MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, September 19, 2017

Jenis-jenis teh dan manfaatnya

Image result for tea

Teh yang terkenal dengan sifat antioksida mula muncul dan digunakan sejak zaman Dinasti China. Ia menjadi antara minuman tertua di dunia yang cukup popular dan menjadi kegemaran pelbagai lapisan masyarakat dengan penyediaan yang berbeza di setiap negara. Selain teh diminum pada waktu santai, teh juga terkenal memiliki banyak khasiat untuk kesihatan tubuh, antaranya ialah : 

Teh hijau - Teh hijau dibuat daripada daun teh yang hanya melalui satu kali penyaringan. Dalam secawan teh hijau hanya terdapat 25 miligram kafein. Ia terkenal sebagai minuman kegemaran untuk mereka yang sedang berdiet kerana teh ini memiliki kandungan antioksida yang sangat tinggi. Malah teh hijau  dapat membantu melancarkan metabolisme badan dan meningkatkan ketahanan tubuh.

Teh Oolong - Teh oolong dikatakan hampir sama dengan teh hitam kerana melalui proses penapaian dalam waktu yang sangat singkat. Ia mengandungi 30 miligram kafein dalam satu cawan dan kandungan antioksidanya juga lebih tinggi daripada teh hijau. Teh oolong sangat bagus untuk menurunkan berat badan kerana ia akan mengaktifkan enzim yang mampu mengusir lemak yang disimpan dalam sel lemak atau lebih dikenali sebagai trigliserida.

Teh chamomile - Teh ini dibuat daripada bunga chamomile. Ia sangat bagus untuk menenangkan fikiran, melegakan sakit perut, mengurangkan gejala flu, mengatasi kegelisahan dan menjadikan tidur anda menjadi lebih lena. Bagi yang mengalami masalah tidur, teh jenis ini amat bagus untuk diamalkan.

Teh putih - Disebabkan oleh proses pembuatannya agar rumit maka teh putih ini dikatakan sebagai salah satu teh yang termahal di dunia. Ia diperbuat daripada daun teh yang sangat muda atau tunas dewasa yang masih belum bergulung. Walaupun nama teh ini digelar sebagai teh putih, jenis teh ini bukanlah berwarna putih sebaliknya ia hadir dengan warna kuning pucat. Teh putih berkhasiat bagi kesihatan tubuh dan mengandungi kadar kafein yang lebih sedikit daripada teh hijau.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia