Tuesday, February 18, 2014

TIP TANGANI TEKANAN


Anda sering merasa tertekan dengan keadaan sekeliling? Tekanan bukan sahaja berpunca daripada masalah di tempat kerja, malah ia turut merangkumi masalah-masalah lain seperti masalah dengan pasangan, keluarga, persekitaran dan sebagainya. Berikut disenaraikan lapan tip menangani tekanan :

  1. KENALI MASALAH – Apakah masalah yang dihadapi mengakibatkan timbulnya tekanan dalam diri?
  2. KURANGKAN KEPADA PENDEDAHAN YANG BOLEH MEMBAWA KEPADA TEKANAN – Kurangkan bebanan kerja. Jika kerja bertambah berat maka stres akan bertambah.
  3. BELAJAR SEMAIKAN EMPAT PERKARA IAITU KELUARGA, KERJA, REHAT DAN KAWAN-KAWAN – Imbangi hubungan keluarga, kerja, kawan dan waktu rehat.
  4. GUNAKAN DIARI – Bagi mendapatkan kehidupan yang lebih berkesan dan teratur, pengunaan diari amat digalakkan. Diari berfungsi sebagai reminder tentang temu janji dan perkara-perkara yang penting dan perlu diingati.
  5. BELAJAR CARA MEREHATKAN MINDA DAN BADAN – Pejam mata, lapangkan fikiran, tarik nafas. Bernafas secara perlahan-lahan hingga atas pusat (tiga jari diletakkan di atas pusat). Lepaskan nafas perlahan-lahan melalui hidung, angkat tangan perlahan-lahan apabila udara masuk ke perut. Tahan nafas beberapa saat, lepaskan perlahan-lahan dan ulangi beberapa kali. Cara ini akan memberikan laluan kepada oksigen masuk ke dalam darag dan dapat merehatkan badan.
  6. BELAJAR MEREHATKAN BADAN – Jadi seperti seekor kucing atau stoking lembut. Relaks badan seperti objek-objek itu. Tengok stoking yang lembut, lembutkan badan daripada otot supaya otot-otot dan saraf tidak tegang.
  7. BAYANGKAN SUASANA KETENANGAN – Bayangkan ketenangan air terjun yang sejuk mengalir dan kita berada di dalam air itu. Tenangkan fikiran dan bayangkan kesejukan air, bunyi air dan burung berkicau yang melegakan minda dan badan kita.
  8. PEMAKANAN YANG SEIMBANG – Dapatkan makanan yang seimbang dan berzat seperti waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...