Disediakan oleh : Bahagian Operasi Kebombaan Dan Penyelamat
Terbitan : Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Sipnosis
Pembangunan ekonomi yang berkembang pesat dan maju dengan kewujudan bandar-bandar baru telah menjadikan perkhidmatan keretapi merupakan perkhidmatan darat utama untuk perkhidmatan penumpag di seluruh negara yang menghubungkan laluan bandar dan antarabandar kerana kesesakan lalulintas. Di bandar-bandar kependudukan tinggi kemudahan awam sedemikian amat mudah, selesa dan cepat ke destinasi rutin aktiviti harian yang menjadikan pertambahan bilangan tren-tren dan kekerapan laluan tren-tren serta kemudahan Sistem Elektrifikasi Tren.
Pelan Tindakan Kecemasan Keretapi ini direkabentuk untuk penyelarasan dan penyeragaman command and control dan tindakan awal yang perlu diambil semasa menerima panggilan, semasa di tempat kejadian dan selepas operasi. Pelan ini adalah penting dan mesti diketahui dan difahami untuk panduan dan rujukan bersama dan hendakalh dikaji dan diperbaiki secara berkala supaya ianya bersesuaian dengan keperluan semasa.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih di atas komen / cadangan anda...