- Mengamalkan komunikasi terbuka
Sedia menerima teguran dan cadangan dengan fikiran terbuka apabila berkomunikasi dan bersemuka dengan pekerja. Jika ada sebarang perkara berbangkit, ketua sentiasa jujur dan berterus terang kepada pekerja yang sering memerlukan maklumat tepat dalam sesuatu situasi. Elakkan daripada merahsiakan sesuatu hal terutama yang melibatkan pekerja anda. Ini bagi mengelakkan timbulnya prasangka dan ketidakpuasan hati pekerja terhadap anda.
- Pengagihan tugasan yang saksama
Memastikan pekerja memahami hala tuju yang diingini. Selain pengurus perlu berhati-hati dalam mengagihkan tugasan kepada pekerjanya, agar dapat mengelak sesuatu salah faham yang berkemungkinan berlaku. Elakkan daripada membebankan satu pihak kerana merasakan pekerja tersebut boleh diharap dan tidak banyak membantah sekiranya diberi apa-apa tugasan. Kadang-kadang bila kita terlepas pandang hal tersebut, dn ajukan pertanyaan kepada pekerja sama ada tugasan yang diberikan mempunyai masalahdan beritahu anda sedia berkongsi untuk mengatasinya.
Ketua yang prihatin akan memberi penghargaan kepada pekerja yang telah menunjukkan yang telah menunjukkan pencapaian terbaik dalam melaksanakan sesuatu tugas. Dengan memberi anugerah atau bonus kepada pekerja supaya mereka sentiasa merasa hasil titik peluh dihargai. Tidak perlu hadiah mahal. Memadai dengan pujian atau menghargainya di hadapan pekerja lain. Sekali gus ia menaikkan semangat pekerja bekenaan untuk terus berusaha dan menjadi sumber inspirasi kepad pekerja lain untuk turut sama berusaha.
- Memberi tunjuk ajar dan sokongan pekerja
Pengurus juga jangan kedekut ilmu untuk membantu pekerja melaksanakan sesuatu tugasan. tidak salah anda hulurkan kerjasama sekiranya ada sebarang masalah yang berkaitan dengan pencapaian dan prestasi organisasi.
- Menerima pendapat orang lain
Bukan hanya pendapat dirinya sahaja yang diambil kira tetapi turut menerima pendapat orang lain. Idea dan kemahiran yang ada pada pekerja perlu didengar, mana tahu dapat memberikan input yang bermanfaat pada syarikat. Jangan mudah melatah atau tunjuk sikap yang baik kepada bekerja kerana ia sikap begini menjadi contoh buat pekerja.
Pengurus yang bijak tidak akan mudah putus semangat dan cepat mengaku kalah apabila berdepan dengan sesuatu masalah. Jika masalah tidak dapat diselesaikan dengan satu cara, dia menggunakan cara lain dan sentiasa bersikap positif. Jangan mudah mengalah, tunjukkan anda mampu melakukannya sekali gus memberi aura yang sama kepada pekerja bawahannya.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...