MAKLUMAN PENTING!! Sila maklum pada kami sekiranya anda telah bertukar ke mana-mana tempat pertukaran bagi pengemaskinian data ahli anda. Kerjasama anda amat dihargai. Terima kasih.

JUDUL BUKU TERKINI

Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural Natural

Saturday, October 25, 2014

Salam Maal Hijrah



Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Kami di Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi JBPM ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah kepada seluruh umat Islam. Semoga di tahun baru ini kita semua akan mempertingkatkan lagi mutu ibadah kita dan semoga Allah SWT akan merahmati kehidupan kita, Insha Allah.

Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, October 22, 2014

Selamat Hari Deepavali



Salam 1Malaysia,

Kami di Unit Pusat Sumber Dan Dokumentasi ingin mengucapkan Selamat Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysi yang beragama Hindu... 

Continue Reading
No comments
Share:

Friday, October 17, 2014

10 Soalan Harus Dielak Ketika Temuduga

 
1) Selewat-lewatnya jam berapa saya boleh ke pejabat?
Pertanyaan sedemikian menampakkan anda seorang pekerja yang suka datang lewat ke pejabat. Ia akan memberikan pandangan negatif bakal majikan kepada diri anda sendiri. Walaupun niat anda bukanlah untuk datang lewat ke pejabat tetapi disebabkan soalan yang tidak kena pada masanya itu dapat mengurangkan markah ke atas diri anda sendiri.

2) Berapa banyak cuti tahunan dan cuti sakit yang diperuntukkan untuk saya?
Soalan ini juga tidak perlu anda lontarkan sebenarnya. Selagi anda tidak ditawarkan pekerjaan di sesebuah syarikat itu, persoalan ini tidak patut anda suarakan kerana anda masih belum berhak untuk mengetahuinya. Ini menampakkan anda seorang yang berpontensi untuk sentiasa mengambil cuti sakit dan sebagainya.

3) Boleh saya jawab panggilan ini?
Perbuatan ini jelas menyalahi etika ketika temuduga sedang dijalankan. Anda bukan sahaja kelihatan tidak menghormati orang lain kerana tidak mematikan telefon bimbit malahan bertanya sama ada boleh anda menjawab panggilan. Sepatutnya anda membiarkan sahaja panggilan tersebut dan letakkan telefon dalam mode 'senyap' dan selepas temuduga anda boleh membuat panggilan, itu lebih sopan.

4) Di mana anda dalam tempoh lagi lima tahun?
Pertanyaan biasa daripada penemu duga ini tidak harus anda ambil mudah. Jangan sekali-kali anda menjawab mungkin saya berada di mana anda berada hari ini. Sungguhpun dalam niatnya anda mahu berjenaka tetapi ia menunjukkan anda seorang yang tiada idea dan tidak berpandangan jauh. Seharusnya menjawab soalan ini anda boleh tunjukkan pemikiran yang bijak dan mempunyai wawasan yang tinggi. Seandainya anda rasa dengan soalan itu anda boleh berjenaka, pasti ia mengurangkan markah anda untuk diterima bekerja. 

5) Perangkap soalan 'kenapa bertukar?'
Mungkin anda diperangkap dengan soalan, 'kenapa anda hendak bertukar tempat kerja?' Jika anda terus terang mengutuk majikan lama anda, anda sedang menjerat leher anda sendiri. Ramai yang melakukan kesilapan ini dengan berkata majikan lama anda itu dan ini penuh dengan negatif. Tahukah anda bahawa majikan baru anda biasanya akan menelefon majikan lama hanya sebagai rujukan dan bertanyakan peribadi anda seandainya ini jawapan yang anda berikan. Seharusnya tunjukkanlah tahap profesional anda dengan jawapan yang lebih matang.

6) Adakah anda tahu polisi syarikat kami?
Kegagalan anda memberikan maklumat ini adalah kesilapan yang mungkin tidak dapat dimaafkan. Kesalahan info dan maklumat sering kali terjadi apabila anda tidak melakukan penyelidikan ke atas bakal majikan anda. Ini adalah soalan yang kerap diajukan seandainya penemu duga melihat anda seakan ragu-ragu dengan setiap jawapan yang diberikan. Jadi sebelum melangkahkan kaki ke tempat temu duga, luangkan paling kurang 60 minit waktu anda untuk melakukan sedikit penyelidikan.

7) Elak perkataan sumpah
Sekiranya anda diminta meyakinkan penemu duga dengan sesuatu perkara, sekali-kali jangan gunakan perkataan 'sumpah'. Contohnya, 'sumpah saya tidak menipu'. Jelas melihatkan anda seorang yang tidak bersopan dan tidak mempunyai etika percakapan yang betul untuk urusan rasmi seperti ketika sesi temu duga dijalankan.

8) Apakah kemahiran anda yang tertinggi?
Jangan sekali-kali menjawab, 'saya sudah terangkan segala-galanya di dalam resume saya'. Mungkin ia kelihatan seperti biasa, tetapi jawapan yang anda berikan terlalu kasar dan menunjukkan ego diri yang tinggi. Sebaliknya anda harus jawab soalan itu walaupun sudah berkali-kali anda ditanya dengan soalan yang sama.

9) Apakah perlu pakai pakaian seragam?
Pertanyaan berbunyi, 'adakah saya perlu berpakaian seragam apabila bekerja di sini?' menunjukkan sifat negatif anda terhadap pakaian seragam. Mungkin anda tidak tahu, sebenarnya baju ataupun kemeja yang dipakai oleh penemu duga itu adalah pakaian seragam syarikat mereka.

