MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Thursday, March 8, 2018

Teknik pilih ikan yang berkualiti

Related image



1. Pilih isi ikan yang pejal
Jika dilihat dengan mata kasar kita sudah dapat agak isinya yang pejal dan segar. Untuk kepastian, tekan dengan jari dan lihat isinya akan melantun semula.

2. Mata ikan bersinar
Mata ikan kelihatan jernih, memiliki mata penuh, agak menonjol dan bersinar. Jangan pilih jika matanya sudah layu dan kusam.

3. Guna deria hidung
Ikan segar akan berbau laut. Jika anda mencium dan masih masih berbau laut, itu tandanya ikan itu masih baru. Anda harus pandai membezakan bau laut dengan bau hanyir ikan.

4. Insang tidak kecut
Perlukan sedikit masa untuk anda melihat insang di bahagian dalam ikan. Jika insang itu iash berwarna merah atau merah jambu, basah dan tidak kecut, ia menandakan ikan itu masih segar. Terus ambil ikan ada insang sebegini kerana ikan segar mudah untuk dibuang bahagian insang.

5. Kulit ikan tidak kecut
Walau ikan itu disimpan dalam peti sejuk atau ais batu, anda boleh menilai ikan itu masih segar atau tidak jika kulit ikan masih bersinar dan warna kulit terang dan cerahh serta melekat pada daging. Jika kulitnya sudah kendur, jangan pilih ikan tersebut biarpun harganya sangat murah atau dilelong. Jika ikan itu bersisik, anda boleh melihat sisiknya, sekiranya sisik itu masih melekat di kulit, bermakna ikan itu masih segar.

6. Sirip masih kuat
Sirip ikan masih kuat melekat pada kulit dan tidak layu atau tercabut. Selain itu, pastikan isi ikan tidak terkoyak terutama di bahagian perut, tidak cepat pecah dan mengeluarkan darah.


CIRI IKAN YANG SUDAH BUSUK DAN LAMA
v  Mata suram, keruh dan tenggelam dalam kepala ikan
v  Sisik banyak hilang daripada kulit dan mudah tercabut
v  Warna kulit suram, layu dan berlendir
v  Insang berwarna kelabu dengan banyak lendir
v  Dinding perut lembik dan pecah
v  Warna keseluruhan suram dan berbau busuk

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia