JUDUL BUKU TERKINI
Saturday, December 17, 2016
Thursday, December 15, 2016
Thursday, December 8, 2016
Wednesday, December 7, 2016
1)
Sakit Jantung
Merupakan rasa sakit yang amat sangat pada bahagian dada secara
berterusan sehingga setengah jam. Ia menjalar ke tangan kiri dan
rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas dan perasaan takut
yang keterlaluan. Apabila saluran darah pada otot jantung tersumbat,
risiko kematian boleh berlaku.
Faktor penyebab :
Asap rokok, tekanan perasaan, kandungan lemak yang tinggi, kurang
bersenam, darah tinggi dan kencing manis
2)
Penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD)
Merupakan gangguan pernafasan kronik yang secara beransur-ansur
menjejaskan fungsi paru-paru dan mengehadkan aliran udara.
Faktor penyebab :
Merokok
3)
Kencing manis
Turut dikenali sebagai diabetes mellitus. Ia disebabkan ketiadaan
atau kekurangan penghasilan insulin iaitu suatu hormon yang
dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan
penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk
proses glikogenesis iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam
hati dan otot.
Faktor penyebab :
Genetik, obesiti, kerap mengambil makanan atau minuman yang mempunyai
kadar gula yang tinggi dan yang mempunyai radang pada pankreas.
4)
Strok
Merupakan sejenis penyakit otak yang sering berlaku secara tiba-tiba,
biasanya disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah.
Faktor
penyebab : Faktor usia terutamanya melebihi 55 tahun, diabetes,
genetik, darah tinggi, penyakit jantung, kiraan sel darah merah yang
tinggi dan merokok.
5) Kanser pankreas
Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus
penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus
kemudian merebak ke limpa, hati, paru-paru dan peritoneum.
Faktor
penyebab : Amalan pemakanan seperti pengambilan gula dan kopi yang
tinggi, diabetes dan merokok.
6) Kanser prostat
Merupakan ketumbuhan sel-sel tidak normal yang berlaku di dalam
kelenjar prostat iaitu kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak
di bawah pundi kencing lelaki.
Faktor
penyebab : Kebanyakannya disebabkan oleh hormon lelaki iaitu
testosteron.
7) Tekanan darah tinggi
Turut dikenali sebagai hipertensi yang merupakan tekanan yang
dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam
darah.
Faktor
penyebab : Pengambilan makanan yang tinggi lemak dan garam, merokok,
minuman beralkohol, kurang bersenam dan tekanan perasaan.
8) Batu karang
Air kencing mengandungi garam galian yang telah hancur jika garam ini
terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan
batu karang atau galistone.
Faktor
penyebab : Kurang minum air, suka menahan dari membuang air kecil,
genetik, faktor umur, kesan sampingan ubat, kurang bersenam dan
tabiat pemakanan yang kurang sihat.
9) Obesiti
Golongan obes adalah mereka yang mengalami berat badan yang
berlebihan akibat kandungan lemak.
Faktor
penyebab : Genetik, kurang bersenam, tidak mengamalkan pemakanan yang
sihat, pengambilan makanan yang berlebihan, penyakit-penyakit
metabolisme endokrin dan sindrom metabolik.
Soalan : Adakah benar ada dosa yang tidak diampunkan Allah walaupun hambaNya telah bertaubat. Mohon penjelasan daripada ustaz.
Jawapan : Sidang pembaca yang dirahmati oleh Allah. Merujuk soalan di atas, kita diminta bertaubat kepada Allah. Kita sentiasa berdosa kepada Allah. Kadang-kadang kita perasan melakukan dosa dan kadangkala tidak.
Berhutang
Di antara dosa-dosa yang tidak diampunkan Allah kecuali setelah kita memohon maaf dan menyelesaikan dosa-dosa kita dengan orang antaranya ialah berhutang. Antara faktor menyebabkan seseorang terjebak dalam hutang adalah :-
- Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.
- Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya.
- Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.
- Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.
- Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian.
Dalam hal ini, jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (darurat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud ;
“Daripada Abu Hurairah berkata, seseorang bertanya, “Ya Rasulullah, pekerjaan apa yang paling baik? Baginda bersabda, memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya.”
Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba.
Rasulullah SAW sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih berhutang. Jika si mati mempunyai hutang, baginda menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau meminta sesiapa yang sanggup menanggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserahkan atau ditanggung oleh pihak Baitulmal.
Makan harta anak yatim secara haram
Bagi menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut. Jika anak yatim memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tidak memaafkan maka dosanya tidak terhapus.
