MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, September 19, 2017

8 cara untuk hilangkan parut jerawat



1) Madu - Madu sememangnya terkenal sebagai pelembap semula jadi yang memberi banyak manfaat dalam bidang kecantikan. Selain membantu mengurangkan parut jerawat, ia juga boleh menjadikan wajah tampak lebih bersinar dan cerah. Untuk mengurangkan parut jerawat, sapukan madu asli pada bahagian parut jerawat di wajah anda. Urut wajah secara lembut dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu bilas dengan air bersih.

2) Lemon - Lemon mempunyai kandungan yang boleh mencerahkan tona kulit, membuang sel kulit mati dan menjadikan kulit wajah lebih elastik. Malah patinya juga boleh mengurangkan parut jerawat pada wajah. Sapu pati lemon pada parut berjerawat dan biarkan selama 15 minit sebelum membasuhnya dengan air bersih.

3) Minyak zaitun - Minyak zaitun bukan sahaja berkhasiat untuk kesihatan malah bagus untuk menghilangkan kesan jerawat. Sapukan minyak zaitun terutamanya pada bahagian wajah yang berparut jerawat. Selain mengurangkan parut jerawat, penggunaan yang konsisten juga boleh menjadikan wajah awet muda dan berseri.

4) Putih telur - Sediakan sebiji telur ayam kampung, kemudian pisahkan antara kuning dan putihnya. Campurkan putih telur dan pukul hingga kembang. Kemudian oleskan pada kulit wajah terutamanya yang berparut hitam disebabkan oleh jerawat. Biarkan hingga kering, kemudian bilas dengan air bersih.

5) Lidah buaya - Lidah buaya dipercayai memiliki banyak khasiat terutamanya untuk menghilangkan parut pada wajah. Kajian saintifik membuktikan bahawa lidah buaya miliki bahan yang dapat mempercepatkan proses pembentukan sel kulit baharu. Anda hanya perlu potong daun lidah buaya dan sapukan lendir bahagian dalam lidah buaya ke parut jerawat. Biarkan lendir itu kering sendiri dan meresap di dalam kulit. Selepas itu, anda boleh mencuci wajah dengan air suam sehingga bersih.

6) Masker beras - Beras juga menawarkan banyak khasiat kepada kulit. Untuk membuat masker beras, ambil segenggam beras yang belum dicuci dan tumbuk sehingga halus. Rendamkan semalaman dengan segelas air. Keesokkan harinya, buang air jernih yang terdapat di bahagian atas. Gunakan mendapan pekat putih pada lapisan bawah. Campurkan bahan tadi bersama satu sudu kecil madu. Sapukan pada wajah yang berparut dan biarkan selama 30 minit. Akhir sekali bilas dengan air suam. Amalkan secara konsisten untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

7) Asam jawa - Asam jawa juga boleh membantuk mengurangkan kesan jerawat pada wajah. Caranya mudah sahaja, ambil sedikit asam jawa dan bancuh dengan air masak. Pastikan ia tidak terlalu cair. Sapu ramuan tadi pada kulit berparut kira-kira 20 ke 30 minit. Biarkan ia kering dan bilas dengan air bersih. Walau bagaimanapun petua ini kurang sesuai diamalkan bagi anda yang memiliki kulit kering.

8) Jus timun - Timun sangat bagus untuk kecantikan kulit wajah. Kandungan airnya boleh menyegarkan kulit wajah, malah cara pemakaiannya juga mudah. Anda hanya perlu hiris timun segar dan tepekkan pada wajah yang berparut. Biarkan selama 30 minit kemudian cuci wajah anda dengan air sejuk. Amalkan setiap hari agar kesan parut itu hilang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia