MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, August 18, 2015

Bersama Semarakkan Kibar Jalur Gemilang


Sempena menyambut hari kemerdekaan yang sudah tidak lama lagi, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah mempunyai semangat kebangsaan dan patriotik terhadap cintakan negara. Pelbagai program yang dirangka oleh pihak kerajaan seperti program kibar Jalur Gemilang yang dilihat satu usaha murni untuk menerapkan semangat cintakan negara sempena program tersebut.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu ada semangat cintakan negara kerana dengan penghayatan yang tinggi oleh segenap lapisan masyarakat akan membawa kita kepada perjuangan pemimpin yang terdahulu dalam mencapai kemerdekaan Malaysia. Justeru itu, kita akan menjadi rakyat atau individu yang hormat kepada pemimpin dan menghargai jasa dan pengorbanan yang telah di sumbangkan sehingga apa yang ada pada hari ini dapat kita kecapi iaitu nikmat keamanan dan kestabilan politik.


Kemerdekaan ini mempunyai makna yang sangat besar yang harus di fahami, dihayati dan dikenang dalam diri setiap rakyat negara ini supaya semangat cintakan negara dan bangga sebagai rakyat Malaysia ini hadir dan dapat ditonjolkan  imej patriotik tersebut. Dalam bulan kemerdekaan ini, setiap rakyat haruslah mengibarkan Jalur Gemilang iatu Bendera Malaysia sebagai simbolik terhadap penghormatan hari Kemerdekaan negara.

Oleh demikian,kita sebagai rakyat Malaysia yang bijak dan mampu berfikir dengan baik perlu menerapkan nilai patriotik dan semangat kebangsaan cintakan tanah air ini sebagai perkara asas dalam hidup sebagai rakyat Malaysia. Justeru ini marilah kita sama-sama menyemarakkan sambutan hari kemerdekaan yang ke-58 bagi Malaysia supaya apa yang telah kita kecapi hari ini dapat dikekalkan demi kelangsungan generasi akan datang.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia