MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Tuesday, August 11, 2015

10 tempat paling misteri di dunia


Image result for blood falls antarctica 
1) Air Terjun Berdarah Antartika
Terletak di kawasan Taylor Glacier, Antartika, Blood Falls antara kawasan misteri yang mengeluarkan cairan berwarna merah. Pengkaji glasier atau glacoliogist serta mikrobiologist merumuskan bahawa punca air dari lapisan glasier disebabkan oleh kewujudan tasik bawah glasier yang kaya dengan sumber mineral jenis besi. Mineral besi berkenaan menyebabkan sumber air berkenaan bertukar menjadi warna merah. Kajian terbaru di kawasan berkenaan juga mendapati terdapat organisma mikro yang mendiami 396 meter di bawah lapisan glasier berkenaan. 


Image result for magnetic hills, moncton, canada 
2)Magnetic Hills, Moncton, Kanada
Dikenali sebagai bukit magnet, Magnetic Hills antara kawasan misteri yang menjadi tumpuan pelancongan di Kanada. Seperti namanya, fenomena alam luar biasa di kawasan ini dikesan pada 1930 apabila sebuah kereta yang berhenti di bawah bukit bergerak perlahan-lahan ke atas dalam keadaan mengundur. Pengkaji mendapati ia ada kena mengena dengan tarikan magnet kerana ia menarik kenderaan yang mempunyai kerangka besi atau objek daripada besi, tapi tidak objek lain yang diperbuat daripada kayu atau plastik. Namun bagaimana ia mampu menarik objek ke atas masih tidak diketahui sehingga kini Pengunjung yang datang boleh menguji kesahihan dengan meletakkan kenderaan di bahagian laluan paling bawah bukit dan membiarkan kenderaan tanpa kedudukan membrek dan enjin dimatikan.



Image result for eternal flame falls 











3) Eternal Flame Falls, Orchard Park, New York USA
Terletak di kawasan Pemuliharaan Shale Creek pengunjung boleh melihat semburan api yang membakar di celah air terjun di Orchard Park. Kajian ahli geologi mendapati gas metana seberat 1 kilogram menghembus keluar dari bahagian bawah batuan berkenaan setiap hari tanpa henti. Sebelum abad ke-20, kawasan itu dikatakan tidak berapi. Tetapi kedatangan pengunjung yang menyalakan api menyebabkan kawasan itu sentiasa terbakar dan tidak pernah padam sehingga kini biarpun diliputi salji.

Image result for relámpago del catatumbo
 

4) Relampago del catatumbo, Ologa, Venezuela
Kawasan di barat daya Tasik  Maracaibo di Venezuela ini mempunyai aktiviti kilat paling banyak di dunia. Sepanjan Mei hingga Oktober setiap tahun, sebanyak 25 panahan kilat berlaku setiap minit pada waktu malam dalam kawasan sepanjang satu kilometer persegi. Cahaya dari panahan kilat yang sangat kerap ini menjadi panduan kepada masyarakat di Venezuela untuk mencari arah lokasi dan paling utama sebagai penyuluh di kala malam.


Image result for old faithful yellowstone 
5) Old Faithful, Yellowstone National Park, USA
Kawasan paling banyak menghamburkan geiser di muka bumi. Geiser adalah kawasan mata air panas yang mempunyai tekanan. Ia menyebabkan kawasan ini menghasilkan letusan geiser sepanjang masa. Terdapat 300 kawasan lubang geiser di Yellowstone namun Old Faithful paling terkenal kerana ia meletus setiap 55 hingga 120 minit dan berlaku selama dua hingga lima minit. Kawasan ini saja menarik kedatangan pelancong sehingga 3.5 juta orang setiap tahun.


Image result for racetrack playa 









 
6) Racetrak Playa, Death Valley USA
Kawasan padang pasir ini terkenal dengan kewujudan batu yang mampu bergerak atau 'belayar' dengan sendirinya. Pengunjung ke kawasan ini akan dapat melihat kesan jejak tinggalan batu ini yang ada antaranya sepanjang beratus meter. Sehingga kini, ahli fizik merumuskan ia bergerak akibat kesan pembentukan ais di keliling batuan berkenaan yang menyebabkan ia bergerak akibat cair. Bagaimanapun, kebanyakan pengunjung berharap mereka menemui jawapan kepada persoalan berkenaan kerana bagi mereka mustahil ais terbentuk di keliling batuan yang terletak di kawasan padang pasir. 

Image result for pamukkale turkey 
7) Pamukkale, Turki
Uniknya Pamukkale terletak pada gugusan lanskap air panas bertingkat yang terhasil sejak ribuan tahun lalu. Kawasan ini dikatakan menjadi destinasi kepada individu yang ingin mendapatkan terapi diri dari airnya yang kaya dengan pelbagai mineral untuk kesihatan tubuh badan. Sehingga hari ini juga, pelawat boleh melihat tinggalan kolam air masyarakat Hierapolis yang menggunakan sumber air dari lokasi ini untuk merawat tubuh badan.

Image result for moeraki boulders 
8) Moeraki Boulders, New Zealand
Kawasan pesisir timur pantai ini cukup unik kerana dipenuhi dengan batu-batu bulat berdiameter 3.7 meter. Cukup berat dan kukuh, batu-batu bulat ini dipercayai terhasil sejak jutaan tahun lalu dan sebenarnya terletak di dasar lautan. Batu yang asalnya sama seperti cengkerang tiram ini kemudian bertukar menjadi seakan-akan bentuk sebuah fosil akibat kesan pengerasan mineral. Perubahan zaman yang menyaksikan perubahan rupa bentuk bumi merubah bentuk daratan serta lautan seterusnya menyebabkan ia kini terdedah pada penglihatan. 

Image result for surtsey 
9) Surtsey, Iceland
Sebuah pulau yang hanya wujud di muka bumi selepas 1963. Bukan dibuat oleh manusia, tetapi pulau ini terbentuk daripada letusan gunung berapi dasar laut di Kepulauan Westman. Letusan selama lima tahun menyaksikan bertan-tan lava dimuntahkan keluar menghasilkan sebuah pulau bersaiz 1.4 kilometer persegi. Letusan itu hanya berakhir pada 1967 dan sehingga kini, sedikit demi sedikit pulau berkenaan sudah mula ditumbuhi dengan rumput hijau.

Image result for longyearbyen 
10) Longyearbyen, Svalbard, Norway
Kawasan ini cukup unik dan misteri kerana sepanjang tahun, bermula 20 April hingga 23 Ogos ia tidak disinari dengan cahaya matahari. Berada dalam kedudukan utara Greenland menghadap Lautan Artik, Longyearbyen akan bergelap kira-kira lima bulan membuatkan sukar untuk menentukan masa tanpa melihat pada jam. Sepanjang tempoh itu, juga kawasan ini berada dalam keadaan sejuk dan matahari memang tidak akan kelihatan. Sehingga kini terdapat kurang 3,000 penduduk di Longyearbyen dan apabila tiba 'musim gelap' mereka bergantung sepenuhnya kepada bekalan elektrik.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih di atas komen / cadangan anda...


Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia