Monday, February 24, 2014

CARA MEMOTIVASIKAN DIRI

 


Motivasi bukan sesuatu yang mudah datang, terutama jika keadaan sekeliling tidak menuntut anda untuk sentiasa mempunyai motivasi diri. Anda menyedari yang motivasi merupakan kunci utama untuk pelbagai aktiviti manusia. Terdapat beberapa petua untuk anda pertimbangkan :

Tahu apa sebenarnya yang anda mahu
Tetapkan matlamat yang nyata, atau sekurang-kurangnya matlamat yang mampu dicapai. Jika anda tahu apa yang anda mahu, anda boleh mecapainya, dan anda boleh memotivasikan diri anda untuk mendapatkannya.

Tetapkan tujuan untuk usaha yang anda lakukan
Masalah ramai orang ialah mereka bekerja keras tetapi mereka tidak tahu apa yang hendak dicapai. Adakah mereka mahu wang? Adakah mereka bekerja ke arah wang? Adakah anda mahu wang, atau apakah tujuan mencari wang? Berikan diri anda tujuan yang nyata supaya anda tahu untuk apa yang anda berusaha.

Bercuti dan berehat
Kadang-kadang anda perlu menjauhkan diri daripada semuanya untuk seketika. Luangkan masa untuk diri sendiri, dan dapatkan pandangan orang luar tentang situasi anda.

Jangan takut mengatakan tidak apabila anda diberikan tugasan lain
Kadang-kadang anda mungkin mempunyai terlalu banyak kerja dan merasa sangat stres sehingga berputus asa dan tidak lagi mahu buat kerja. Pastikan kerja anda berada di tahap terurus. Anda perlu kekal waras untuk terus bekerja dalam jangka masa yang panjang.


No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...