Menuduh wanita solehah berzina
Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut. Jika dimaafkan, maka terhapuslah dosa dan penuduh boleh bertaubat. Sekiranya tidak, maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT.
Lari dari medan jihad Allah SWT
Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki syurga. Cuba kaji dalam sejarah Islam tentang hukuman mereka yang lari dari medan jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut.
Melakukan sihir
Mereka belajar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah melainkan mengucap kembali kalimah syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya.
Syirik kepada Allah
Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk sama ada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kalimah syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah menerima kembali amal ibadat hamba yang telah menduakanNya.
Membunuh para Nabi
Mereka yang membunuh para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutus utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan negara Islam Madinah.
Sumber daripada : Segmen Cuci Hati, Ustaz Azhar Tuarno, Majalah Mingguan Wanita
Berdasarkan beberapa
kajian yang telah dijalankan, kekerapan duduk dalam tempoh masa yang
lama boleh menurunkan sistem metabolisme tubuh selain menganggu
aliran darah. Kesannya, anda mudah terkena penyakit jantung, tekanan
darah tinggi, hinggalah kanser.
Itu belum lagi mengambil
kira bahan yang digunakan untuk menghasilkan sofa tersebut. Tidak
mustahil terkandung bahan kimia berbahaya. Secara tidak langsung, ia
meningkatkan risiko kesihatan. Berikut adalah beberapa tip sihat yang
boleh diamalkan bagi menghindarkan diri dari terkena penyakit
disebabkan kebiasaan buruk ini.
Elak material mudah
koyak
Duduk
di atas sofa yang mempunyai material mudah koyak dikhuatiri boleh
meningkatkan pendedahan kepada bahan kimia yang terdapat dalam sofa
tersebut. Oleh sebab itulah, sebelum membuat keputusan untuk membeli
sofa teliti terlebih dahulu bahan-bahan yang digunakan untuk
menghasilkannya agar tahap kesihatan sentiasa terpelihara.
Pilih bahan alami
Sofa
yang menggunakan bahan semula jadi seperti kayu dikatakan lebih
selamat dan sihat untuk tubuh berbanding sofa yang menggunakan bahan
proses seperti poliuretana. Ini kerana, bahan tersebut menyimpan
banyak sumber kimia yang tentunya membahayakan kesihatan.
Jaga kebersihan
Menjaga
kebersihan sofa juga penting bagi mendapatkan tubuh yang sentiasa
sihat. Paling tidak, rajinkan diri untuk membersihkan sofa
sekurang-kurangnya seminggu sekali. Ingat, sofa mudah sahaja dicemari
oleh debu, kuman serta kotoran yang terselit di celah-celahnya.
Jalani gaya hidup yang
sihat
Menjaga
kebersihan sofa sahaja sebenarnya tidak cukup sekiranya anda tidak
mempraktikkan amalan gaya hidup yang sihat. Setelah mengamalkan pola
hidup yang sihat merangkumi hal pemakanan, senaman, diet yang
seimbang, waktu tidur yang cukup serta aktiviti riadah. Apabila semua
ini telah dilengkapi, jangan pula mengambil kesempatan untuk
'berehat' lebih lama di atas sofa. Ia masih mengundang bahaya
sekalipun anda telah menjalani gaya hidup yang sihat.
