MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Friday, March 8, 2013

8 TIP KEMBANGKAN KARIER

PERBAIKI KERJAYA ANDA
PERBAIKI KERJAYA ANDA

 
Jangan hanya statik di posisi sekarang. Berusahalah untuk  mengembangkan karier anda ke tahap yang lebih tinggi. Belajar untuk menjadi seorang yang lebih hebat (bukan berlagak) dan mampu menjadi contoh kepada pekerja lain di dalam organisasi tempat anda bekerja. 
Bukan sengaja untuk kami paparkan artikel ini, tetapi dari apa yang kami perhatikan masih ramai lelaki di luar sana masih berada di posisi sama walaupun sudah lama bekerja. Satu hal lagi, pasti ada timbul perasaan dengki dan cemburu apabila ada rakan sekerja yang lebih kemudian masuk di syarikat tempat kerja anda, ternyata dalam masa beberapa tahun sahaja dia sudah melangkaui jawatan anda. Malah dia menjadi krew di dalam projek yang anda pimpin. Anda mungkin rasa tercabar bukan? Jadi, tiba masanya untuk lakukan transformasi, dan kembangkan bakat karier ke tahap tertinggi. Anda mampu lakukannya. Bagaimana?

1. Jangan jadikan wang sebagai motivasi utama
Michael Maccoby, seorang ahli Antropologi, penganalisi psikologi dan perungan pengurusan, dalam bukunya berjudul Why Work? Menyatakan “ Pada Akhirnya semua orang harus bekerja, tidak hanya untuk mendapatkan imbuhan keperluan asas tetapi juga kerana ingin menerapkan kemampuan yang mereka miliki, serta rasa dihargai untuk diri sendiri mahupun orang lain. Sekarang anda bayangkan, rasa-rasanya berapa jumlah gaji orang atasan anda? Berapa gaji pengurus anda? Dan kalau boleh anda bayangkan lagi, sekiranya anda berada di kedudukan mereka, bahagiakah anda? Mungkin, tetapi apa yang perlu anda ingat sekarang, jadilah pembangunan dalam pekerjaan itu sebagai satu motivasi. Jangan jadikan hasil atau imbuhan yang diperoleh setiap bulan itu sebagai alasan untuk anda terus bekerja. Jika ini yang anda utamakan, pasti satu masa nanti anda akan menjadi bosan kerana tidak menemui kebahagian dalam bekerja.

2. Berbangga dengan pekerjaan anda
Bangga dengan pekerjaan anda salah salah satu perkara yang wajib dan selalu ditunjukkan. Dengan cara ini akan menyedarkan atau membuatkan orang lain sama ada di pejabat, di dalam lingkungan tempat tinggal, atau rakan-rakan dari bidang yang lain bahawa anda bekerja bukan hanya ‘menumpang cari makan’. Sebaliknya anda bangga dan ikhlas bekerja di tempat kerja sekarang.

3.Tentukan sasaran, lakukan perubahan sekarang!
Jika tanpa sasaran, mungkin matlamat yang ingin dicapai tidak kesampaian. Maka penting untuk anda tentukan sasaran dan melakukan perubahan untuk mencapai sasaran itu. Sebelum itu, tanya diri anda. “ Dimanakah anda 3 tahun dari sekarang?”. Tempoh untuk anda capai sasaran itu bergantung kepada anda. Dalam tempoh masa itu, lakukan sesuatu yang dapat mengubah posisi sekarang ke posisi lebih tinggi atau baik. Teruslah bertanya “Adakah aku ingin terus berada di posisi sekarang? Adakah aku puas dengan apa yang aku capai sekarang? Sekiranya jawapan anda tidak!, maka lanjutkan. Anda mahu menjadi seorang ketua, berfikirlah sebagai seorang ketua, apa yang anda harapan daripada staf di bawah anda, bagaimana mereka harus bekerja? Sekiranya anda sudah tahu, lakukan seperti apa yang anda harapkan. Sudah pasti anda akan kagum dengan percapaian sendiri.

4.Sentiasa berusaha memperbaiki diri.
Jika boleh, biarkan disekeliling anda dikelilingi dengan sesuatu yang mendorong anda untuk mencapai kejayaan atau bekerja lebih gigih. Tingkatkan prestasi kerja dan diri anda ke tahap maksimal. Caranya, bergaul dengan orang cemerlang di bidang anda ceburi, sentiasa membaca buku-buku berkaitan, mengikuti seminar atau kursus atau apa sahaja yang boleh memajukan diri anda. Dengan cara itu, anda akan tahu apa yang anda tidak tahu. Sentiasa berbincang dengan pihak atasan atau rakan sekerja. Sampaikan idea yang ingin anda kemukakan. Jangan takut memberikan sesuatu yang anda rasa dapat membangunkan syarikat atau kerja yang dilakukan.

5.Bersaing dengan SIHAT
Di syarikat atau organasasi mana sekalipun, tidak kira kecil mahupun besar pasti wujud persaingan. Apabila wujudnya persaingan yang sihat, ini akan membuatkan anda lebih bersemangat dan berghairah untuk bekerja. Bersaing itu perlu, tetapi biarlah dengan cara sihat tanpa ada perasaan dengki.

6. Jangan ketagih pujian.
Mana-mana orang pun, apabila diberi pujian akan timbul rasa bangga dalam diri. Sekiranya anda melakukan sesuatu kerja dengan jaya dan hebat, tidak salah anda menerima pujian. Walaubagaimana pun, jangan pula anda ketagih dengan pujian. Setiap kali membuat kerja, mahukan pujian. Ini telah melencong dari tujuan dan matlamat asal anda bekerja atau melakukan sesuatu tugasan. Terimalah pujian itu sebagai sebuah pujian, tapi jangan jadikan sebagai keperluan.

7. Bergaul dan ‘ringan tulang’ dengan semua orang
Tidak kira anda punyai jawatan tinggi ditempat kerja, atau sebaliknya, berusahalah untuk bergaul dengan semua orang di syarikat tempat anda bekerja atau rakan niaga yang datang. Orang atas, bawahan, penyambut tetamu, pemandu atau sesiapa sahaja yang anda temui. Tunjukkan ‘sense of humor’ anda dan jangan kedekut untuk beri bantuan kepada rakan sekerja, pelanggan atau sesiapa sahaja yang memerlukan pertolongan anda. Perlu ingat, mungkin suatu masa nanti, anda akan menjadi pemimpin mereka, mereka juga yang akan membantu anda mencapai sasaran. Tiada yang lebih menyenangkan daripada mempunyai pemimpin yang menyenangkan bukan?

8. Jangan lupa berdoa dan beribadah
Perkara paling asas dan tidak harus anda lupa untuk melakukannya sepanjang  hari-hari anda mencari rezeki. Beribadah dan berdoa kepada Yang Maha Esa, agar sentiasa diberi kesenangan dalam melakukan tugas harian, dimurahkan rezeki serta mendapat keredhaan daripada apa yang anda kerjakan. Segala kejayaan mahupun kegagalan itu adalah takdir Ilahi. Anda sebagai pekerja atau majikan sekalipun, berusaha…berusaha…berdoa.
Diharapkan tip yang diberikan ini sangat berguna kepada anda. Semoga karier yang anda lakukan sekarang berkembang dan maju. Jadilah pekerja berdedikasi, cemerlang dan dapat dicontohi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia