Majlis Hormat Panglima Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang ke-9 telah selesai dilaksanakan pada pagi ini di perkarangan Ibu Pejabat JBPM, Putrajaya.
Majlis yang penuh bermakna tersebut bertujuan bagi meraikan pelantikan YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad sebagai Ketua Pengarah JBPM yang baharu.
Di awal ketibaan, YAS Dato' telah menaiki kenderaan istiadat menuju ke perkarangan Ibu Pejabat dan menerima Hormat Panglima daripada Perbarisan Kawalan Kehormatan yang dianggotai oleh 2 orang pegawai dan 99 orang anggota lain-lain pangkat dan diketuai oleh PgKB II Mohd Elyas bin Hussain sebelum melakukan pemeriksaan perbarisan Kawalan Kehormatan.
Majlis tersebut turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi JBPM, Pengarah-pengarah Bahagian JBPM, Pengarah-pengarah JBPM Negeri serta pegawai-pegawai kanan jabatan dan warga Ibu Pejabat.
Turut diadakan adalah Majlis Amanat YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad, Ketua Pengarah JBPM di Dewan Sutera, JBPM Putrajaya selepas selesai Majlis Hormat Panglima Ketua Pengarah JBPM di perkarangan Ibu Pejabat.
Semoga dengan pelantikan YAS Dato' Ts. Nor Hisham bin Mohammad sebagai Ketua Pengarah JBPM yang Baharu ini, akan memberi sinar baharu dan memantapkan lagi organisasi Jabatan dengan kepimpinan dan kredibiliti yang dimiliki beliau. Setinggi Tahniah diucapkan kepada YAS Dato' Ts. Nor Hisham Bin Mohammad.
Sumber gambar dan artikel : Facebook Rasmi Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...