perlu merujuk kepada mereka yag berpengalaman untuk menentukan gaji jangkaan. Jangkaan yang tepat pula pastinya akan ditanya oleh panel,

“MENGAPA ANDA LAYAK DENGAN GAJI SEBANYAK INI?”

Jawapan perlu disediakan dari awal. Elok juga disebutkan kepada panel bahawa ia terbuka untuk perbincangan. Tatkala itu, panel akan bertanya lagi;

“BERAPA MINIMUM YANG ANDA BOLEH AGAKNYA?”

Sekali lagi anda perlu menyiapkan jawapan dari awal.
Oleh kerana biasanya soalan ini di akhir temuduga, calon juga boleh menilai serba siedikit prestasinya dan respon panel temuduga dalam meletakkan aras minimum gaji yang dijangka. Jika panel kelihatan menyukai anda dan anda juga kelihatan ‘performed’ dalam temuduga, bolehlah anda nilaikan gaji minimum yang sedikit tinggi. Demikian sebaliknya.

SOALAN PENUTUP
Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:

“DO YOU HAVE ANY QUESTION?” ATAU ” SAUDARA/SAUDARI ADA APA-APA SOALAN?”

Kebanyakan calon akan mengatakan ‘Tiada soalan”

Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat.
Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta. Justeru lebih baik anda bertanya, pastikan pertanyaan adalah standard dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun, jika calon terlalu tidak ‘performed’ di peringkat awal temuduga, soalan-soalan besar ini mungkin tidak perlu kerana akan membosankan panel.
Sumber: zaharuddin.net

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, March 28, 2013

Tips Apabila Membuat Pinjaman Kewangan


Sebelum anda membuat pinjaman, anda perlu mempertimbang perkara-perkara berikut :
  • Semasa membuat permohonan pinjaman, tanyakan dahulu kepada diri anda, apakah tujuan pinjaman tersebut dan tentukan sama ada anda mampu untuk membuat bayaran ansuran bulanan.
  • Jangan sesekali membuat pinjaman daripada peminjam wang yang tidak berlesen. 
  • Waspada terhadap syarat dan terma pinjaman yang diambil. 
  • Biasakan diri bertanya tentang kadar faedah efektif yang dikenakan bagi pinjaman sewa beli dan kadar tetap pinjaman berjangka. 
  • Jumlah bayaran bulanan bagi semua pinjaman dan hutang kad kredit tidak boleh melebihi satu pertiga daripada gaji bersih anda. 
  • Jangan terpedaya dengan penggunaan kad kredit dan kad caj sebagai wang 'percuma'. 
  • Membayar hanya bayaran minimum bil kad kredit menyebabkan hutang bertambah besar kerana kesan kompaun. 
  • Berusaha untuk menjadi pembayar balik pinjaman yang baik agar mendapat laporan kredit yang positif. 
Tanda-tanda yang menunjukkan anda menghadapi masalah kewangan :
  • Jika anda tidak dapat mengawal perbelanjaan - iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan.
  • Jika hutang melebihi jumlah yang boleh anda uruskan. 
  • Anda hanya mampu membayar 5% setiap bulan bagi penyata kad kredit. 
  • Anda tidak mempunyai tabungan untuk menghadapi kecemasan peribadi atau keluarga. 
  • Anda kerap menerima panggilan daripada pemungut hutang. 
  • Anda menerima surat saman tuntutan hutang. 
Sekiranya anda menghadapi masalah seperti yang dinyatakan di atas, segeralah mendapatkan pertolongan dan nasihat kewangan daripada kaunselor kewangan yang profesional.

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, March 27, 2013

Sudut Deko : Permaidani Nan Selesa


Hamparan permaidani hadirkan keselesaan di kediaman anda.

Apa yang penting, jangan sesekali amalkan sikap ambil mudah akan peri penting pemilihannya sebelum membuat pembelian. Terutamanya bagi mengelakkan anda daripada membeli permaidani yang mahal harganya, tetapi tidak berkualiti dan tidak tahan lama.
 
1. Tinjauan awal Memandangkan harga permaidani biasanya dijual pada harga yang berbeza-beza. Lakukan pemerhatian sekurangkurangnya beberapa buah kedai dan buatlah perbandingan untuk pilihan yang terbaik. Tidak mustahil untuk anda mendapat tawaran harga menarik bagi permaidani yang berkualiti.
 
2. Harga Harga permaidani ditentukan oleh kepadatan dan jenis gentian, kaedah pengeluaran dan fungsi keseluruhan permaidani tersebut. Kenali permaidani yang memiliki ciri-ciri tersebut dalam memastikan ia berbaloi dengan harga yang dibayar.
 
3. Gred Gred sebenarnya mempengaruhi ketahanan permaidani anda. Dalam memastikan ketahanannya berterusan, elakkan daripada mengenakan kemasan permaidani yang tidak tahan lasak di tempat yang kerap digunakan. Perancangan dalam sistem peletakannya juga penting sebagai contoh penggunaan permaidani sederhana untuk bilik tidur dan permaidani yang tahan lasak diletakkan di anak tangga atau laluan masuk utama.
 
4. Tindanan Ketahanan hamparan permaidani turut ditentukan oleh kepadatan dan berat tindanan bulu atau sintetiknya. Tindanan pendek kebiasaannya terdapat pada permaidani untuk kegunaan lasak.
 
5. Pelapik Belakang Permaidani biasanya dilapik sama ada dengan bahan tenunan atau getah nipis. Bahagian belakang permaidani yang ditenun menunjukkan cara kerja pembuat yang lebih profesional, manakala lapik belakang bergetah atau berspan merupakan hasil kerja amatur.
 
6. Pilih Bahan Semula Jadi Bahan semula jadi ini terdiri daripada bulu biri-biri atau campuran dengan sintetik seperti nilon.
 
8. Permaidani Tenunan Bulu biri-biri adalah yang termahal, tetapi menampilkan kemewahan sejati. Bagaimanapun, ia tetap akan dicampurkan dengan bahan sintetik seperti nilon dengan nisbah 80:20 demi ketahanannya.
 
9. Jenis Material Bahan sintetik nilon sangat tahan lama dan nilon yang berkualiti akan menyebabkan harga permaidani menjadi mahal. Akrilik hampir menyerupai tenunan bulu biri-biri, tetapi sukar dibersihkan. Poliester agak murah dan biasanya digunakan untuk menghasilkan permaidani kesat. Rayon lebih murah, namun kurang berkualiti. Jika anda mencari permaidani murah dengan bahan campuran sintetik, pilihlah permaidani yang menggunakan polypropylene. Ia tahan lama dan tidak serap air.
 
10. Elak Bentang Di Lantai Lembap Seperti yang kita ketahui, fabrik dan air sememangnya tidak sekufu. Elak daripada membentangkannya di kawasan yang lembap jika ingin permaidani anda tahan lebih lama.

Continue Reading
No comments
Share:

Tuesday, March 26, 2013

Sudut ICT : Tanda-Tanda Komputer Anda Diserang Virus




Hard Disk

  • Hard disk mengambil masa yang lama untuk boot.
  • Terdapat fail yang tiba-tiba sahaja tidak boleh digunakan.
  • Terdapat bad sector.
  • Terdapat directory atau fail baru yang dicipta tanpa pengetahuan anda.
  • Jumlah saiz fail berubah.


Komputer

  • Terdapat mesej yang dipaparkan pada skrin.
  • Speaker memainkan muzik yang anda tidak tahu puncanya.
  • Terdapat perkara pelik seperti fail tidak boleh di save, huruf pada skrin jatuh, terdapat bola pingpong melantun pada skrin, pencetak mencetak mesej yang tidak diketahui dan sebagainya.
  • Pertambahan macro pada fail-fail word, excel dan sebagainya tanpa pengetahuan anda.

Continue Reading
No comments
Share:

Monday, March 25, 2013

Tips Penjagaan Aksesori Mutiara


Mutiara pernah digelar sebagai 'Queen of Gems' iaitu ratu kepada permata-permata berikutan sejarahnya yang pernah menjadi permata paling mahal di dunia. Terdapat dua jenis mutiara dijual di pasaran iaitu mutiara air laut dan mutiara air tawar. Kebiasaannya, mutiara air laut adalah lebih mahal, lebih cantik dan menjadi tarikan oleh pembeli. Mutiara mempunyai bentuk yang unik serta kilauannya yang tahan lama jika penjagaannya adalah betul.  
  • Elakkan daripada terkena minyak wangi, sabun, krim badan mahupun bahan peluntur. 
  • Elakkan mutiara daripada terkena peluh kerana ia boleh memberi tindak balas kimia terhadap warnanya. 
  • Kerap membersihkannya dengan kain lembut. 
  • Simpan di tempat yang kering dan gunakan kain lembut untuk membalutnya sebelum disimpan. 
  • Usah simpan di tempat yang suhunya cepat lembap atau dalam tempat kedap seperti plastik kerana ia boleh memudarkan warnanya. 
  • Elakkan daripada memakai aksesori mutiara ketika melakukan sebarang aktiviti lasak.

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, March 22, 2013

Anak Meragam Ke Sekolah


Siapa yang tidak pening kepala apabila si kecil buat perangai pagi-pagi buta. Sudahlah liat hendak bangun pagi, menangis pula tidak mahu ke sekolah. Papa dan mama pula perlu bergegas ke pejabat kerana ada mesyuarat penting. Diharap panduan berikut dapat membantu mengatasi masalah tersebut.

Mungkin kalau di awal persekolahan, situasi kanak-kanak prasekolah meragam enggan ke sekolah adalah perkara normal dialami semua ibu bapa. Tetapi kalau sudah masuk usia berminggu bahkan berbulan persekolahan, anak-anak masih ada yang meragam, siasatan perlu dilakukan.
 
Sebelum membuat penyelesaian, kita perlu mencari punca terjadinya masalah tersebut. Apa masalah si kecil sehingga tidak mahu ke sekolah. Sedangkan sebelum ini dia yang beria-ria tidak sabar melangkah ke alam persekolahan.
 
Sebenarnya kita kena faham mengapa anak tidak mahu ke sekolah. Anak-anak juga sama seperti kita. Cuba letakkan diri kita di satu tempat asing tanpa kita kenali sesiapa di sana, tentu mati kutu kan? Begitulah juga anak-anak. Rasa terancam, tidak selamat dan tidak mahu berpisah
dengan ibu bapa adalah perkara biasa. Antara punca biasa yang dialami anak-anak sehingga menyebabkan dia enggan ke sekolah adalah berikut:
  • Cikgu yang terlalu garang dan bengis.
  • Kawan-kawan yang suka ambil kesempatan atau membuli.
  • Persekitaran sekolah yang tidak selesa.
  • Anak ketinggalan dalam pelajaran.
  • Anak tidak dapat apa yang dia kehendaki.
  • Anak tidak mempunyai kawan.
Sebaiknya ibu bapa sebagai orang paling rapat dengan anak hendaklah bijak menangani masalah ini. Usah terlalu lembut hati mengikut sahaja kerenah mereka, ketegasan dalam kelembutan perlu ada. Bertindak bijak tangani masalah adalah lebih baik daripada menjadikan ia masalah dan terus menganggap ia masalah.
 
Panduan tangani anak enggan ke sekolah:
  1. Pujuk anak dan cungkil apa masalah sebenarnya. Selidik perkara ini ketika moodnya baik. Dalam masa yang sama cuba nasihat dan bercakap dalam nada lembut dengannya tentang kebaikan pergi ke sekolah.
  2. Kenalkan anak dengan guru. Wujudkan rasa selesa dan selamat dengan guru mereka. Jika ada masalah berjumpa dan berbincang dengan guru tentang masalah anak di sekolah. Mungkin boleh meminta bantuan guru untuk memujuknya (menerusi telefon) dengan mengatakan “Cikgu rindulah dengan Aifa, datanglah sekolah. Macam-macam boleh belajar.”
  3. Kenalkan dia dengan kawan yang boleh dia bermain dan bergantung harap. Jika ada kawan, mereka akan rasa selamat berada di tempat yang begitu asing kepada mereka.
  4. Pemilihan sekolah dengan persekitaran menarik, ceria dan guru yang bagus amat penting sebenarnya. Kadang kala anak-anak ni bukan sengaja tidak mahu ke sekolah tetapi faktor murid lain yang mungkin pembuli, nakal, mengusik, kelas yang hambar, cikgu yang garang dan menakutkan kanak-kanak membuatkan mereka kecut perut dan berasa tidak selamat berada di sekolah.
  5. Ceriakan waktu anak bersiap hendak ke sekolah. Ibu bapa janganlah cepat hilang sabar apabila anak kecil sukar bangun pagi. Bersabar dan jangan terus memarahinya kerana ini akan membuatkan mereka sedih dan tidak seronok untuk ke sekolah.
  6. Tidak perlu kita marah atau pukul anak-anak yang masih mentah ini. Kalau perlu dijanjikan hadiah supaya mereka ke sekolah, pujuklah dengan cara itu dan hadiahnya adalah benda yang bermanfaat seperti buku cerita atau buku lukisan. Bukan permainan atau gula-gula. Mereka adalah anak kecil yang suka menerima ganjaran.
  7. Masuk ke bilik anak, peluk dan ciumnya serta bisikkan kata-kata harapan bahawa papa dan mama mahu dia ke sekolah dengan riang dan ceria tanpa tangisan lagi.
  8. Bacakan Surah Taha ayat 1-5 dan hembus di ubun-ubunnya.
  9. Bacakan ayat Nabi Daud a.s yang bermaksud “Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Engkau melembutkan Daud (akan) besi"
  10. Lakukan solat hajat dan mohonlah agar ALLAH SWT permudahkan urusan seharian kita seperti yang diharapkan. Sesungguhnya doa itu senjata seorang mukmin.
Semoga usaha yang dilakukan mampu menangani masalah anak-anak kecil enggan atau meragam tatkala hendak ke sekolah.

Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, March 21, 2013

Anak Kemaruk Televisyen & Gajet


Setujukah anda sekiranya dikatakan kebanyakan ibu bapa masa kini gemar menyerahkan urusan ‘penjagaan’ anak kecil mereka kepada televisyen atau komputer tablet. Ia bagaikan memberi magis kepada papa dan mama dalam usaha memujuk anak-anak yang meragam.
 
Gajet tersebut mampu membuatkan si manja duduk diam dan tidak mengganggu urusan ibu bapa sama ada ketika di rumah atau di luar rumah. Selain daripada itu alasan mendidik anak-anak menggunakan medium teknologi tersebut turut menjadi faktor utama.
 
Namun, benarkah gajet boleh mendidik anak-anak? Apakah kesannya sekiranya anak kecil yang masih memerlukan bimbingan dibiarkan menonton televisyen sehingga lewat malam ataupun bermain permainan komputer tanpa batasan.
 
Malahan ada ibu bapa yang berasa bangga dengan kebolehan si anak membuat carian di youtube tanpa pantauan mereka. Kononnya anak yang masih berusia bawah enam tahun itu sudah terlalu bijak! Hakikatnya mereka tidak perasan ada kesan buruk di sebalik ‘pencapaian’ tersebut. Bayangkan jika si kecil terjumpa gambar atau video yang tidak sepatutnya dalam carian mereka. Boleh pengsan ibu bapa dibuatnya.
 
Sebenarnya tiada bukti saintifik boleh menyokong pendapat mengatakan kononnya menonton rancangan kartun atau bermain permainan video mampu membantu perkembangan minda anak-anak.Mungkin ada program yang ditonton dapat memberi kesan positif tetapi biasanya kanak-kanak tidak gemar menonton program sedemikian. Justeru, sebenarnya lebih banyak keburukan daripada kebaikan

Televisyen atau komputer tablet adalah komunikasi satu hala. Walaupun mungkin ada perkataan baru yang dipelajari namun ia tidak sama dengan ‘bercakap’ dan berkomunikasi. Anak-anak yang membesar memerlukan kehadiran ‘orang’, berkomunikasi dengan ‘orang’ bukan imej di kaca televisyen dan komputer tablet.
 
KESAN BURUK
Bukan bermakna papa dan mama langsung tidak boleh mendedahkan teknologi gajet kepada anak-anak tetapi janganlah sampai melampau. Apa pun yang kita beri kepada anak-anak perlu ada batasan dan kawalan.
 
Membiarkan anak-anak kecil terdedah kepada televisyen terlalu lama boleh menjadikan mereka tidak keruan. Emosi mereka turun naik akibat menonton sesuatu cerita. Jika tidak diberi rehat dengan aktviti bermain yang aktif, boleh menyebabkan mereka menjadi lembab, malas atau perangai tidak keruan. Jika kita perhatikan keadaan anak-anak yang sedang menonton televisyen atau komputer tablet, posisi mereka seperti anak patung yang tidak bergerak-gerak. Mereka tekun dan fokus dengan apa yang ditonton atau dimainkan.
 
Sebenarnya ia bukan menjadikan mereka seorang yang fokus sebaliknya mengurangkan daya konsentrasi akibat gambar yang sering bertukar setiap beberapa saat. Cuba suruh mereka berhenti daripada menonton, kita akan mendapati kanak-kanak ini hilang fokus dan tidak boleh duduk diam. Jika disuruh membaca, mereka berupaya untuk bertahan seketika sahaja. Ia menyukarkan mereka menumpukan perhatian kepada sesuatu pembelajaran.
 
Selain daripada itu televisyen turut menyekat kanak-kanak menggunakan ‘otak’ mereka untuk berimaginasi. Ini amat berbeza dengan aktiviti membaca buku. Tatkala membaca, imaginasi mereka melayang jauh dan selama mana yang mungkin- tiada had tertentu, dan inilah yang kita mahukan. Ini kerana kanak-kanak dan ada daya berimaginasi tinggi akan merangsang perkembangan minda mereka lebih positif dan kreatif. Malah ada kajian menunjukan bahawa terlalu banyak menonton televisyen menyebabkan prestasi akademik anak-anak merosot. Maka disarankan lebih baik papa dan mama menghabiskan masa berbual dan bermain dengan anak-anak daripada membiarkan mereka menonton televisyen ataupun bermain tablet.
 
CARA KAWAL
Membiarkan si kecil menonton drama-drama yang kadang kala mempunyai mesej tidak baik boleh mempengaruhi mereka dan kemudiannya meniru aksi tersebut. Oleh itu ibu bapa perlu ambil masa dan meninjau serta memantau lalu memastikan rancangan mana yang menimbulkan kesan baik dan yang mana tidak kepada anak-anak.
 
Bagaimanapun tidak semestinya rancangan itu baik, kita biarkan anak-anak kecil menontonnya terlalu lama kerana akibat lain mungkin timbul pula, misalnya kesan buruk kepada mata.
 
Bagaimana cara menangani masalah anak suka menonton televisyen atau tablet?
  • Disiplinkan anak-anak etika menonton televisyen atau bermain tablet.
  • Pilih program yang beri kesan positif kepada anak-anak sahaja.
  • Lakukan jadual dan pastikan dia mengikut jadual itu. Ada masa bermain aktif, ada masa melukis, ada masa bercerita dan membaca buku, ada masa menonton televisyen atau bermain komputer.
  • Selepas menonton wujudkan masa untuk dia bercerita apa yang dia tontoni agar membantu perkembangannya. Misalnya dengan menonton program pendidikan, anak dapat kaitkan dengan kehidupan seharian. Bukankah ia satu pembelajaran!
Kesimpulannya, bukan semuanya buruk dan bukan semuanya baik. Televisyen atau komputer adalah alat yang menjadi berfaedah jika kita bijak menggunakannya.