10) Apakan yang anda harapkan daripada syarikat ataupun kerjaya ini?
Apabila diberikan pertanyaan ini, jangan sekali-kali menjawab bahawa anda mengharapkan gaji yang bakal anda terima mampu membuatkan hidup anda penuh dengan serba kemewahan. Daripada jawapan itu, penemu duga dapat membaca minda anda iaitu apabila yang anda tidak dapat sesuatu daripada syarikat itu, pasti anda akan kecewa dan meninggalkan syarikat dengan mengatakan syarikat tidak pernah berbakti kepada anda. Ini tindakan yang tidak bijak.


Continue Reading
No comments
Share:

Wednesday, October 15, 2014

Memburu Keseronokan Di Monte Piana

 
Setiap tahun, para penggemar aktiviti ekstrem akan berkumpul di kawasan pergunungan Monte Piana berhampiran Itali untuk menyertai Festival Highline Monte Piana. Mereka yang 'berhati kering' akan memasang buaian pada ketinggian 150 kaki dan berada di dalamnya selama beberapa jam sambil melakukan aktiviti seperti membaca buku, bermain gitar malah ada yang tidur!

Aktiviti 'gila' itu bagaimanapun tidak mendatangkan kecelakaan kerana pihak penganjur mengutamakan aspek keselamatan. Festival berkenaan dimulakan sejak 2012 dan sehingga kini berjaya menarik ribuan penggemar aktiviti ekstrem dari seluruh dunia. 

 









Continue Reading
No comments
Share:

10 Tasik Semula Jadi Tercantik Di Dunia









1) Tasik Gua Melissani, Greece
Terletak di Pulau Kefolonia dan dikelilingi hutan, gunung serta laut. Tasik ini ditemui pada 1951 dan mempunyai banyak mitos berkaitan dengannya. Ia juga merupakan destinasi perlancongan terkenal dan dianggap salah satu tasik paling indah di dunia.


 
2) Tasik Plitvice, Croatia 
Boleh ditemui Tasik Taman Negara Plitvice di Croatia. Taman negara ini adalah terbesar dan tertua di negara itu. Ia mengandungi 16 tasik di mana 12 daripadanya dikategorikan sebagai tasik atas tanah dan selebihnya tasik rendah.


 
3) Tasik Gua Yucatan, Mexico
Tasik ini bukan sahaja tersenarai sebagai tasik terindah tetapi juga merupakan salah satu tasik paling misteri kerana mempunyai pelbagai mitos dan fakta menarik. Terletak di Tiger Che di Semenanjung Yucatan di utara Mexico dan berusia sekitar 2 juta tahun.



 
4) Tasik Matheson, New Zealand
Terletak berhampiran Fox Glacier, tasik ini dikelilingi Gunung Tasman dan Cook dan imej dua gunung yang dipantulkan ke dalam tasik membuatkan tasik kelihatan cantik. Tasik glasier ini terbentuk sekitar 14,000 tahun dahulu.



 
5) Tasik Peyto, Kanada
Nama tasik ini diambil sempena Rang Undang-Undang Peyto dan terletak di Taman Negara Banff di Alberta. Warna hijau semasa musim panas menjadikan ia sebagai tempat terkenal dengan pemandangan indah dan mengambil gambar.



 
6) Tasik Shangrila, Pakistan
Juga dikenali sebagai Tasik Lower Kachura dan terletak di Shangrila Resort di Skardu, Pakistan. Selain daripada tasik yang indah, keunikan lain tasik ini adalah terdapat sebuah restoran yang dibina di atas badan pesawat yang terhempas di tasik tersebut.



 
7) Tasik Bled, Slovenea
Terletak di Julian Alps, ia mengelilingi sebuah pulau dikenali sebagai Pulau Bled yang merupakan satu-satunya pulau semula jadi di Slovenea. Terdapat juga istana Bled di atas tengah-tengah tasik yang dianggap istana tertua di negara itu. Juga dikenali dengan sukan mendayung dan pernah menjadi tuan rumah Kejohanan Mendayung.



 
8) Tasik Dal, India
Terletak di Srinagar, ia juga dikenali dengan nama Permata Mahkota Kashmir, juga merupakan sumber perlancongan, rekreasi, memancing dan digunakan untuk penuaian tumbuhan air. Terdapat juga rumah bot pelbagai warna yang dikenali sebagai shikaras untuk bersiar-siar dan bersantai.



 
9) Tasik Gua Reed Flute, China
Adalah salah satu tasik tercantik di dunia yang terletak di Guilin dan merupakan tempat perlancongan yang terkenal. Ditemui pada 792 Masihi iaitu kira-kira 180 juta tahun dahulu. Kini ia dianggap mercu tanda Guilin.



 
10) Tasik Lima Bunga, China
Boleh didapati di Lembah Jiuzhaigou di barat daya China. Lembah ini adalah Taman Negara dan juga rizab alam semula jadi yang terkenal dengan air tasik berwarna warni, air terjun dan puncak salji. Tasik Lima Bunga atau Tasik Wuhua adalah salah satu daripada banyak tasik yang terdapat di sini dan namanya diambil daripada airnya yang berwarna biru, hijau gelap, kuning dan banyak lagi.
 

Continue Reading
1 comment
Share:

Perpustakaan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia