1)
Sakit Jantung
Merupakan rasa sakit yang amat sangat pada bahagian dada secara
berterusan sehingga setengah jam. Ia menjalar ke tangan kiri dan
rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran bernafas dan perasaan takut
yang keterlaluan. Apabila saluran darah pada otot jantung tersumbat,
risiko kematian boleh berlaku.
Faktor penyebab :
Asap rokok, tekanan perasaan, kandungan lemak yang tinggi, kurang
bersenam, darah tinggi dan kencing manis
2)
Penyakit sekatan pernafasan kronik (COPD)
Merupakan gangguan pernafasan kronik yang secara beransur-ansur
menjejaskan fungsi paru-paru dan mengehadkan aliran udara.
Faktor penyebab :
Merokok
3)
Kencing manis
Turut dikenali sebagai diabetes mellitus. Ia disebabkan ketiadaan
atau kekurangan penghasilan insulin iaitu suatu hormon yang
dihasilkan oleh pankreas. Insulin berfungsi untuk meningkatkan
penyimpanan karbohidrat, lemak dan protein. Ia bertanggungjawab untuk
proses glikogenesis iaitu penukaran glukosa kepada glikogen dalam
hati dan otot.
Faktor penyebab :
Genetik, obesiti, kerap mengambil makanan atau minuman yang mempunyai
kadar gula yang tinggi dan yang mempunyai radang pada pankreas.
4)
Strok
Merupakan sejenis penyakit otak yang sering berlaku secara tiba-tiba,
biasanya disebabkan oleh saluran darah yang tersumbat atau pecah.
Faktor
penyebab : Faktor usia terutamanya melebihi 55 tahun, diabetes,
genetik, darah tinggi, penyakit jantung, kiraan sel darah merah yang
tinggi dan merokok.
5) Kanser pankreas
Pankreas adalah kelenjar yang menghasilkan insulin, hormon dan jus
penghadam makanan. Kanser pankreas bermula dari lapisan duktus
kemudian merebak ke limpa, hati, paru-paru dan peritoneum.
Faktor
penyebab : Amalan pemakanan seperti pengambilan gula dan kopi yang
tinggi, diabetes dan merokok.
6) Kanser prostat
Merupakan ketumbuhan sel-sel tidak normal yang berlaku di dalam
kelenjar prostat iaitu kelenjar yang mengelilingi uretra dan terletak
di bawah pundi kencing lelaki.
Faktor
penyebab : Kebanyakannya disebabkan oleh hormon lelaki iaitu
testosteron.
7) Tekanan darah tinggi
Turut dikenali sebagai hipertensi yang merupakan tekanan yang
dihasilkan oleh darah ke atas dinding arteri semasa jantung mengepam
darah.
Faktor
penyebab : Pengambilan makanan yang tinggi lemak dan garam, merokok,
minuman beralkohol, kurang bersenam dan tekanan perasaan.
8) Batu karang
Air kencing mengandungi garam galian yang telah hancur jika garam ini
terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan
batu karang atau galistone.
Faktor
penyebab : Kurang minum air, suka menahan dari membuang air kecil,
genetik, faktor umur, kesan sampingan ubat, kurang bersenam dan
tabiat pemakanan yang kurang sihat.
9) Obesiti
Golongan obes adalah mereka yang mengalami berat badan yang
berlebihan akibat kandungan lemak.
Faktor
penyebab : Genetik, kurang bersenam, tidak mengamalkan pemakanan yang
sihat, pengambilan makanan yang berlebihan, penyakit-penyakit
metabolisme endokrin dan sindrom metabolik.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...