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, March 20, 2013

Jualan Buku @ But Kereta



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia, 

Marilah kita sama-sama ke Car Book Sale Sabtu ini di Perpustakaan Negara Malaysia...pelbagai buku dan program telah disediakan menanti kedatangan anda...terima kasih.

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, March 15, 2013

Pertandingan Mencipta Kata-Kata Minda Kreatif

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Cawangan Pentadbiran akan menganjurkan Pertandingan Mencipta Kata-Kata Minda Kreatif yang bertemakan "Prestasi Tinggi". Pertandingan ini dibuka kepada semua warga Ibu Pejabat JBPM dan Wilayah Persekutuan Putrajaya yang akan bermula mulai 18 Mac 2013 sehingga tarikh tutup 29 Mac 2013. 

Penyertaan hendaklah asli dan menggunakan olahan idea sendiri. Kata-kata minda kreatif berbentuk slogan atau falsafah seperti "Selagi Hidup Teruskan Berbakti Walau Tidak Dipuji", "Prestasi Tak Dapat Diraih Tanpa Semangat.

Pemenang pertandingan ini akan menerima hadiah dan sijil penyertaan dan pemenang olahan kata minda dipamerkan di ruang yang sesuai di Ibu Pejabat JBPM. Borang penyertaan boleh didapati di perpustakaan, melalui edaran bahagian serta boleh memuat turun daripada blog ini.

Borang Pertandingan Mencipta Kata-Kata Minda Kreatif - Sila Klik Di Link Ini

Sekian, terima kasih.

"Ilmu Pemangkin Kejayaan"

Yang menjalankan tugas,

(JAMILAH BINTI SAILILLAH)
Ketua Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi
Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan,
Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Continue Reading
No comments
Share:

Akses PERCUMA Pangkalan Data Atas Talian (Online Databases)

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Sukacita dimaklumkan bahawa Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sentiasa berusaha untuk menyediakan bahan-bahan bacaan yang berkualiti kepada pengguna perpustakaan. Bagi mencapai hasrat itu, PNM telah mengambil inisiatif dengan melanggan pangkalan data atas talian (online databases) dan PNM menawarkan akses percuma kepada semua kakitangan dan pengguna perpustakaan jabatan kerajaan. 

Selaras dengan kemajuan prasarana ICT semasa, kesemua pangkalan data ini juga boleh diakses dengan peranti mudah alih seperti komputer riba, tablet dan telefon pintar (smart phones). Pangkalan data atas talian ini juga telah disediakan di dalam blog ini dan sila lihat di kotak sebelah. 

Sekian, terima kasih.

"Ilmu Pemangkin Kejayaan"

Yang menjalankan tugas,

(JAMILAH BINTI SAILILLAH)
Ketua Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi,
Cawangan Pentadbiran, Bahagian Pengurusan,
Ibu Pejabat, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia.

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, March 8, 2013

Tip Seronok Belajar Dalam Kelas


Tip Belajar
Tip Belajar

Oleh:Editorial E-Baca


 
Mempunyai matlamat yang jelas
Daripada penelitian yang abang lakukan, kebanyakan pelajar yang cepat berasa bosan belajar di dalam kelas disebabkan mereka tidak tahu apa yang mereka mahu capai. Kesannya, mereka belajar seperti ‘melepas batuk di tangga’. Mulai sekarang, katakan pada diri sendiri, ‘Dengan izin Tuhan, saya yakin dan percaya 5A dalam peperiksaan UPSR pasti menjadi milik saya. Saya nampak slip keputusan peperiksaan yang bakal saya peroleh tercatat semua A.” 
 
Berkenalan dengan rakan-rakan sekelas
Tanamkan dalam diri adik-adik bahawa rakan-rakan sekelas adalah seperti adik beradik sendiri. Oleh itu, berkenal-kenalanlah dengan rakan-rakan sekelas. Dengan cara ini, perasaan saling mempercayai akan timbul dan akan mewujudkan persaingan yang sihat untuk berjaya.
 
Membina hubungan yang baik dengan guru
Guru merupakan individu yang bertanggungjawab untuk membimbing adik-adik belajar. Oleh itu, binalah hubungan yang baik dengan guru agar segala ilmu yang dicurahkan diberkati. Seterusnya, menggapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan. 
 
Menjadi pendengar yang baik
Salah satu kemahiran belajar di dalam kelas yang perlu adik-adik kuasai ialah kemahiran mendengar. Dengan menjadi pendengar yang baik, adik-adik dapat memahami pelajaran yang guru sampaikan dengan berkesan. Sekaligus memudahkan adik-adik mengingat isi pelajaran tersebut.
 
Tidak malu untuk bertanya
Jika terdapat sebarang persoalan yang timbul sewaktu guru mengajar, terus ajukan soalan tersebut kepada guru. Mungkin juga persoalan itu akan menjadi soalan peperiksaan nanti. Oleh itu, jangan malu untuk bertanya! 
 
Keluarkan pendapat
Sekiranya guru memberi peluang untuk mengeluarkan pendapat sewaktu beliau mengajar, jangan malu atau segan untuk mengeluarkan pendapat adik-adik.  Sekurang-kurangnya pendapat adik-adik dapat dikongsikan dengan rakan-rakan sekelas. Istilah ‘malu’ tidak wujud. Bukankah rakan-rakan sekelas diibaratkan seperti adik-beradik sendiri? 
 
Melibatkan diri dengan aktiviti kelas
Pembelajaran di dalam kelas akan lebih seronok sekiranya aktiviti yang guru adakan disertai oleh pelajarpelajar. Oleh itu, libatkan diri secara aktif dengan aktiviti  pembelajaran yang guru adakan. Contohnya, perbincangan kumpulan dan kerja amali. Cara ini sebenarnya, dapat mengukuhkan pemahaman dan ingatan adik-adik terhadap sesuatu pelajaran. 
 
Akhir kata daripada abang, “Amal jangan tidak amal petua ini. Dengan izin Tuhan, seronok belajar di dalam kelas dan tiada istilah bosan belajar.” 

