Monday, February 18, 2013

Taman Indah Dalam Botol

taman dalam botol
Terrarium, seni kreatif cipta taman mini dalam ruang sempit perlukan kesabaran dan ketekunan tinggi.
 
taman dalam boto;
Bahan-bahan asas yang diperlukan ialah sekeping kertas bersaiz A4, gunting, sudu, botol atau pasu kaca, batu-batu halus, sebatang kayu atau dawai dan spesies tumbuhan seperti pakis dan lumut.

Terrarium atau taman mini yang digubah di dalam bekas kaca seperti botol minimum (pilih yang masih elok). Istimewanya terrarium ini sesuai dijadikan hiasan untuk menyerikan sudut dalam kediaman seperti ruang tamu, dapur kering dan juga bilik tidur. Malah ia juga sesuai andai diletakkan di ruang patio juga balkoni. Ikuti langkah mudah menghasilkan terrarium daripada Desmond Ho.

INFO RINGKAS
Projek: Taman mini dalam botol Tahap projek: Terbuka Tempoh masa: 30 minit Kesukaran: ** Kesesuaian projek:
Sesuai sebagai hiasan di dalam rumah atau pejabat.
Anggaran kos: RM 30.00
 

Mula-mula ambil kertas A4 dan dibentuk seperti kelongsong. Ini sebagai corong untuk memasukkan batu-batu halus sebagai lapisan dasar.
Lapisan dasar ini agar hasilnya bertambah menarik masukkan dalam dua atau tiga lapisan dengan tekstur dan warna berbezabeza.
Ketebalan setiap lapisan itu bergantung kepada anda.
Setelah selesai masukkan dua atau tiga ketul batuan sungai pelbagai saizagar penampilan taman mini tampak hidup.
Untuk memudahkan proses susun atur di dalam botol tersebut, sebatang kayu diperlukan bagi mengalih dan menyusun anak-anak batu tersebut.
Ambil anak pokok pelbagai saiz daripada spesies pakis..
Kemudian masukkan ke dalam botol tadi. Peletakan terpulang kepada kreativiti anda tetapi andaikan bahawa anak pokok tersebut sebagai titik tumpu. Maka sesuai andai diletakkan di tengah bekas
Untuk kemasan air tambahkan batu-batu kecil untuk memperincikan lagi penampilan terrarium.
Akhir sekali sembur air ke dalam bekas untuk menghasilkan persekitaran lembap kepada tumbuhan tadi.
Pelbagai saiz dan bentuk terrarium yang telah siap digubah indah. Sangat ideal untuk sudut-sudut kecil sebagai efek segera menaikkan seri ruang.
 
 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...