MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, September 19, 2017

Selamatkan sofa koyak

Image result for old sofa

Sayangnya sofa yang dibeli mahal harus dibuang kerana kecacatan yang dialami. Jika dihantar untuk pembaikan, sudah tentu kita perlu banyak keluarkan wang untuk mengembalikan bentuk sofa yang asal. Mungkin kerana itu ramai yang mengambil keputusan sama ada membeli yang baru dan ada juga yang membuangnya begitu sahaja. Ruginya sedangkan dengan sedikit usaha sofa yang dibaiki sendiri ini akan menampakkan sisi yang lebih cantik dan berseni. 

Sebenarnya ada cara untuk memulihkan keadaan sofa yang sudah rosak ataupun terkoyak. Namun perlu diingatkan kaedah ini hanya sesuai untuk mereka yang mempunyai sofa bermaterial kain sahaja.

Kait benang paten crochet - Sesuai untuk sofa yang mengalami kerosakan di bahagian bucu sofa. Kain sofa terkoyak dan anda kreatif menampal kerosakan itu dengan benang kait bercorak crochet. Untuk hasil lebih menarik kait crochet berbentuk sejambak bunga bagi menutupi koyakan yang ada.

Guna teknik patchwork - Teknik jahitan patchwork atau quilting boleh digunapakai dalam menjahit semula bahagian sofa yang telah koyak. Cara jahitan ini iaitu menjahit dengan mengambil beberapa perca kain menjadikan ia satu motif yang berbeza. Pastikan ukuran kain perca itu lebar dan sama panjang. Anda boleh mereka bentuk untuk menghasilkan bentuk segitiga, segi panjang atau segi empat. Mengikut kehendak diri, jahitnya di sekitar tempat koyakkan dan hasilnya pasti mengejutkan anda.

Tampal fabrik bercorak - Jika bahagian depan sofa yang berlaku kerosakan, tampalkan dengan fabrik bercorak untuk meliputi bahagian tersebut. Ambil perca kain baju kurung yang terpakai, ukur siap terlebih dahulu pada kerosakan yang dialami. Gunting perca kain bercorak mengikut saiz yang dikehendaki. Ambil gam dan tampal di tempat yang ada masalah. Pastikan kain yang dipilih warnanya senada dengan rona sofa.

Jahitan sulaman - Jika anda mahir menjahit sulaman, apa kata anda gunakan bakat itu dengan membaiki sofa anda yang koyak. Disebabkan sofa yang diperbuat daripada kain ini boleh ditanggalkan kainnya, maka senang untuk anda menjahit sulaman di tempat yang mengalami kerosakan. Tunjukkan kemahiran anda  dalam melakukan teknik jahitan sulaman dengan menggunakan benang satin pelbagai warna dengan corak yang dikehendaki. Jahit dengan kemas pada bahagian yang rosak itu.

Guna tampalan croshet - Jahitan crochet mungkin agak sukar untuk dijahit terus pada kain sofa. Anda boleh buat jahitan crochet dan gunakan gam menampal di bahagian yang mengalami kerosakan. Contohnya di bahagian atas lengan bahu sofa. Jahitan crochet dengan cara tampalan ini dilihat dapat membantu meliputi kerosakan yang ada. Luaskan kreativiti dengan menampalkan jahitan crochet yang berlainan corak dan warna.

Guna fabrik warna hitam - Bagi anda yang tidak pandai dalam membuat teknik crochet dan sulaman, anda boleh guna fabrik kain yang berwarna hitam untuk menutup bahagian sofa yang terkoyak. Gunting kain dan jahit atau tampal di tempat koyakan. Boleh juga guna material seperti vinyl bagi memudahkan proses suai padan dengan rona sofa. Diingatkan jika kerosakan itu amat banyak dan luas, lebih sesuai untuk anda gunakan teknik tampalan jahitan sulaman, crochet dan patchwork untuk menutupi bahagian yang terkoyak tersebut. Kerosakan yang dibaiki itu tidak nampak cacat tetapi kelihatan sofa itu penuh dengan unsur kesenian. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia