MAKLUMAN PENTING!! Kepada ahli perpustakaan, anda DIWAJIBKAN membawa Kad Pengenal Pegawai untuk membuat pinjaman buku. Sekiranya tiada, sila buat kad tersebut di Bahagian Operasi Dan Kebombaan Negeri masing-masing. Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

Thursday, March 29, 2018

Cara mudah kurangkan belanja

Image result for shopping

Bandingkan harga sebelum membeli
Ambil masa apabila anda membeli belah dengan membandingkan harga barang yang dibeli. Jika anda tidak terikat dengan sesuatu jenama ia memudahkan anda mencuba barang atau jenama baru. Ini mungkin menjimatkan perbelanjaan anda.

Beli barang dapur dalam jumlah banyak
Sekali sahaja anda mengeluarkan duit untuk membeli barang dalam kuantiti banyak dan ia menjimatkan daripada membeli secara runcit. Sebelum membuat keputusan membeli secara pukal bandingkan harga dan bajet berapa ringgit anda dapat berjimat.

Kurangkan wang dalam dompet
Ia langkah selamat untuk mengurangkan perbelanjaan anda. Melihat duit yang tidak seberapa membuatkan anda tidak ada nafsu berbelanja terutamanya apabila tidak sengaja dibawa ke pusat membeli belah. Sebaliknya jika ada duit banyak di tangan, pasti ada sahaja barang yang dibeli.

Banyak berada di rumah
Jika tidak ada sebarang aktiviti memerlukan anda ke luar rumah eloklah anda tidak ke mana. Duit perbelanjaan anda selamat kerana tidak perlu mengeluarkan bayaran tol, minyak, makan minum dan sebagainya. Mungkin anda boleh merancang aktiviti di tempat percuma seperti taman berhampiran dengan rumah.

Bawa bekal ke pejabat
Perlukan sedikit pengorbanan untuk anda memasak bekal pada pagi hari. Buat apa membeli barang dapur sehingga beratus ringgit jika anda hanya memasak di hujung minggu. Akhirnya barang yang dibeli menjadi rosak. Sedangkan jika anda memasak dan membawa bekal, anda dapat menjimatkan duit perbelanjaan yang mungkin mencecah RM10 hanya untuk sarapan pagi.

Beli barang terpakai
Beli barang terpakai tidak ada salahnya. Jika apa salahnya jika membeli barangan terpakai jika keadaannya masih elok dan selamat digunakan. Buat apa membazir untuk sesuatu barang jika kita sendiri tidak tahu jangka hayat barang itu bertahan berapa lama. Sudah pasti jika anda membeli barangan terpakai, anda dapat berjimat separuh daripada harga asal barangan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia