MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Wednesday, December 7, 2016

Dosa yang tidak diampunkan


Soalan : Adakah benar ada dosa yang tidak diampunkan Allah walaupun hambaNya telah bertaubat. Mohon penjelasan daripada ustaz. 

Jawapan : Sidang pembaca yang dirahmati oleh Allah. Merujuk soalan di atas, kita diminta bertaubat kepada Allah. Kita sentiasa berdosa kepada Allah. Kadang-kadang kita perasan melakukan dosa dan kadangkala tidak. 

Berhutang 
Di antara dosa-dosa yang tidak diampunkan Allah kecuali setelah kita memohon maaf dan menyelesaikan dosa-dosa kita dengan orang antaranya ialah berhutang. Antara faktor menyebabkan seseorang terjebak dalam hutang adalah :- 
  • Ingin memenuhi kehendak dan tuntutan hawa nafsu untuk memiliki sesuatu yang tidak mampu ditunaikan kecuali dengan berhutang.
  • Pengaruh daripada sahabat handai atau jiran tetangga yang sering memberi galakan untuk berhutang. Lantaran itu dia berbuat demikian, walaupun pada hakikat dirinya itu tidak memerlukan, tetapi hanya untuk berbangga dengan apa yang dimilikinya. 
  • Sikap tidak berasa puas dan cukup dengan apa yang dimiliki dan sanggup berhutang demi memenuhi kehendak dan hajatnya tanpa memikirkan akibat yang mendatang.
  • Kemudahan pinjaman yang disediakan oleh beberapa pihak tertentu seperti institusi kewangan dan perbankan bagi menggalakkan lagi amalan berhutang.
  • Berkehendakkan sesuatu benda yang membabitkan kebendaan dengan cepat dan segera walaupun hakikatnya dia tidak mampu berbuat demikian. 
Dalam hal ini, jika perkara yang hendak dimiliki itu adalah keperluan asasi (darurat) seperti makanan, minuman, tempat tinggal, pakaian dan pelajaran, maka Islam membenarkan berhutang sebagaimana dalam sebuah hadis bermaksud ; 

“Daripada Abu Hurairah berkata, seseorang bertanya, “Ya Rasulullah, pekerjaan apa yang paling baik? Baginda bersabda, memasukkan kepada saudara kamu kegembiraan atau melunaskan hutangnya atau memberi roti (makanan) kepadanya.” 

Jika perkara yang ingin dimiliki itu bukan perkara asasi atau penting dalam kehidupan seseorang itu, maka tidak perlulah dia berhutang. Ini kerana hanya akan menambahkan bebanan, lebih-lebih lagi jika membabitkan institusi kewangan dan perbankan yang mengamalkan sistem riba. 

Rasulullah SAW sendiri tidak akan menyembahyangkan jenazah orang yang masih berhutang. Jika si mati mempunyai hutang, baginda menyuruh sahabatnya menyembahyangkan jenazah itu atau meminta sesiapa yang sanggup menanggung hutang si mati. Jika tiada, maka hutang itu akan diserahkan atau ditanggung oleh pihak Baitulmal. 

Makan harta anak yatim secara haram 
Bagi menghapuskan dosa tersebut pemakan harta anak yatim mesti membayar kembali harta yang digunakan serta memohon maaf kepada anak yatim tersebut. Jika anak yatim memaafkan perbuatannya, barulah boleh bertaubat kepada Allah SWT. Seandainya anak yatim tidak memaafkan maka dosanya tidak terhapus. 

Menuduh wanita solehah berzina 
Orang yang menuduh wanita solehah hendaklah memohon maaf kepada wanita tersebut. Jika dimaafkan, maka terhapuslah dosa dan penuduh boleh bertaubat. Sekiranya tidak, maka dosa tidak terhapus dan tidak boleh bertaubat kepada Allah SWT.

Lari dari medan jihad Allah SWT 
Mereka yang lari dari medan jihad adalah mereka yang dayus dan tidak layak memasuki syurga. Cuba kaji dalam sejarah Islam tentang hukuman mereka yang lari dari medan jihad sehingga Rasulullah SAW terpaksa menunggu arahan Allah SWT untuk memaafkan kesalahan tersebut. 

Melakukan sihir 
Mereka belajar sihir dan pengamal sihir adalah mereka yang syirik kepada Allah SWT, memang tidak layak bertaubat kepada Allah melainkan mengucap kembali kalimah syahadah dan mesti menyerah kepada kerajaan Islam untuk melaksanakan hukuman yang sewajarnya. 

Syirik kepada Allah 
Dosa syirik atau menyamakan Allah SWT dengan makhluk sama ada melalui niat, percakapan dan perbuatan yang disedari atau tidak disedari maka dosa ini tidak boleh bertaubat kecuali dengan mengucap kembali kalimah syahadah dan pemerintah Islam mesti melaksanakan hukuman hudud barulah Allah menerima kembali amal ibadat hamba yang telah menduakanNya. 

Membunuh para Nabi 
Mereka yang membunuh para Nabi hendaklah dihukum bunuh dan terserah kepada Allah SWT untuk mengazab mereka. Rasulullah SAW pernah mengutus utusan untuk membunuh mereka yang menghina atau mengejek Allah SWT dan Rasulullah SAW semasa penubuhan negara Islam Madinah. 

Sumber daripada : Segmen Cuci Hati, Ustaz Azhar Tuarno, Majalah Mingguan Wanita

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia