Friday, July 29, 2016

Fakta Air


  • Sungai tercemar ialah sungai yang telah mengalami perubahan kepada sifat fizikal, kimia dan biologi sehingga menjejas kegunaan berfaedah air, menyebabkan keadaan berbahaya kepada kesihatan atau kebajikan awam atau kepada kehidupan dan tumbuhan.
  • Air digunakan dalam pelbagai aktiviti harian, tiga kegunaan utama ialah: domestik, industri dan pengairan dalam sektor pertanian.
  • Air permukaan adalah air yang mengalir di permukaan Bumi.
  • Kategori air adalah air di dalam sungai, tasik, pantai, dan air larian permukaan. Walaubagaimapaun air tanah juga dikenali sebagai air bawah tanah.
  • Lembangan sungai ialah kawasan dari mana semua air larian permukaan mengalir melalui jaringan anak-anak sungai, sungai-sungai utama dan kemungkinan tasik dan berakhir ke laut melalui satu kuala, muara atau delta.
  • Air juga digunakan dalam akuakultur, eko-pelancongan, aktiviti sosial, perlombongan, dan untuk pengeluaran hidroelektrik secara tidak langsung.
  • Tebatan Banjir ialah kerja-kerja yang melibatkan pengurusan kesan banjir, bukan usaha untuk menghalang kejadian banjir daripada berlaku.
  • Air Panas ialah Mata air panas terbentuk apabila air di permukaan bumi menyerap masuk ke bawah tanah lalu di panaskan (boleh sehingga ke takat didih) oleh batuan panas dan kemudian mengalir semula ke permukaan.
  • Air tanah ialah air yang terdapat dalam lapisan tanah atau bebatuan di bawah permukaan tanah.
  • Alur ialah Lekuk pada dasar laut samada ianya tertutup,garisan,sempit,cetek.
  • Banjir ialah satu badan air yang meningkat naik, membuak dan melimpah ke kawasan tanah yang kebiasannya tidak menakung air.
  • Kualiti Air ialah pernyataan mengenai suatu badan air di mana ciri-cirinya boleh diukur dari segi fizikal, kimia dan biologi (sekurang-kurangnya) serta penceritaan (narrative statements) boleh dibuat mengenainya.
  • Loji Rawatan Air ialah tempat menapis dan merawat air.
  • Permatang ialah ketinggian bentuk muka bumi dasar laut yang kedalamannya menjadi cetek tetapi tidak membahayakan keselamatan pelayaran.
  • Air graviti adalah sistem bekalan air dimana sumber air terletak ditempat yang lebih tinggi daripada tempat ianya digunakan. Bekalan air diagihkan melalui daya graviti semulajadi.
  • Kira-kira 97% daripada air di bumi adalah air masin (salt water) dan hanya 3% sahaja air tawar (fresh water). Lebih dua pertiga daripada air tawar merupakan ais manakala bakinya ditemui sebagai air tanah dan sebahagian kecil sahaja sebagai air permukaan.
  • Telaga Aluvium ialah telaga yang digali ke dalam lapisan aluvium bagi mendapatkan air tanah daripada akuifer.
  • Telaga Batuan Keras ialah telaga yang digali ke dalam lapisan batuan keras bagi mendapatkan air tanah daripada akuifer.
  • Terumbu ialah permatang batu atau pasir yg terdapat di bawah atau di atas permukaan laut.
  • Terumbu Karang ialah sejenis haiwan invertebrata yang terbina daripada kalsium karbonat di dalam laut.

*Sumber daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...