Pengarang : Yahaya Ramli
Terbitan : Penerbit UTM Press, Universiti Teknologi Malaysia
ISBN : 978-983-52-0784-6
Sipnosis :
Buku ini membincangkan aspek kebakaran dan puncanya, pemasangan dan operasi beberapa sistem lazim serta tentang senggaraan sistem pencegahan kebakaran. Sistem pencegahan kebakaran yang dibincangkan ini adalah selaras dengan kehendak akta dan peraturan yang dipraktikkan di Malaysia, di samping merujuk kepada garis panduan yang diguna pakai oleh Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia. Beberapa piawaian antarabangsa dan kaedah pratik juga disentuh dalam buku ini.
Buku ini mengandungi lapan bab yang memfokuskan tentang perlindungan dan pencegahan kebakaran ; sistem pencegahan kebakaran iaitu alat pemadam api mudah alih, pili bomba dan kili hos. Selanjutnya sistem penaik basah dan penaik kering, sistem pemercik automatik, sistem semburan gas karbon dioksida, dan sistem pengesanan dan penggera kebakaran, serta aspek pemeriksaan dan senggaraan semua sistem pencegahan kebakaran dalam bangunan yang lazim digunakan di Malaysia turut dibincang dan dipaparkan.
Buku ini sesuai digunakan sebagai buku teks atau bahan untuk rujukan kepadda para pelajar di institusi pengajian tinggi, politeknik dan institut kemahiran di Malaysia serta sebagai panduan segera oleh para jurutera dan arkitek yang terlibat dalam aspek reka bentuk, pemasangan dan senggaraan sistem pencegahan kebakaran bangunan.