Continue Reading
No comments
Share:

8 TIP KEMBANGKAN KARIER


PERBAIKI KERJAYA ANDA
Jangan hanya statik di posisi sekarang. Berusahalah untuk mengembangkan karier anda ke tahap yang lebih tinggi. Belajar untuk menjadi seorang yang lebih hebat (bukan berlagak) dan mampu menjadi contoh kepada pekerja lain di dalam organisasi tempat anda bekerja.
 
Bukan sengaja untuk kami paparkan artikel ini, tetapi dari apa yang kami perhatikan masih ramai lelaki di luar sana masih berada di posisi sama walaupun sudah lama bekerja. Satu hal lagi, pasti ada timbul perasaan dengki dan cemburu apabila ada rakan sekerja yang lebih kemudian masuk di syarikat tempat kerja anda, ternyata dalam masa beberapa tahun sahaja dia sudah melangkaui jawatan anda. Malah dia menjadi krew di dalam projek yang anda pimpin. Anda mungkin rasa tercabar bukan? Jadi, tiba masanya untuk lakukan transformasi, dan kembangkan bakat karier ke tahap tertinggi. Anda mampu lakukannya. Bagaimana?

1. Jangan jadikan wang sebagai motivasi utama
Michael Maccoby, seorang ahli Antropologi, penganalisi psikologi dan perungan pengurusan, dalam bukunya berjudul Why Work? Menyatakan “ Pada Akhirnya semua orang harus bekerja, tidak hanya untuk mendapatkan imbuhan keperluan asas tetapi juga kerana ingin menerapkan kemampuan yang mereka miliki, serta rasa dihargai untuk diri sendiri mahupun orang lain. Sekarang anda bayangkan, rasa-rasanya berapa jumlah gaji orang atasan anda? Berapa gaji pengurus anda? Dan kalau boleh anda bayangkan lagi, sekiranya anda berada di kedudukan mereka, bahagiakah anda? Mungkin, tetapi apa yang perlu anda ingat sekarang, jadilah pembangunan dalam pekerjaan itu sebagai satu motivasi. Jangan jadikan hasil atau imbuhan yang diperoleh setiap bulan itu sebagai alasan untuk anda terus bekerja. Jika ini yang anda utamakan, pasti satu masa nanti anda akan menjadi bosan kerana tidak menemui kebahagian dalam bekerja.

2. Berbangga dengan pekerjaan anda
Bangga dengan pekerjaan anda salah salah satu perkara yang wajib dan selalu ditunjukkan. Dengan cara ini akan menyedarkan atau membuatkan orang lain sama ada di pejabat, di dalam lingkungan tempat tinggal, atau rakan-rakan dari bidang yang lain bahawa anda bekerja bukan hanya ‘menumpang cari makan’. Sebaliknya anda bangga dan ikhlas bekerja di tempat kerja sekarang.

3.Tentukan sasaran, lakukan perubahan sekarang!
Jika tanpa sasaran, mungkin matlamat yang ingin dicapai tidak kesampaian. Maka penting untuk anda tentukan sasaran dan melakukan perubahan untuk mencapai sasaran itu. Sebelum itu, tanya diri anda. “ Dimanakah anda 3 tahun dari sekarang?”. Tempoh untuk anda capai sasaran itu bergantung kepada anda. Dalam tempoh masa itu, lakukan sesuatu yang dapat mengubah posisi sekarang ke posisi lebih tinggi atau baik. Teruslah bertanya “Adakah aku ingin terus berada di posisi sekarang? Adakah aku puas dengan apa yang aku capai sekarang? Sekiranya jawapan anda tidak!, maka lanjutkan. Anda mahu menjadi seorang ketua, berfikirlah sebagai seorang ketua, apa yang anda harapan daripada staf di bawah anda, bagaimana mereka harus bekerja? Sekiranya anda sudah tahu, lakukan seperti apa yang anda harapkan. Sudah pasti anda akan kagum dengan percapaian sendiri.

4.Sentiasa berusaha memperbaiki diri.
Jika boleh, biarkan disekeliling anda dikelilingi dengan sesuatu yang mendorong anda untuk mencapai kejayaan atau bekerja lebih gigih. Tingkatkan prestasi kerja dan diri anda ke tahap maksimal. Caranya, bergaul dengan orang cemerlang di bidang anda ceburi, sentiasa membaca buku-buku berkaitan, mengikuti seminar atau kursus atau apa sahaja yang boleh memajukan diri anda. Dengan cara itu, anda akan tahu apa yang anda tidak tahu. Sentiasa berbincang dengan pihak atasan atau rakan sekerja. Sampaikan idea yang ingin anda kemukakan. Jangan takut memberikan sesuatu yang anda rasa dapat membangunkan syarikat atau kerja yang dilakukan.

5.Bersaing dengan SIHAT
Di syarikat atau organasasi mana sekalipun, tidak kira kecil mahupun besar pasti wujud persaingan. Apabila wujudnya persaingan yang sihat, ini akan membuatkan anda lebih bersemangat dan berghairah untuk bekerja. Bersaing itu perlu, tetapi biarlah dengan cara sihat tanpa ada perasaan dengki.

6. Jangan ketagih pujian.
Mana-mana orang pun, apabila diberi pujian akan timbul rasa bangga dalam diri. Sekiranya anda melakukan sesuatu kerja dengan jaya dan hebat, tidak salah anda menerima pujian. Walaubagaimana pun, jangan pula anda ketagih dengan pujian. Setiap kali membuat kerja, mahukan pujian. Ini telah melencong dari tujuan dan matlamat asal anda bekerja atau melakukan sesuatu tugasan. Terimalah pujian itu sebagai sebuah pujian, tapi jangan jadikan sebagai keperluan.

7. Bergaul dan ‘ringan tulang’ dengan semua orang
Tidak kira anda punyai jawatan tinggi ditempat kerja, atau sebaliknya, berusahalah untuk bergaul dengan semua orang di syarikat tempat anda bekerja atau rakan niaga yang datang. Orang atas, bawahan, penyambut tetamu, pemandu atau sesiapa sahaja yang anda temui. Tunjukkan ‘sense of humor’ anda dan jangan kedekut untuk beri bantuan kepada rakan sekerja, pelanggan atau sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan anda. Perlu ingat, mungkin suatu masa nanti, anda akan menjadi pemimpin mereka, mereka juga yang akan membantu anda mencapai sasaran. Tiada yang lebih menyenangkan daripada mempunyai pemimpin yang menyenangkan bukan?

