Thursday, August 6, 2015

Tip Ruang Makan Ideal

AFTER - traditional-tables-wood-9623-7427427
Ruang makan harus ditata rapi dan dikepung rona-rona pastel; putih, kelabu, oren atau hijau agar selera makan tidak terganggu.

KEMASAN LEMBUT – Pilih fabrik jenis kapas atau linen untuk langsir bagi menapis kemasukan cahaya terik ketika siang. Fabrik jenis ini tidak mudah reput malah tahan lebih lama dan mudah diselenggara. Pilih fabrik sama untuk alas duduk.

MEJA MAKAN – Saya cadangkan meja makan berbentuk empat segi memanjang jika memiliki jumlah penghuni melebihi enam orang. Pilihan klasik, meja makan empat segi menjadikan ruang sosial lebih intim dan konservatif. Jika ruang terhad yakni apartmen; boleh cuba meja makan bereka bentuk bulat. Bahan meja makan elok diperbuat daripada kayu oak atau ash.

AFTER - traditional-tables-wood-9623-7427435 Front Look

RAK – Rak bersama pintu kaca telus adalah pilihan terbaik untuk mempamerkan koleksi pinggan mangkuk dan kristal anda. Selain memudahkan capaian ketika melayan tetamu rak ini memperkemaskan wajah ruang. Pastikan rak dibina bersekali laci untuk simpanan napkin, alas cawan dan aksesori lain.

KAKI LILIN – Item ini saya senaraikan sebagai wajib ada! Membantu menghalau lalat dalam suasana penuh gaya dengan nyalaan lilin, kaki lilin juga menghalang kerosakkan tompokan lilin pada permukaan meja. British India, dan KARE menyediakan ajnas reka bentuk unik kaki lilin.

NAPKIN – Ke arah mencapai pemuliharaan bumi, usah bazirkan tisu apabila anda boleh menggunakan napkin. Dipersembah lebih elegan, aturkan napkin di atas pinggan. Rujuk panduan melipat napkin pelbagai gaya di youtube.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...