Sumber daripada :
Majalah Mingguan Wanita, Februari 2015
Subscribe to:
Posts (Atom)
Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
LABEL
e-Books
Keratan akhbar - Berita Bencana Alam
Keratan akhbar - Berita Ekonomi
Keratan akhbar - Berita Jenayah
Keratan akhbar - Berita Kebombaan
Keratan akhbar - Berita Kesihatan
Keratan akhbar - Berita Luar Negara
Keratan akhbar - Berita Pendidikan
Keratan akhbar - Berita Sukan
Keratan akhbar - Berita Tempatan
Keratan akhbar - Dunia Haiwan
Keratan akhbar - Lensa Kamera
Keratan akhbar - Sudut Agama
Keratan akhbar - Sudut Biografi
Keratan akhbar - Sudut Dekorasi
Keratan akhbar - Sudut Hartanah
Keratan akhbar - Sudut Informasi
Keratan akhbar - Sudut Kerjaya
Keratan akhbar - Sudut Kesusasteraan
Keratan akhbar - Sudut Libur
Keratan akhbar - Sudut Lipatan Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Pertanian
Keratan akhbar - Sudut Psikologi
Keratan akhbar - Sudut Sains Perpustakaan
Keratan akhbar - Sudut Sejarah
Keratan akhbar - Sudut Teknologi
Koleksi Video Youtube Channel (PerpustakaanJBPM Channel)
Sipnosis Buku
TANYALAH PUSTAKAWAN
ARTIKEL SEBELUMNYA
-
►
2024
(2372)
- ► September 2024 (163)
- ► August 2024 (215)
- ► April 2024 (237)
- ► March 2024 (326)
- ► February 2024 (361)
- ► January 2024 (397)
-
►
2023
(2471)
- ► December 2023 (347)
- ► November 2023 (261)
- ► October 2023 (298)
- ► September 2023 (243)
- ► August 2023 (126)
- ► April 2023 (164)
- ► March 2023 (176)
- ► February 2023 (179)
- ► January 2023 (148)
-
►
2022
(1831)
- ► December 2022 (214)
- ► November 2022 (116)
- ► October 2022 (163)
- ► September 2022 (211)
- ► August 2022 (116)
- ► April 2022 (144)
- ► March 2022 (139)
- ► February 2022 (162)
- ► January 2022 (148)
-
►
2021
(1779)
- ► December 2021 (139)
- ► November 2021 (162)
- ► October 2021 (161)
- ► September 2021 (244)
- ► August 2021 (351)
- ► April 2021 (80)
- ► March 2021 (77)
- ► February 2021 (69)
- ► January 2021 (34)
-
►
2020
(284)
- ► December 2020 (14)
- ► November 2020 (1)
- ► October 2020 (61)
- ► September 2020 (20)
- ► August 2020 (25)
- ► March 2020 (31)
- ► February 2020 (48)
-
►
2019
(533)
- ► December 2019 (15)
- ► November 2019 (37)
- ► October 2019 (59)
- ► September 2019 (20)
- ► August 2019 (37)
- ► April 2019 (67)
- ► March 2019 (52)
- ► February 2019 (43)
- ► January 2019 (24)
-
►
2018
(349)
- ► December 2018 (24)
- ► November 2018 (38)
- ► October 2018 (97)
- ► September 2018 (4)
- ► August 2018 (31)
- ► April 2018 (25)
- ► March 2018 (34)
- ► February 2018 (12)
- ► January 2018 (19)
-
►
2017
(128)
- ► December 2017 (16)
- ► November 2017 (12)
- ► October 2017 (10)
- ► September 2017 (20)
- ► August 2017 (10)
- ► April 2017 (6)
- ► March 2017 (4)
- ► February 2017 (8)
- ► January 2017 (8)
-
▼
2016
(111)
- ▼ December 2016 (6)
- ► November 2016 (7)
- ► October 2016 (16)
- ► September 2016 (9)
- ► August 2016 (7)
- ► April 2016 (4)
- ► March 2016 (3)
- ► February 2016 (15)
- ► January 2016 (11)
-
►
2015
(151)
- ► December 2015 (10)
- ► November 2015 (27)
- ► October 2015 (28)
- ► September 2015 (10)
- ► August 2015 (16)
- ► April 2015 (7)
- ► March 2015 (19)
- ► February 2015 (10)
- ► January 2015 (6)
-
►
2014
(80)
- ► December 2014 (9)
- ► November 2014 (4)
- ► October 2014 (11)
- ► September 2014 (4)
- ► August 2014 (7)
- ► April 2014 (16)
- ► March 2014 (9)
- ► February 2014 (5)
- ► January 2014 (5)
-
►
2013
(68)
- ► April 2013 (2)
- ► March 2013 (20)
- ► February 2013 (25)
- ► January 2013 (9)
-
►
2012
(230)
- ► December 2012 (4)
- ► November 2012 (38)
- ► October 2012 (21)
- ► September 2012 (15)
- ► August 2012 (14)
- ► April 2012 (9)
- ► March 2012 (6)
- ► February 2012 (9)
- ► January 2012 (15)
-
►
2011
(126)
- ► December 2011 (31)
- ► November 2011 (20)
- ► October 2011 (26)
- ► September 2011 (9)
- ► August 2011 (7)
- ► April 2011 (5)
- ► March 2011 (3)
- ► February 2011 (2)
- ► January 2011 (5)
ARTIKEL TERKINI
KEKERAPAN BACAAN ARTIKEL
-
PENGENALAN Tahukah anda sistem pengkelasan dan pengkatalogan dalam ilmu sains perpustakaan adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada p...
-
Secara umumnya, terdapat lima kelas api di rumah. Alat pemadam api dilabelkan berdasarkan "Simbol" atau "Penggunaan Huruf...