Terlalu banyak nasihat kerjaya yang boleh diamalkan apabila kita rajin membaca. Namun harus disedari tidak semua boleh diaplikasikan mengikut apa yang kita usahakan. Anda perlu bijak untuk mempraktikkan apa yang sebetulnya layak dan sesuai mengikut bidang. Ini kerana tidak semua peraturan dan amalan itu betul.
Antara nasihat kerjaya yang boleh anda abaikan ;-
1) Rancangan Lima Tahun
Memang bagus jika anda ada matlamat yang ketara dalam kerjaya. Tetapi anda tidak perlu merangka pelan selama lima tahun. Peluang yang terbaik datang apabila anda tidak perasan pun kehadirannya. Perancangan selama lima tahun yang dibuat akan menyebabkan anda tersekat bila peluang lain datang.
2) Jangan Bertukar Kerja Dengan Kerap
Perkara yang paling teruk adalah apabila anda terlalu setia sehingga tidak menerima gaji yang sepatutnya. Dalam keadaan ekonomi sekarang, bertukar kerja sudah menjadi sesuatu yang normal. Pekerja yang setia akan bekerja di tempat yang sama selama dua tahun, dikatakan memperoleh pendapatan kurang 50 peratus sepanjang hidupnya. Jadi pekerja yang dihormati, rajin dan sentiasa menolong antara satu sama lain. Tetapi jangan berada dalam sesuatu posisi dalam jangka masa terlalu lama kerana takut dilabel ' a job hopper'.
3) Pilih Gaji Tinggi. Buatlah Sesuatu Yang Anda Suka
Sebenarnya kedua-dua pun bukanlah nasihat yang baik. Bila anda memilih kerja disebabkan gaji yang ditawarkan tinggi, anda kemungkinan akan membuat sesuatu kerja yang tidak disukai. Ia juga bukanlah tindakan kewangan jangka panjang. Pada masa yang sama, melakukan kerja yang anda suka dengan bayaran yang tidak sesuatu yang tidak masuk akal. Lebih baik anda fikirkan minat dan bakat dengan potensi kewangan yang lebih baik.
4) Usah Terlalu Mementingkan Diri Sendiri. Biar Kerja Anda Yang Bercakap Untuk Diri
Nasihat yang selalu diberitahu oleh orang tua. Ia tidak salah, tetapi tidak semestinya betul. Adakalanya untuk mendapatkan sesuatu kita perlu pentingkan diri sendiri. Kenapa tidak jika anda yakin diri anda layak menjawat sesuatu jawatan, dengan pengalaman kerja yang anda timba. Usahalah untuk mendapatkannya.
5) Usah Membuang Masa Meminta Kerja Yang Tidak Akan Anda Dapat
Hanya kerana anda rasa pengalaman kerja anda tidak seperti mereka mahukan, tidak semestinya anda tidak boleh memohon. Tetapi janganlah bidang yang tidak anda mahir. Setiap kerja yang dimohon ini memberi peluang untuk anda memperbaiki lagi resume anda.Ia dapat memantapkan kemahiran menjawab soalan semasa proses temuduga dan membina tahap keyakinan.
Betul tu.. Bukan semua nasihat mengenai kerjaya itu elok. Kena pandai memilih..
ReplyDelete