8. Jangan lupa berdoa dan beribadah
Perkara paling asas dan tidak harus anda lupa untuk melakukannya sepanjang hari-hari anda mencari rezeki. Beribadah dan berdoa kepada Yang Maha Esa, agar sentiasa diberi kesenangan dalam melakukan tugas harian, dimurahkan rezeki serta mendapat keredhaan daripada apa yang anda kerjakan. Segala kejayaan mahupun kegagalan itu adalah takdir Ilahi. Anda sebagai pekerja atau majikan sekalipun, berusaha…berusaha…berdoa.

Diharapkan tip yang diberikan ini sangat berguna kepada anda. Semoga karier yang anda lakukan sekarang berkembang dan maju. Jadilah pekerja berdedikasi, cemerlang dan dapat dicontohi.

Continue Reading
No comments
Share:

Tip Berjaya Kerja dan Belajar!


Bila anda ingin berjaya dalam karier sekali gus ingin meningkatkan kualiti diri dalam pendidikan, kembali ke ‘bangku sekolah’ adalah pilihan yang tepat. Namun, belajar sambil bekerja bukanlah perkara yang mudah untuk dijalankan.

Jurusan yang tepat
Ketahui minat anda. Pilihan jurusan yang tepat dan sesuai dengan minat membuat aktiviti belajar dan bekerja dijalani dengan lebih ringan dan menyenangkan


Bila Lulus?
Pendidikan adalah pelaburan dengan keuntungan yang tidak tertakluk dengan waktu. Namun, jangan lupa menetapkan perancangan bila anda harus menyelesaikan pembelajaran, agar manisnya keuntungan dapat dirasakan, terutama untuk perkembangan kerjaya.


Beritahu Penyelia
Beritahu penyelia mengenai rancangan pendidikan anda. Beruntung apabila pihak atasan menyokong dan mengharapkan hasil baik daripada pendidikan anda, yang kelak ilmunya akan menguntungkan syarikat.

Disiplin
Atur waktu, lakukan apa saja aktiviti yang ingin anda lakukan. Pisahkan konsentrasi bekerja dengan belajar dan jangan panik apabila terdapat hal yang berlaku tidak seperti yang anda rencanakan.


Jaga Kesihatan
Usahakan untuk selalu menjaga keseimbangan antara bekerja, belajar, mengerjakan tugas, dan rehat. Jangan lewatkan waktu rehat kerana itu akan mengurangkan prestasi bekerja dan kualiti belajar anda.


Keperluan bersosial
Sesibuk bagaimana pun anda, selalu akan ada keperluan terhadap keluarga dan interaksi sosial. Habiskan hujung minggu anda dengan keluarga, atau bersantai dengan rakanrakan di tempat-tempat kesukaan anda.


Kerja Tidak Membebankan
Usaha untuk mencari pekerjaan yang tidak terlalu membebankan. Ini sangat berguna agar anda juga mempunyai waktu untuk menyelesaikan tugas-tugas belajar.


Komitmen
Berjanji pada diri anda terlebih dahulu untuk memberikan komitmen pada kerja dan pelajaran agar kedua-duanya tidak terbengkalai begitu sahaja.

Dekat
Carilah lokasi tempat kerja yang dekat dengan institusi pengajian anda atau dekat dengan kampus anda. Ini sangat disarankan agar waktu anda tidak terlalu banyak terbuang.


Jadual
Atur jadual belajar, kerja dan masa anda untuk melakukan tugas dengan baik. Sebaik-baiknya atur juga masa anda untuk berehat, kerana apabila anda terlalu penat semua yang anda jalani tidak akan berjalan dengan baik.

Continue Reading
No comments
Share:

Hidup Bergaya, Punca Graduan Muflis


Apa perasaan anda apabila menyandang status muflis pada usia yang masih terlalu muda? Baru-baru ini didedahkan di dada akhbar betapa kroniknya fenomena muflis di negara kita dan yang paling memeranjatkan ialah ia melibatkan golongan muda bawah 40 tahun. Tidak terkecuali pelajar dan artis juga menjadi mangsa! 

Di mana silapnya dan bagaimana muflis ini boleh terjadi? Mungkin ada yang tertanya-tanya punca sehingga boleh menyebabkan seseorang itu disenaraikan hitamkan sebagai muflis. Diakui, keinginan dan desakan hidup untuk bergaya sehinggakan sanggup berhutang menjadi penyebab utama masyarakat tidak mampu untuk melangsaikan hutang. Tidak salah memenuhi keperluan asas, namun salah langkah dan tanpa perancangan kewangan yang teliti bahana menanti. Akhirnya, diri sendiri juga yang mendapat susah. Apa yang mengejutkan, laporan yang dikeluarkan baru-baru ini mengatakan hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu. Statistik itu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. Dek kerana fenomena luar biasa itu juga, Dara.com cuba mencungkil apa yang menjadi punca dan penyebab kepada timbulnya isu ini. Oleh itu, untuk mendapatkan ulasan yang lebih lanjut, kita tanya pakar motivasi yang tidak asing iaitu Dr. Robiah Hamzah. 

Kuasa Beli 
“Pertama kali, ingin saya jelaskan di sini ‘muflis’ bermaksud apabila berlaku situasi ketidakupayaan membayar kembali hutang, liabiliti, entiti, aset atau apa jua kaedah dalam urusniaga mata wang kertas kepada pemberi hutang melebihi tempoh yang dibenarkan. Jadi apabila seseorang itu tidak dapat melangsaikan hutangnya mengikut tempoh yang ditetapkan, maka dia akan diisytiharkan muflis. Muflis boleh berlaku atas sebab hutang kad kredit, sewa beli kereta, pinjaman peribadi, pinjaman perumahan, pinjaman perniagaan, menjadi penjamin dan seumpamanya,” katanya. Menurut Dr. Robiah, mungkin apa yang berlaku hari ini tidak sama seperti 20 hingga 30 tahun dulu. Berbeza dengan dahulu, kuasa beli terlalu rendah berbanding dengan sekarang. Kini, apabila dengar ada jualan mega atau penghabisan stok, semuanya ingin tukar baru. Itu belum termasuk dengan promosi hebat yang bertambah-tambah galak terutamanya apabila majikan mengumumkan kenaikan gaji dan bonus. Serentak itu berpusu-pusulah juga bank dan membuat promosi menarik dengan janji-janji serba indah. “Jangan leka dengan harta kebendaan. Amalkan sikap berjimat dan elakkan dari terpengaruh dengan keseronokan untuk bergaya, kerana salah langkah buruk padahnya. Boleh buat tidur malam tidak lena, tekanan sini sana. Lebih memburukkan keadaan, dalam usia yang masih boleh dikategorikan muda anda sudah disenaraihitamkan oleh institusi perbankan atau lebih teruk bergelar muflis,” katanya. 

Statistik Membimbangkan 
Berdasarkan laporan yang dikeluarkan, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long. Malah perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj.Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan. Ditanya situasi ini kepada Dr. Rubiah, jelas beliau statistik yang dilaporkan itu sangat membimbangkan apatah lagi ia merujuk kepada golongan muda. Justeru katanya, bagi mereka yang baru bekerja, kira ke mana duit itu dibelanjakan. Jangan terlalu boros sehinggakan melebihi had keperluan yang ada. Sebaiknya gunakan duit atau berbelanja mengikut keperluan. Fikir risiko sebelum buat tindakan. “Jangan fikir hendak cantik semata-mata sehingga sanggup berhutang. Bak kata pepatah, ‘biar papa asal bergaya’. Jangan biarkan diri anda terjerumus dalam kancah hutang. Tidak perlu memakai pakaian berjenama atau memandu kereta mewah untuk bergaya. Pakaian atau kereta biasa juga boleh membuatkan anda tampil bergaya asalkan kena dengan caranya. Cukuplah sekadar bersederhana dan kalau ada rezeki lebih, naikkan elaun bulanan ibu bapa, itu lebih berkat,” jelasnya. 

Rancang Kewangan 
Dalam satu kenyataan akhbar oleh Penolong Setiausaha Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan untuk Pengguna Malaysia (ERA Consumer Malaysia), Ismail Aziz yang mana beliau berkata, perbelanjaan tidak berhemah dan di luar kemampuan menyebabkan golongan eksekutif muda lingkungan umur 25 hingga 35 tahun berisiko muflis. Disebabkan naluri ingin hidup bergaya, mereka menganggap ia sebagai lambang status dan akhirnya mudah terpengaruh dengan tawaran yang diberi. Malah ada yang sanggup berhutang dengan ceti haram atau along. Mengulas akan hal ini dari sudut pandangan Dr. Rubiah, beliau berpandangan, hakikatnya banyak perkara yang mengundang kepada isu muflis. Selain daripada kehendak nafsu atau naluri, persekitaran juga memainkan peranan. Apabila melihat orang terdekat atau jiran tetangga membeli kereta baru, terasa diri seakan tercabar dan ingin dapat lebih dari itu. “Pada saya, perancangan kewangan merupakan elemen penting dalam pengurusan wang dan golongan muda perlu mempunyai kemahiran tersebut. Tanya pada diri sendiri, dalam sebulan berapa kali kita berbelanja dan mengeluarkan duit? Berapa kali anda membeli barang keperluan? Adakah anda tahu berapa jumlah hutang anda? Dan yang penting, adakah anda tahu yang anda sudah berbelanja lebih daripada kemampuan? “Tanpa perancangan kewangan yang teratur dan bijak, pasti akan dibelenggu dengan masalah kesempitan duit. Oleh itu, rancanglah kewangan anda dengan berhemah kerana ia melibatkan masa depan. Kerana pada masa hadapan, segala kemungkinan boleh berlaku sama ada yang baik atau buruk, yang perlukan duit keluar atau masuk dan macammacam lagi,” ujarnya. 

Cari Ilmu Kewangan 
Hakikatnya, kebanyakan yang muflis tidak mengetahui ilmu kewangan, justeru digalakkan mereka menghadiri kelas, seminar atau bengkel kewangan serta bahan bacaan berkaitan kewangan. Selain itu, boleh juga dapatkan khidmat perancang kewangan yang bertauliah untuk membantu anda merancang kewangan dengan bijak. Antara ilmu asas yang perlu ada pada diri anda ialah mengenai aliran wang tunai dan perbelanjaan. Seperti juga kesihatan diri, aliran tunai akan menentukan tahap kesihatan kewangan anda. Jika anda mempunyai aliran tunai negatif, maka kuranglah kebolehupayaan anda untuk berbelanja.

Continue Reading
No comments
Share:

10 Tanda Anak Menghidap Kemurungan


Kemurungan

Rupanya apabila diselidiki, Zalia kerap kali dimarahi mamanya. Sikap mamanya membuatkan Zalia rasa tidak dihargai, belum pernah rasanya mamanya mengeluarkan kata-kata pujian pada Zalia. Hingga ke saat ini Zalia selalu berfikir, mengapa mamanya amat membenci dia. Lama-kelamaan Zalia jadi murung dan  hidupnya seperti tidak bermakna lagi. Situasi ini menunjukkan bukan sahaja golongan dewasa yang menghidapi kemurungan,kanak-kanak juga tidak terkecuali. Kemurungan adalah salah satu gangguan psikologi dan psikiatri yang paling kerap dialami seseorang. Paling menggusarkan apabila gangguan itu boleh  meninggalkan kesan terhadap perasaan, kehidupan, emosi dan tingkah laku seseorang.
 
Tanda Kemurungan
 
1. Kanak-kanak yang kerap menangis. Tidak boleh berlaku kesilapan atau menegur sikapnya, pasti anak itu menangis. 
 
2. Kerap berasa sedih, mereka seolah-olah tiada semangat untuk meneruskan hidup. Segala yang berada di depan matanya hanyalah kesedihan. 
 
3. Kebiasaannya, kanak-kanak murung tidak boleh diharap bila diminta melakukan sesuatu. 
 
4. Hilang minat terhadap sebahagian besar aktiviti dan individu lain. Biarpun orang lain sedang bernyanyi, dia kelihatan tiada perasaan dan dia lebih rela bersendiri  daripada bercampur-gaul. 
 
5. Di sebabkan mereka seperti tiada semangat, maka mereka kelihatannya cepat letih, pucat dan kurang bermaya. 
 
6. Anak yang murung dikenal pasti mudah meradang dan mudah tertekan serta sering berasa bimbang. 
 
7. Anak yang murung selalunya akan di pulau dan sering diketepikan oleh kanak-kanak sebaya yang lain. 
 
8. Anak bukan sahaja berubah daripada segi personaliti, prestasi dalam pelajaran juga akan merosot. 
 
9. Sering mendakwa mengalami masalah kesihatan sepertisakit kepala, perut dan sebagainya. Kadang kala mereka hanya menipu untuk merayu simpati. 
 
10. Sesetengah kanak-kanak kurang selera makan apabila menjadi murung, ada sesetengahnya pula menjadi sebaliknya. 
 
 
Sebaik-baiknya setelah menyedari perubahan sikap anak, anda perlu mengambil tindakan pantas. Pertamanya, dapatkan nasihat secepat mungkin daripada pakar psikologi apabila menyedari anak anda mengalami gejala-gejala kemurungan yang teruk, berpanjangan dan luar biasa. Selain itu, dapatkan pemeriksaan doktor sekiranya mengesyaki anak anda mengalami masalah kesihatan dan belum pernah mendapatkan rawatan daripada doktor berhubungan masalah yang dialaminya selama ini. Oleh itu, sebagai ibu bapa anda perlu bijak mengenali gejala-gejala yang menunjukkan anak sedang dilanda kemurungan untuk membolehkan mereka mengambil tindakan susulan. 


Continue Reading
No comments
Share:

Thursday, March 7, 2013

Tip Urus Rumahtangga Untuk Wanita Bekerjaya

https://encrypted-tbn3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT1Fz0ahcMXDclAAhlQgtBf2XSBjaagnAovLa_EtHuiUnkD44yS Begitu banyak persoalan yang diiutarakan oleh para wanita yang bekerja di luar rumah, seperti bagaimana hendak mengatur waktu antara tuntutan kerja dan tanggungjawab mengurus rumah tangga agar dapat dilaksanakan sebaik mungkin.

Dalam mengatasi pertembungan konflik tugas, tidak dinafikan ramai juga wanita hari ini mampu menikmati ‘peranan berganda’ itu dengan jayanya. Namun, ada juga yang merasa sukar hingga akhirnya timbul persoalan - persoalan rumit yang semakin berkembang dalam kehidupan sehari-hari. Justeru kaum hawa hari ini perlu bijak menjalankan tanggungjawab kerana status sebagai isteri dan ibu tidak memungkinkan anda mengelak daripada melakukan tugas di rumah. Ikuti tip berguna untuk membantu anda melakukan tanggungjawab urus rumah tangga dengan lebih mudah dan efektif.

Mengemas Rumah
Ikut arah jam
Sekiranya anda ingin mulakan mengemas di sesuatu kawasan, pastikan anda mengemas mengikut arah jam. Sebaiknya anda mula mengemas di bahagian dapur dahulu kemudian barulah di ruangan lain. Tetapkan titik permulaan dan ikutlah arah putaran jam. Cara ini akan lebih sistematik dan mempercepatkan proses anda untuk mengemas rumah.

Dari atas ke bawah
Untuk mempercepatkan lagi proses anda mengemas rumah, anda dinasihatkan untuk bermula mengemas dari bahagian atas kemudian ke bawah. Ini untuk mengelakkan anda membuat kerja yang sama berulang kali. Bayangkan sekiranya anda bermula mengemas dari bahagian bawah, apabila tiba masa untuk mengemas bahagian atas pasti kotoran yang anda kemas tadi akan terjatuh. Ini akan menambahkan lagi kerja anda.

Kurang bergerak
Contoh paling jelas untuk mengurangkan gerakan ialah ketika mencuci pinggan. Ada baiknya letakkan rak untuk menggeringkan pinggan mangkuk yang telah dicuci berdekatan dengan singki. Atau jika ruang dapur berkeluasan terhad, anda perlu mencuci pinggan mangkuk dan sediakan satu bekas untuk mudah anda mengumpulkan pinggan tersebut. Apabila bekas sudah penuh barulah anda mengangkat bekas tersebut dan sekali gus mengurus pinggan mangkuk untuk disimpan di dalam kabinet.

Gunakan bantuan mesin
Masa kini begitu banyak mesin atau gajet yang ada ditawarkan di pasaran. Seharusnya penggunaan mesin atau gajet dalam tugas membersihkan rumah harus digunakan sepenuhnya untuk membantu meringankan dan mempercepatkan tugasan di rumah. Contohnya penggunaan penyedut hampagas, penggunaannya lebih mudah untuk membersihkan habuk berbanding jika anda menggunakan cara tradisi menggunakan penyapu.
 
Memasak
Beli perencah segera
Memasak dengan menggunakan sediaan perencah dapat memudahkan anda memasak dan menjimatkan masa. Kini, terdapat begitu banyak bahan perencah ditawarkan di pasaran seperti perencah nasi goreng, perencah ayam masak merah dan banyak lagi hinggalah perencah rendang sekali pun. Semua tersedia untuk anda memilih dan nikmatinya.

Sediaan bahan resipi lebih awal
Jika ingin menggunakan ramuan sendiri, ia juga tidak menghalang untuk anda memasak dengan cepat dan mudah. Cuma persediaan bahan perlulah dilakukan lebih awal dan bukannya ketika ingin memasak. Contohnya, menyediakan hirisan bawang atau ramuan di malam hari dan disimpan di dalam peti sejuk. Apabila hendak memasak di pagi harinya, anda boleh terus menggunakan bahan tersebut.

‘Slow Cooker’- satu pelaburan yang bermanfaat
Ramai wanita hari ini memasak menggunakan ‘slow cooker’ dan menjadikannya satu alat memasak yang penting dan utama. Anda hanya perlukan 10-15 minit di waktu pagi untuk memasukkan bahan-bahan di dalam ‘slow cooker’ anda, hidupkan dan biarkan sahaja seharian untuk dimasak. Pulang ke rumah, makanan yang panas telah tersedia.
 
PRAKTIS 5S DI RUMAH

1. SEIRI – SISIH
Cuba lihat di sekeliling rumah yang penuh dengan pelbagai barangan. Asingkan yang mana masih boleh digunakan dan yang rosak buangkan sahaja.

2. SEITON – SUSUN
Susun perabot dan aksesori yang ada secara kemas dan teratur. Kaedah ini juga akan dapat mengelakkan rumah kelihatan semak dan sesak.

3. SEISO – SAPU
Lakukan pembersihan atau menyapu lantai setiap hari. Jangan tunggu hujung minggu untuk melakukannya.

4. SEIKETSU – SERAGAM
Walaupun ruang kediaman asalnya berkeadaan bersih dan kemas, ia pasti akan menjadi berselerak apabila digunakan. Oleh itu, anda perlu mengulangi seiri, seiton dan seiso untuk memastikan keadaan kediaman sentiasa bersih dan kemas.

5. SHITSUKE – SENTIASA AMAL
Amalkan sistem 5S secara berterusan hingga menjadi budaya di dalam rumah. Untuk itu anda perlu mendisiplinkan ahli keluarga yang lain.











Continue Reading
No comments
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia