MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, October 14, 2016

Mengenai pasukan EMRS





LATAR BELAKANG
Pada tahun 2006, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia serta Malaysian Society for Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM) telah menubuhkan Pasukan khas iaitu Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan atau Emergency Medical Rescue Services (EMRS). Segala kepakaran anggota EMRS dilatih dan ditauliahkan oleh Malaysian Association of Traumatology and Emergency Medicine (MASTEM) atau Pertubuhan Perubatan Kecemasan dan Traumatologi Malaysia. Kerajaan juga bersetuju meluluskan bayaran “Insentif Pre Hospital Care” sebanyak RM 100.00 sebulan kepada Pasukan EMRS JBPM berkuatkuasa pada 1 Januari 2007.


OBJEKTIF DAN PERANAN UTAMA
Objektif utama pasukan EMRS ialah memberikan pengetahuan serta kemahiran penilaian awal serta pengurusan mangsa ditempat kejadian, supaya perawatan kecemasan awal dapat dimulakan seterusnya dapat mengurangkan mortality serta morbidity.


Antara tugas dan tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pasukan ini ialah: Melaksanakan perkhidmatan perawatan kecemasan perubatan ke atas anggota bomba dan juga pemeriksaan kesihatan kepada pasukan khas yang lain seperti HAZMAT, PPDA dan pasukan mencari dan menyelamat sebelum dan selepas latihan mahupun semasa operasi. Melaksanakan perkhidmatan perawatan kecemasan perubatan ke atas mangsa yang terlibat dalam kemalangan atau apa-apa insiden di darat, air dan udara. Membuat penilaian kesihatan terhadap mangsa untuk memulihkan pernafasan, mengawal pendarahan dan menstabilkan mangsa sebelum menyerahkan kepada pihak hospital. Tugas bantuan semasa operasi bencana yang melibatkan tumpahan bahan kimia berbahaya oleh pasukan HAZMAT dan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA), atau lain-lain pasukan dalam operasi mencari dan menyelamat: Anggota EMRS hendaklah melaksanakan tugas-tugas perawatan dan penyelamatan mangsa di ”Red Zone” dalam kes HAZMAT dan runtuhan struktur mengikut Prosedur Operasi Seragam yang berkaitan. Pasukan EMRS perlu menjalankan kerja-kerja pemeriksaan kesihatan ke atas anggota HAZMAT, anggota PPDA dan pasukan mencari dan menyelamat yang lain serta memberi rawatan kecemasan yang bersesuaian kepada mangsa.


JENTERA EMRS
Bermaksud kenderaan yang lengkap dengan peralatan perawatan perubatan dan peralatan menyelamat asas yang digunakan semasa operasi untuk menyelamat atau merawat mangsa serta menghantar mangsa atau pesakit ke hospital sekiranya perlu. JENTERA EMRS boleh digerakkan untuk kes yang mana hanya memerlukan perkhidmatan untuk memindahkan pesakit ke pusat rawatan perubatan dengan permohonan daripada pihak KKM. JENTERA EMRS bukanlah seperti Ambulan KKM, kerana tugas utama anggota EMRS adalah memberi perawatan awal kepada anggota Bomba khususnya dan orang awam ditempat kejadian. Pada masa kini, jabatan telah dibekalkan dengan 99 buah JENTERA EMRS yang beroperasi di seluruh negara dan akan bertambah pada masa terdekat.

SYARAT ASAS PEMILIHAN DAN KEPERLUAN LATIHAN
Selain menjalani pemeriksaan taraf kesihatan, ujian air kencing/drug test dan pemeriksaan/perakuan fizikal oleh doktor perubatan kerajaan, semua pegawai bomba yang akan dilantik sebagai anggota EMRS wajib melalui ujian bertulis, lisan dan amali.

Kursus yang perlu dihadiri:-

Tahap 1: Emergency Medical Trauma Technician Basic selama 3 minggu (Teori) dan Penempatan di hospital selama 120 Jam Bahagian Kecemasan (Praktikal)

Tahap 2 : Emergency Medical Trauma Technician Advanced (Instructor course) selama 2 minggu. Emergency Medical Trauma Technician Refresher selama 1 minggu (latihan pengukuhan) Anggota bomba yang telah dilantik dan ditauliahkan, wajib menjalani latihan pengukuhan bulanan sebanyak 20 jam mengikut pada modul - modul yang terkandung dalam buku log EMRS. Setiap buku log tersebut perlu dilengkapkan dan disahkan oleh ketua balai atau pegawai kanan. Selain menjalani kursus asas EMRS, anggota EMRS juga berpeluang untuk mengikuti Kursus Pembantu Perubatan Selam (Diving Medical Asisstant) dijalankan oleh Angkatan Tentera (Institut Perubatan Bawah Air dan Hiperbarik) selama 8 minggu. Anggota-anggota Pembantu Perubatan Selam perlu mempunyai kebolehan dalam mengenalpasti penyakit selam, memberi rawatan awal kepada penyelam dan mengendalikan recompression chamber. Buat masa seramai 28 anggota yang telah berjaya mengikuti kursus Pembantu Perubatan Selam ini. Dan ditempatkan di seluruh Malaysia.

PERANCANGAN SEMASA DAN MASA HADAPAN

Jabatan sentiasa merancang untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan setiap anggota EMRS dari segi pengetahuan dan kemudahan logistik. Mungkin suatu hari nanti Jabatan Bomba akan mempunyai anggota Paramediknya sendiri dalam memantapkan lagi perkhidamtannya.

PENUTUP
Melalui pelbagai program dan kursus yang telah dianjurkan oleh jabatan, ianya dapat meningkatkan tahap kesiapsigaan anggota EMRS supaya berada pada tahap yang tertinggi. Pasukan ini juga akan bertindak melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan professional bagi melaksanakan visi dan misi jabatan.


Disediakan oleh: PgB Andy Alie (Bhgn Operasi Putrajaya)
PBT Noorhamidi bin Ali (Akademi Bomba)
Sumber daripada : Portal Akademi Bomba Dan Penyelamat Malaysia

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia