MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Monday, April 4, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur KEMBALI LAGI...!

 

Pesta buku ini akan diadakan pada 29 April hingga 9 Mei 2016 ini di Maeps Serdang, jadi anda semua jangan lepaskan peluang untuk pergi borong bahan ilmiah banyak-banyak... Bas shuttle pun akan disediakan untuk ke sana jika anda tidak mahu memandu kereta... Servis shuttle bas akan disediakan dari 4 laluan utama;

Laluan 1: KTM Serdang – MAEPS – KTM Serdang

Laluan 2: LRT Bukit Jalil – MAEPS – LRT Bukit Jalil

Laluan 3: ERL Putrajaya – MAEPS – ERL Putrajaya

Laluan 4: IOI City Mall Putrajaya – MAEPS – IOI City Mall Putrajaya

Semua bas dari setiap laluan akan beroperasi dari 9.30 pagi – 9.30 malam setiap hari semasa hujung minggu dan 9.30 pagi – 8 malam semasa hari bekerja. Kekerapan bas adalah 15-20 minit.

Tambang minimun RM1 akan dikenakan untuk laluan tersebut. Namun, pengunjung yang menggunakan KTM, LRT & ERL akan menaiki shuttle bas PERCUMA bagi setiap pembelian pakej tiket ke MAEPS semasa Pesta Buku berlangsung di kaunter stesen KTM, LRT & ERL yang terlibat.

Bagi pengunjung atau penduduk Putrajaya & Cyberjaya yang ingin ke MAEPS, anda boleh menggunakan bas laluan 506 dengan tambang normal RM 1.50. Semasa PBAKL 2016, bas tersebut akan masuk ke MAEPS... 

1 comment:

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia