MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Friday, July 22, 2016

3 Cara Mudah Untuk Makan Lebih Sayuran

sayur-sayuranRamai orang tidak suka makan sayur-sayuran, tak dinafikan ada juga yang suka kepada sayur-sayuran. Saya ada beberapa cara yang akan membantu anda makan lebih banyak sayur-sayuran dalam diet harian anda.\
 
Ramai di antara kita berfikir sayur-sayuran sebagai sesuatu yang kita makan pada waktu makan, tetapi tidak semestinya begitu. Sudah tentu sangat elok kalau kita dapat makan sayur-sayuran setiap kali waktu makan; tetapi anda juga boleh memasukkan hidangan sayur-sayuran ke dalam sos anda, smoothie dan makanan ringan. Dengan itu, berikut adalah tiga tips terbaik untuk makan lebih banyak sayur-sayuran:

1. Kisarkan Sayuran Bersama Sos Anda
Jika anda tidak suka tekstur atau rasa sayur-sayuran, anda boleh dengan mudah mencampurkan pelbagai sayur-sayuran seperti labu, lobak merah, bayam dan sayur-sayuran berdaun lain ke dalam sos pasta anda. Anda juga boleh campurkan sayur-sayuran ke dalam sos untuk daging atau ikan. Mengadunkan sayur-sayuran ke dalam sos adalah terbaik untuk mereka yang inginkan nutrien daripada sayur-sayuran, tetapi tidak suka kepada rasa atau teksturnya. Cuba dan lihat jika anda akan menjadi salah satu daripada kisah kejayaan.

2. Snek dengan Smoothie Hijau
Cara lain untuk memasukkan sayur-sayuran ke dalam diet harian anda adalah dengan menggunakannya dalam smoothie hijau. Hijau di sini bukan bermakna anda harus menggunakan sayur-sayuran hijau sahaja. Anda boleh menggunakan sayur-sayuran warna lain seperti labu, lobak merah, tomato dan lain-lain, untuk menambah nutrien kepada diet anda.
Dicadangkan anda tidak menggunakan terlalu banyak buah-buahan, kerana ia akan meningkatkan kandungan gula dalam smoothie. Gunakan sayur-sayuran dengan sedikit buah-buahan untuk perisa. Jika anda ingin menambahkan protein, anda boleh kisar badam atau ricihan kacang lain menjadikannya serbuk dan diadun menjadi smoothie. Dengan cara ini, anda benar-benar tahu bahawa segala-galanya di dalam smoothie anda adalah terus dari alam semula jadi.

3. Menggunakan Sayur-sayuran Sebagai Alat Pencelup
Akhir sekali, kebanyakan kita berfikir bahawa kita perlu menggunakan keropok atau cip untuk mencelup, tetapi sayur-sayuran adalah pilihan yang lebih sihat untuk mencelup ke dalam salsa, mentega kacang, hummus atau kuah-kuah lain. Dengan menggunakan sayur-sayuran seperti brokoli, kubis bunga, lobak merah, saderi dan lada benggala untuk mencelup, anda akan mengurangkan saiz pinggang dan meningkatkan pengambilan nutrien. Selain dari itu, pilihan ini mungkin boleh juga membantu meningkatkan tahap tenaga anda – bukannya membuat anda merasa lembap, seperti jika memakan kanji diproses seperti kerepek dan keropok.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia