MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, March 20, 2018

Etika ketika hadiri makan malam

Image result for plate with napkin

Ikut tema
Jika anda perlu menghadiri majlis makan malam anjuran syarikat atau badan-badan tertentu, sebaiknya ikut tema yang telah ditetapkan. Selalunya pada kad undangan akan tertera dress code. Tidak terkecuali ketika anda bertemu janji. Meski tiada dress code namun pastikan pakaiannya bersesuaian dengan suasana dan lokasinya.

Rancang awal
Pastikan anda merancang awal pakaian yang mahu digayakan pada majlis makan malam tersebut. Jika perlu menempahnya, lakukan sahaja namun andai tiada bajet, tidak salah untuk anda mula bertanyakan rakan-rakan yang lain.

Suai padan
Kadangkala tema majlis makan malam merumitkan sehinggakan anda merasakan tidak mahu menghadirinya dek kerana tiada pakaian yang sesuai. Buat rujukan atau tanyakan kepada mereka yang lebih arif mengenai pakaian dan selalunya konsep suai padan selalunya sangat membantu.

Warna pakaian
Warna pakaian sangat penting dalam penampilan diri anda. Pastikan ianya sesuai dengan tona warna kulit. Paling penting pemilihan warnanya tidak terlalu terang dan menyerlah kerana ia akan menimbulkan rasa kurang selesa kepada orang sekeliling.

Aksesori pelengkap
Penggunaan aksesori pelengkap seperti kasut, tali pinggang, dan jam tangan perlu juga diambil perhatian. Usah sesekali membiarkan aksesori pelengkap mencacatkan penampilan anda. Paling penting, anda perlu pastikan ianya selesa digunakan dan sesuai dipadankan bersama.

Wangian
Wangian penting buat si jejaka ketika menghadiri majlis makan malam, terutamanya bagi anda yang mempunyai bau badan yang kurang menyenangkan ataupun kuat berpeluh. Jadi, untuk itu, anda perlu membawa wangian di dalam cluth kecil sebagai persediaan.

Kemasan rambut
Jika sebelum ini anda lebih gemar dengan potongan rambut yang ringkas. Namun untuk masjlis makan malam, kekemasan rambut perlu diambil berat melainkan tema majlis yang meminta anda menggunakan topi ataupun aksesori pada rambut. Pastikan rambut anda dirapi dengan sebaiknya.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia