MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Friday, March 8, 2013

Tip Berjaya Kerja dan Belajar!

Tips berjaya
Bila anda ingin berjaya dalam karier sekali gus ingin meningkatkan kualiti diri dalam pendidikan, kembali ke ‘bangku sekolah’ adalah pilihan yang tepat. Namun, belajar sambil bekerja bukanlah perkara yang mudah untuk dijalankan. 

Jurusan yang tepat
Ketahui minat anda. Pilihan jurusan yang tepat dan sesuai dengan minat membuat aktiviti belajar dan bekerja dijalani dengan lebih ringan dan menyenangkan 
 
Bila Lulus?
Pendidikan adalah pelaburan dengan keuntungan yang tidak tertakluk dengan waktu. Namun, jangan lupa menetapkan perancangan bila anda harus menyelesaikan pembelajaran, agar manisnya keuntungan dapat dirasakan, terutama untuk perkembangan kerjaya.
 
Beritahu Penyelia
Beritahu penyelia mengenai rancangan pendidikan anda. Beruntung apabila pihak atasan menyokong dan mengharapkan hasil baik daripada pendidikan anda, yang kelak ilmunya akan menguntungkan syarikat.
 
Disiplin
Atur waktu, lakukan apa saja aktiviti yang ingin anda lakukan. Pisahkan konsentrasi bekerja dengan belajar dan jangan panik apabila terdapat hal yang berlaku tidak seperti yang anda rencanakan. 
 
Jaga Kesihatan
Usahakan untuk selalu menjaga keseimbangan antara bekerja, belajar, mengerjakan tugas, dan rehat. Jangan lewatkan waktu rehat kerana itu akan mengurangkan prestasi bekerja dan kualiti belajar anda.
 
Jurusan  Yang Tepat
Sesibuk bagaimana pun anda, selalu akan ada keperluan terhadap keluarga dan interaksi sosial. Habiskan hujung minggu anda dengan keluarga, atau bersantai dengan rakanrakan di tempat-tempat kesukaan anda.
 
Kerja Tidak Membebankan
Usaha untuk mencari pekerjaan yang tidak terlalu membebankan. Ini sangat berguna agar anda juga mempunyai waktu untuk menyelesaikan tugas-tugas belajar. 
 
Komitmen
Berjanji pada diri anda terlebih dahulu untuk memberikan komitmen pada kerja dan pelajaran agar kedua-duanya tidak terbengkalai begitu sahaja. 
 
Dekat
Carilah lokasi tempat kerja yang dekat dengan institusi pengajian anda atau dekat dengan kampus anda. Ini sangat disarankan agar waktu anda tidak terlalu banyak terbuang.
 
Jadual
Atur jadual belajar, kerja dan masa anda untuk melakukan tugas dengan baik. Sebaik-baiknya atur juga masa anda untuk berehat, kerana apabila anda terlalu penat semua yang anda jalani tidak akan berjalan dengan baik. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia